JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, January 31, 2012

Minggu Liverpool tidur dengan lena sambil dibuai mimpi indah.

"Kalau anda gembira tepuk tangan". Yeahhh, tiada ungkapan yang mampu lagi diucapkan melainkan sekalung tahniah keatas pemain-pemain Liverpool yang telah berjaya membenam pasukan yang kononnya hebat..MUnyet, di Anfield sabtu malam lepas.mengaibkan , dengan keputusan 2-1 sudah memadai untuk Liverpool terus mara ke pusingan ke 5 dan seterusnya merapatkan lagi misi ke Wembley buat kali kedua berturut-turut musim ini selepas piala Carling.



Minggu yang mengembirakan dimana sebelum ini kita berjaya menewaskan mek city dan 2 hari kemudiannya sekali lagi geng puak Manchester berjaya ditendang keluar oleh kenny dan skuadnya. Dengan kemenangan ini kita berjaya melayakkan ke pusingan ke lima. Dan juga kemenangan ini kita sekali lagi membuktikan kepada dunia bahawa kita mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia. Dan membuktikan bahawa kenny adalah orang yang tepat untuk membina kembali kelab yang kita cintai ini.


Gol jaringan pemain gantian, Dirk Kuyt pada penghujung perlawanan menyaksikan Liverpool menyingkirkan musuh tradisi, Manchester United 2-1.

The Reds terlebih dahulu di depan menerusi tandukan Daniel Agger sebelum Park Ji Sung mengikat perlawanan sebelum waktu berehat.

Kelekaan kapten United, Patrice Evra yang diejek sepanjang perlawanan dua minit sebelum masa permainan sebenar tamat membolehkan Kuyt mencuri peluang untuk menggegar gawang yang dikawal David De Gea.


-SUMBER DARI : ARENA



-- Agger pemain terbaik pilihan—



-- Hero dalam match kali ini--

Tidak dilupakan juga kepada wira kita diluar padang yang juga sangat bergembira atas kemenangan ini, apabila Suarez melonjak kegembiraan. maka tamat lah misi membalas dendam kita apabila pada tahun lepas dalam saingan piala FA kita ditewaskan geng2 Man U pada kali pertama kenny kembali semula menjadi pengurus di Liverpool ketika itu.





P/s: Thanks to Patrice Evra kerna kebodohanmu telah memberi peluang kepada Andy Carroll.. yang memberi ruang kepada Dirk Kuyt melakukan sepakan deras yang sekali lagi menewaskan De Gea untuk gol kemenangan Liverpool.perlawanan ini juga menyaksikan ketua pasukan United, Patrice Evra diejek. Evra turut menjadi perhatian apabila membuat kesilapan yang membawa kepada jaringan kemenangan Reds.Tu lah..buat dajal dengan Suarez lagi..Padan Muke ko Evra!!!...)

Friday, January 27, 2012

terSENYUM lagiiii ;)

MUKA DEPAN AKHBAR KOSMO HARI INI BUAT AKU TAK TENTU ARAH..BANGGA BEB!!!


LONDON – Di sebalik prestasi tidak menentu dalam saingan Liga Perdana England, Liverpool tetap menampilkan keistimewaan tersendiri.

Mereka masih memiliki reputasi sebagai kelab yang perlu disegani dan awal pagi semalam skuad bimbingan Kenny Dalglish itu melakar sejarah apabila melangkah ke final Piala Liga 2012.

Kejayaan tersebut mengakhiri penantian selama enam tahun kelab dari Anfield itu untuk menjejak kaki ke final pada kejohanan utama.

Mereka akan membuat perhitungan dengan Cardiff City pada final di Wembley, 26 Februari depan.

Kali terakhir Liverpool beraksi di Wembley ialah pada tahun 1996.

Lebih menarik, kejayaan The Reds itu dicapai selepas menghampakan pendahulu Liga Perdana England, Manchester City.

Mereka menang dengan agregat 3-2 hasil kemenangan 1-0 pada aksi pusingan pertama sebelum mencatat keputusan seri 2-2 pada aksi kedua awal pagi semalam.

Seperti dijangka, Steven Gerrard yang kembali dalam kesebelasan Liverpool menemui sasaran menerusi sepakan penalti bagi menyamakan kedudukan 1-1 selepas Nigel de Jong meletakkan City di hadapan.

Namun, selepas kejayaan Liverpool menyamakan kedudukan, City kembali mendahului perlawanan 2-1 menerusi jaringan Edin Dzeko.

Kedudukan tersebut hanya bertahan seketika kerana bekas pemain City, Craig Bellamy tampil sebagai pemusnah.

Bellamy menjaringkan gol penyamaan buat The Reds, sekali gus membawa Liverpool ke final Piala Liga.

