JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, January 26, 2012

LIVERPOOL layak ke WEMBLEY..ynwa!!!


walaupun kene marah dengan bos aku sebab tak tumpukan perhatian time keje aku tetap puas bila melangkah keluar dari rumah pagi nie.... huhuhuhu

memetik bak kate LFCTV "this is an epic night" dan itulah kebanggaan kita semua, biar pun kita di kedudukan tangga ke 7 liga pun tetapi kita masih boleh membuktikan kita mampu bersaing dengan pasukan yang mendahului liga sekarang. kalau sesiapa yang yang menonton perlawanan nie, korang boleh lihat betapa kukuhnya semangat Liverpool dalam kalangan semua fan.. buat Fan Liverpool Malaysia,,...(sorryla aku tak dapat join korang)dapat tengok pic yang di upload ke FB je.Bestnye dapat berkumpul...Terbaek!!!!
--come on THE REDS!! kita adalah satu family betul tak--

Dengan keputusan SERI ini,kita berjaya melayakkan diri ke final piala liga & menamatkan penantian 16 tahun untuk kembali ke Wembley.
-- nampak tak muka kepuasan disitu, dan macam nie lah jugak muka aku masuk keje pagi tadi--

Kesemuanya boleh dikatakan perlawanan pagi nie, agak fair and play kerana dalam perlawanan ini kita disajikan dengan aksi yang dramatik dengan kedua pasukan sering bertukar serangan dan turun bertahan. pasukan mek city lebih dahulu menjaringkan gol pada minit de Jong hasil rembatan dari jarak jauhhasil dari gerakkan dari David Silva. Hanya diselang 9 minit perlawanan akhirnya liverpool kembali menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti yang berjaya disudahkan dengan jayanya oleh kapten Gerrard kita.

ini diikuti dengan jaringan Džeko pada minit 68 perlawanan, tersentak dengan jaringan itu asakan ke kubu city akhirnya membuahkan hasil apabila Bellamy menjaringkan gol yang berpunca dari gerakkan Kuyt dan dibantu dengan taping kemas dari Johnson.
-- pemain terbaik pilihan--

dengan keputusan seri ini, membolehkan pasukan kita layak ke final untuk bertemu Cardiff City yang menewaskan Crystal Palace. dengan keputusan ini dijangkakan bahawa perlawanan akan belangsung 26 February 2012, serta dijangkan pada masa itu pemain kebanggan kita semua en luis suarez sudah selesai proses penggantungan beliau, hal ini membuatkan Suarez are available untuk diturunkan pada masa tersebut. manakala Gerrard juga berkemungkinan akan berdepan dengan sepupu beliau yang kini bermain untuk Cardiff City. bermakna akan ada dua Gerrard dalam perlawanan itu iaitu Anthony Gerrard dan Steven Gerrard....


Nie komen yang dipetik dari Fb (Azfar)dan aku setuju sangat2:-

penyakit miss chance depan gol dan defend tidur masa kena attack adalah penyakit yang kian kronik di kalangan pemain liverpool tengok la gol dzeko tadi aku tak boleh terima gol tu. downing dan bellamy sepatutnya score gol tadi tapi diorang over konfiden dan peluang tu sia-sia macam tu saje. patutnya man city kalah game tadi bukan seri
YNWA!!!!!!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment