JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, January 3, 2012

Happy Birthday to me…

Saat berganti minit, minit berganti jam. Tidak terasa hari sudah semakin senja.31 Dis 2011, sekali lagi aku diberi kesempatan melangkah satu lagi tangga usia. Dah, tak nak serius sangat menulis kali ni. Jadi dengan perasaan tak malu, aku ucapkan selamat ulang tahun kelahiran kepada diri sendiri.. hehe.. (Tu dia orang yang tak tahu malu..)

Dipendekkan cerita, aku sebenarnya memang tak pernah lupa tarikh lahir sendiri. Sebelum tidur awal pagi 31hb hari tu pun, dah baca doa kesyukuran untuk diri sendiri… ye lah kan, setidak-tidaknya masih diberi kesempatan untuk bernafas dan mencecah 1 lagi anak tangga usia… dan pada detik 31/12/2011 handphone memang tak henti-henti terima mesej yang hampir sama. Dapat panggilan dan sms percuma dari maxis,digi , bank, syarikat kereta dan lain-lain.dlm facebook jangan cakaplah .. Jadi aku pun buka facebook Tengok wall FB, memang sah ramai dah rakan yang wished.. adehh, aku saja yang lambat bagi respon, macam tak hargai rakan pulak.





Tu ucapan rakan yang sempat aku capture.. ada lagi yang lain, tapi tak larat dah capture dan crop masuk. Apapun, aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan, tak kiralah sama ada tulis mesej sendiri atau hantar guna aplikasi FB. Tak lupa juga thanks untuk bro Zack yang sempat wish birthday di dalam mesej yang terindah buatku (indah lah sangat).

Thanks, ingatan daripada anda sangat-sangat saya hargai..

Update:

Terima kasih juga kepada rakan-rakan FB yang mengucapkan Happy Birthday di laman profil saya. Maaf tak sempat balas sebab jarang sangat online time tu..

No comments:

Post a Comment