Kali terakhir The Reds beraksi di final pada kejohanan domestik ialah pada tahun 2006 yang menyaksikan mereka muncul juara Piala FA selepas menewaskan West Ham di Cardiff.

“Saya berasa sangat gembira. Rasanya sudah lama tidak merasai saat seperti ini,” kata Gerrard.

“Sejak kami beraksi pada final Piala FA di Cardiff pada tahun 2006, kami rasakan sudah terlalu lama kelab ini tidak mencapai tahap seperti ini.

“Saya bangga dan kejayaan ini adalah hadiah buat semua penyokong kami.”

– Agensi


P/S:En.Khairul Enzo!!pinjam falsafah awak erk!! ;)

"Saya hanya boleh mengikuti falsafah di mana saya membesar untuk menyokong Liverpool FC, dan saya tidak boleh menjadi orang lain. Dan itu adalah cara saya."

YNWA...yeah TERBAEKKK!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, January 26, 2012

LIVERPOOL layak ke WEMBLEY..ynwa!!!


walaupun kene marah dengan bos aku sebab tak tumpukan perhatian time keje aku tetap puas bila melangkah keluar dari rumah pagi nie.... huhuhuhu

memetik bak kate LFCTV "this is an epic night" dan itulah kebanggaan kita semua, biar pun kita di kedudukan tangga ke 7 liga pun tetapi kita masih boleh membuktikan kita mampu bersaing dengan pasukan yang mendahului liga sekarang. kalau sesiapa yang yang menonton perlawanan nie, korang boleh lihat betapa kukuhnya semangat Liverpool dalam kalangan semua fan.. buat Fan Liverpool Malaysia,,...(sorryla aku tak dapat join korang)dapat tengok pic yang di upload ke FB je.Bestnye dapat berkumpul...Terbaek!!!!
--come on THE REDS!! kita adalah satu family betul tak--

Dengan keputusan SERI ini,kita berjaya melayakkan diri ke final piala liga & menamatkan penantian 16 tahun untuk kembali ke Wembley.
-- nampak tak muka kepuasan disitu, dan macam nie lah jugak muka aku masuk keje pagi tadi--

Kesemuanya boleh dikatakan perlawanan pagi nie, agak fair and play kerana dalam perlawanan ini kita disajikan dengan aksi yang dramatik dengan kedua pasukan sering bertukar serangan dan turun bertahan. pasukan mek city lebih dahulu menjaringkan gol pada minit de Jong hasil rembatan dari jarak jauhhasil dari gerakkan dari David Silva. Hanya diselang 9 minit perlawanan akhirnya liverpool kembali menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti yang berjaya disudahkan dengan jayanya oleh kapten Gerrard kita.

ini diikuti dengan jaringan D┼żeko pada minit 68 perlawanan, tersentak dengan jaringan itu asakan ke kubu city akhirnya membuahkan hasil apabila Bellamy menjaringkan gol yang berpunca dari gerakkan Kuyt dan dibantu dengan taping kemas dari Johnson.
-- pemain terbaik pilihan--

dengan keputusan seri ini, membolehkan pasukan kita layak ke final untuk bertemu Cardiff City yang menewaskan Crystal Palace. dengan keputusan ini dijangkakan bahawa perlawanan akan belangsung 26 February 2012, serta dijangkan pada masa itu pemain kebanggan kita semua en luis suarez sudah selesai proses penggantungan beliau, hal ini membuatkan Suarez are available untuk diturunkan pada masa tersebut. manakala Gerrard juga berkemungkinan akan berdepan dengan sepupu beliau yang kini bermain untuk Cardiff City. bermakna akan ada dua Gerrard dalam perlawanan itu iaitu Anthony Gerrard dan Steven Gerrard....


Nie komen yang dipetik dari Fb (Azfar)dan aku setuju sangat2:-

penyakit miss chance depan gol dan defend tidur masa kena attack adalah penyakit yang kian kronik di kalangan pemain liverpool tengok la gol dzeko tadi aku tak boleh terima gol tu. downing dan bellamy sepatutnya score gol tadi tapi diorang over konfiden dan peluang tu sia-sia macam tu saje. patutnya man city kalah game tadi bukan seri
YNWA!!!!!!!!!!!!!!!

Monday, January 16, 2012

Jangan Dengar Sebelah Pihak

Semoga apa yang aku nyatakan di sini dapat beri manfaat pada readers semua walaupun sedikit. Aku bukan seorang muslimah yang layak untuk berbicara tentang agama, aku sedar itu. Banyak lagi yang aku perlu ubah, yang aku perlu belajar. Tapi aku bukan juga seorang yang berlagak mempunyai ilmu agama tinggi tapi cakap tak serupa bikin. Korang semua tahukan apa itu munafik, & di mana tempat selayaknya untuk orang munafik ? Aku pasti mereka yang lain sudah lebih mengetahui apa itu munafik. Tapi mungkin nanti aku akan buat entri tentang orang munafik.

Walau apa pun, balik pada yang satu. Apa yang kita buat, rujuk pada Allah, hukum Allah.. Kebenaran tetap kebenaran, ia pasti hadir.. Aku pasti, Aku Yakin..

Subhanallah…

Friday, January 13, 2012

~Semalam , Hari ini , Esok~



Bismillahirrahmanirrahim..

Ini kali pertama aku menulis entri blog menggunakan GALAXY TAB (selalunya guna PC je).. Subhanallah. Benarlah. Dalam hidup ini, banyak yang luar biasa. Kadang-kadang, langsung kita tidak pernah terfikir tentangnya pada hari ini, tapi pada hari esok ia menjadi realiti. Maha suci Allah.

Tiba-tiba teringat balik, aku pernah meletakkan status di facebook. Aku tulis, 'kadang2 kita harus menoleh ke belakang.' Puncanya, seorang teman lama bertanya khabar sekaligus mengimbau kembali segala kenangan aku sewaktu dahulu. Seperti yang pernah aku coretkan sebelum ini. Aku bukanlah baik sangat. Aku bukanlah maksum dan pernah juga memilih lorong yang salah.. Aku malu dengan diri sendiri. Aku insaf.

Rentetan daripada status tersebut, seorang sahabat meninggalkan komen. Katanya, 'without the past there is no present, without the present, there is no future.'

Sungguh. Dia benar. Kita hari ini adalah kerana apa yang telah kita kerjakan pada hari semalam. Dan apa yang kita lakukan pada hari ini, insyaAllah, menjadi penentu samada kita berjaya atau gagal pada esok hari.

Hidup bukan seperti dam ular. Baling dadu berserah kemudian mengatur langkah mengikut saja kehendak dadu. Sampai masa langkah terhenti. Untung nasib bertemu tangga, dapatlah segera lompat beberapa kotak. Malang nasib bertemu kepala ular, kena ngap turun semula ke bawah.

Hidup tak boleh begitu. Dalam yakin pada qada' dan qadar, harus juga usaha dan panjatkan doa pada Ilahi. Lambang kehambaan kita yang punya Tuan.

Biar susah atau sehitam mana pun masa silammu, hidup mesti diteruskan. Langkah harus diayun. Jangan berhenti.

Ada satu lagi ungkapan menarik ingin aku kongsi.."sometimes, we have to forget some people in our past. The reason is, they are not belong to our future"

Teruskan melangkah. Jangan jemu. Jangan berputus asa. Kerana Allah sentiasa ada bersama dengan hamba-hambaNya.

Wassalam.

Tuesday, January 10, 2012

** Carta Hati ** Arshad Zamir MASTERCHEF !

Sape yang bakal mengisi ruang di hati aku erk???Ada ke masalahnya??Hahahaha.... Stop dreaming!

Layan lagu nih!!! Bestttt............... (^_^)v


~CARTA HATI BY NAJWA LATIF~



engkau duduk disitu,
diam tersipu malu,
mahu mendekati aku ..

aku mulai resah,
hatiku jadi kebah,
melihat dirimu aku rebah..

tapi hati ini kuat menyatakan,
kau terkini duduk di carta hati ..

lalu cinta kite bermula,
dari mata turun ke jiwa,
dari teman menjadi cinta,
dan berjanji untuk setia,
sehidup semati kita,
menjanjikan bahagia,
untuk kita berdua selamanya ..

ooh..lalala..hahaha..hmm..

jangan engkau jangan pergi,
jangan tinggal ku sendiri,
jangan tinggalkan carta hati,

kau janjikan bahagia,
ku janji kau tak terluka,
teruslah berada di carta hati kita :)


fenomena masterchef memang TIDAK DAPAT DIPISAHKAN... *bagi aku lah.. aku nie peminat setia masterchef tau.. peserta paling aku minat for sure lah... teeeeettttt.. cuba teka sikit.. brain your mind... amboinya.. ok tanpa berselindung.. aku minat giler kat ARSHAD ZAMIR!

BTW aku ‘seperti jatuh cinta’ dengan contestant yg bernama Arshad Zamir..Biasa la kalau tengok public figure yang hensem2 , cute , talented , cukup pakej terus cair haha..lawak la aku nie (gurau je adik zamir yerk)…akak minat kat u jerk! Lagu kat atas tu untuk u taw !! lerk eiii (gedix)…



akak google pinjam gambar awak yer.. ;)))

fewiittt... dah lah muda lagi, pandai masak pulak tu.. amboiiiii... untunglah sapa dapat kenal dengan dia.. fuhh~ (dlm mood keperasanan yg hakiki)…



PESANAN UNTUK ZAMIR (kalau dier baca la) ;p : Anyway Zamir I always support you.No matter what..it’s not only because you’re the handsome man , you’re talented and have a potential to be a great chef in the future since you’re still young and got an oppurtunity at Masterchef Malaysia,. Good Luck!

mudah-mudahan

Assalammualaikum wrt wbt...

(coretan pagi Selasa di awal pagi...)

Kalau kita menginginkan yang baik, buatlah diri kita jadi lebih baik. Jika kita ingin meraih cita-cita, buatlah diri kita menjadi ideal. kalau kita ingin mempunyai sahabat yang lebih baik, buatlah diri kita menjadi sahabat yang lebih baik. Jika kita ingin bekerjasama dengan orang yang mempunyai nilai, jadikan diri kita sendiri lebih bernilai.Kalau kita ingin memasuki berbagai kedudukan dan keadaan yang lebih menyenangkan, buatlah diri kita sendiri menjadi lebih menyenangkan. Jika kita ingin dicintai pasangan hidup kita, buatlah diri kita menjadi orang yang mencintainya lebih. Mungkin kita akan bertemu dengan orang-orang yang sukar difahami, namun tetap berikanlah diri kita yang terbaik, meski itupun tidak akan pernah memuaskan hati semua orang.Pada akhirnya, perkaranya adalah antara kita dengan Tuhan, bukan antara kita dengan mereka. Namun tidak ada alasan bagi diri atau keperibadian kita untuk menjadi mentah, tidak berbudi atau tidak berkembang. Dengan kesedaran akan ego atau "aku" dalam diri kita, teruslah membentuk diri kita menjadi yang terbaik. Jangan takut dikatakan egois, bila diri dan keperibadian kita dicintai banyak orang dan Tuhan.



Mudah-mudahan sedikit sebanyak mengubah persepsi ego yg selalu dikaitkan dengan negatif.Tak semua yang baik itu akan menjadi baik pada semua orang & tak semua yang tidak baik itu akan menjadi tidak baik pada org lain.Sama-sama kita renungkan,hidup kita INDAH apabila kerana-Nya.. Waallahualam..Syukran..

Wednesday, January 4, 2012

Angan-angan Akhirnya Menjadi Kenyataan

Setiap apa yang kita idamkan kadang-kadang tidak semua menjadi kenyataan.. tapi tidak salah untuk berangan-angan benda yang lebih besar dari apa yang kita inginkan.. sebab mana tahu suatu hari boleh menjadi kenyataan.

Hampir 3 minggu tidur aku tak lena selepas .. dan akhirnya keputusan ini yang aku ambil... :-)




Sejak dari tarikh itu.. tidur aku menjadi lena dengan dibuai mimpi-mimpi indah... Terima kasih (saje je nak mencetuskan kontroversi).

P/S: Setelah seminggu bersamanya masih tidak percaya lagi... betul ke aku sudah memilikinya? .. he2

Tuesday, January 3, 2012

Peace be with you ..YNWA..









CINTAKU PADAMU TETAP UTUH WAHAI SUAREZ!

Happy Birthday to me…

Saat berganti minit, minit berganti jam. Tidak terasa hari sudah semakin senja.31 Dis 2011, sekali lagi aku diberi kesempatan melangkah satu lagi tangga usia. Dah, tak nak serius sangat menulis kali ni. Jadi dengan perasaan tak malu, aku ucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada diri sendiri.. hehe.. (Tu dia orang yang tak tahu malu..)

Dipendekkan cerita, aku sebenarnya memang tak pernah lupa tarikh lahir sendiri. Sebelum tidur awal pagi 31hb hari tu pun, dah baca doa kesyukuran untuk diri sendiri… ye lah kan, setidak-tidaknya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan mencecah 1 lagi anak tangga usia… dan pada detik 31/12/2011 handphone memang tak henti-henti terima mesej yang hampir sama. Dapat panggilan dan sms percuma dari maxis,digi , bank, syarikat kereta dan lain-lain.dlm facebook jangan cakaplah .. Jadi aku pun buka facebook Tengok wall FB, memang sah ramai dah rakan yang wished.. adehh, aku saja yang lambat bagi respon, macam tak hargai rakan pulak.





Tu ucapan rakan yang sempat aku capture.. ada lagi yang lain, tapi tak larat dah capture dan crop masuk. Apapun, aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan, tak kiralah sama ada tulis mesej sendiri atau hantar guna aplikasi FB. Tak lupa juga thanks untuk bro Zack yang sempat wish birthday di dalam mesej yang terindah buatku (indah lah sangat).

Thanks, ingatan daripada anda sangat-sangat saya hargai..

Update:

Terima kasih juga kepada rakan-rakan FB yang mengucapkan Happy Birthday di laman profil saya. Maaf tak sempat balas sebab jarang sangat online time tu..