JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, July 31, 2012

Lillahi Taala


hari ini...

Ya Allah, hari nie masuk je kerja,pagi-pagi dah meeting (Engineering Weekly Meeting).Bosan..Kena tembak jangan cakaplah.. Penat belum habis tapi takpela....

Aku bekerja untuk mencari rezeki yang halal.
Aku bekerja untuk mengisi masa aku dengan benda yang berfaedah.
Aku bekerja untuk menjadi orang yang berguna dan berbakti kepada kedua orang tuaku.
Aku bekerja dengan niat Lillahi Taala (kerana Allah).

Semoga Allah memberi kekuatan kepada aku dan mudah-mudahan aku ikhlas. InsyaAllah..

:) jihad


JIHAD terbesar bagi seorang wanita adalah menjadi isteri dan ibu kepada anak-anaknya. Itulah sebab mengapa wanita itu perlu merindukan sebuah 'pernikahan', kerana dengan pernikahan, dia sudah menyempurnakan separuh agamanya.
Dan seorang suami adalah kehormatan baginya,
jalan untuk meraih JannahNya.."
^_^

Monday, July 30, 2012

Sebelum cahaya..

Ramai yang bakal melangsungkan perkahwinan. Syukur Alhamdulillah kerana Allah dah temukan jodoh yang tepat untuk mereka dan semoga mereka berbahagia hingga ke syurga. Amin. =)
Tapi sebelum aku berumah tangga, aku nak cakap macam ni..


Bakal suamiku...

- Jika aku TIDAK SOLAT, ingatkanlah aku dan ajaklah aku untuk solat bersamamu.. Jika kamu (wahai suamiku) tidak tahu solat, aku akan cuba untuk mengajar atau kita cuba untuk belajar sama-sama dan berusaha untuk menutup kelemahan dan memperindah kelebihan masing-masing.

- Jika aku tidak pandai MENGAJI AL-QURAN, ajarlah aku bermula Alif, Ba, Ta sehingga 30 Juzuk dan Khatam.. Jika kamu (wahai suamiku) tidak tahu mengaji, akan aku bantu kamu atau kita cuba untuk belajar sama-sama dan berusaha untuk menutup kelemahan dan memperindah kelebihan masing-masing.

- Jika aku tidak MENUTUP AURATKU, tegurlah aku dan berikanlah aku nasihat yang boleh melembutkan hati supaya aku menutup auratku dan menjaga kehormatanku dengan penuh keikhlasan kerana Allah.

Siapa pun kamu, aku berdoa semoga kamu menerimaku dengan seadaanya. Menyintai aku seberapa lama yang mampu. Menjaga aku seperti menjaga diri kamu. Menyayangi aku seperti menyayangi ibubapa kamu. Melaksanakan tanggungjawab kamu seperti melaksanakan amanah Allah. InsyaAllah aku akan hidup untuk mengisi kekurangan kamu dan aku akan mengindahkan kelebihan kamu. Akan aku cuba dan dengan izin Allah, mudah-mudahan... Amin =)


Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah jodohku dan jodohkanlah aku dengan si dia yang baik hati dan mencintaiku seadaanya.

Friday, July 27, 2012

Payung Emas? Bakal Suami? Layakkah Aku??

Hari nie, Perbincangan aku dengan sahabat-sahabatku mengenai payung emas secara tidak sengaja memang sangat hebat.

Payung emas bermaksud seorang isteri yang mengizinkan suaminya berkahwin lagi tanpa paksaan adalah orang yang bakal mendapat payung emas di syurga. Subhanallah.... Allah Maha Pemurah dan dengan senangnya wanita itu diangkat martabatnya di sisi Allah. Tapi bagi aku, ia bukan mudah seperti yang disangka jika aku ditempatkan dikalangan golongan wanita tersebut. Nauzubillah..

Aku menginginkannya tapi aku tak mampu. Maafkan aku...
Sesungguhnya aku kenal siapa diri aku. Tapi aku tak tahu tahap kemampuan aku. Aku tak mampu mengukur tahap kesabaran aku sendiri samada masih waras, masih boleh waras atau memang tidak mampu untuk mewaraskan diri kalau aku menerima POLIGAMI.
Aku akan menerimanya jika aku mempunyai kekuatan mental dan kepenuhan iman dijiwa aku ni. Sejujurnya aku tak nak menambah dosa yang sedia ada. Cukuplah dosa yang ada sekarang ni. Aku tak mampu...

Dosa..
Jika aku mengizinkan suami aku berkahwin lagi, aku akan membenarkan dia bernikah tanpa rasa rela. Aku berdosa..

Bila tak ikhlas, aku akan cemburu kerana suami aku dikongsi dengan wanita lain. Aku berdosa..

Bila cemburu, akan hilang perasaan tidak percaya pada suami. Aku berdosa..

Bila tidak percaya, kasih sayang dan cinta pada suami aku kian pudar. Aku berdosa..

Bila cinta pudar, aku tak mampu nak menjalinkan hubungan dan tanggungjawab sebagai isteri yang sempurna untuk suamiku. Aku berdosa..

Bila tidak menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri dengan sempurna, aku akan menimbulkan perasaan ketidakpuasan hati suamiku pada aku. Aku berdosa..

Bila tidak puas hati, akan berlaku pergaduhan antara aku dan suamiku.. Aku dan dia berdosa.

Bila berlaku pergaduhan, hati semakin panas dan syaitan semakin menggoda dan keimanan dalam hati semakin menipis, penceraian yang dilaknat oleh Allah bakal berlaku. Aku dan suamiku berdosa...

Kami berdosa kerana kerana sikap kami, anak-anak yang tak berdosa jadi mangsa keadaan.
Anak-anak kehilangan Ayah disisi. Anak-anak kehilangan Ibu disisi. Masih aku mahu melihatnya?? Tidak!!

Dengan keadaan yang aku fikirkan bakal berlaku jika aku menerima poligami, adakah aku masih layak untuk mendapatkan payung emas disyurga? Semua itu Allah yang mampu menilainya.

Sebelum berkahwin, aku punya syarat-syarat perkahwinan bakal suamiku:
Aku cuma mahu mengajukan syarat-syarat ini dan menjadi sahnya akad nikah. Diri aku akan menjadi halal jika syarat ini mampu dipenuhi oleh bakal suami aku nanti.

Yang pertama setelah bernikah, aku mahu tetap seperti dulu. Bermaksud, aku boleh untuk bersama dengan family aku sendiri tanpa ada bermasam muka dan paksaan. Tapi ia tidak bererti aku akan mengabaikan family suami aku..Aku bebas bersama mereka untuk hubungan mahupun pekerjaan.
Kedua, aku mahu dinikahi tapi dengan syarat selama aku hidup dan masih mampu menunaikan tanggungjawab aku sebagai seorang isteri yang sempurna, bakal suami aku tidak boleh menikahi wanita lain. Adakah syarat 'tidak boleh bernikah lain' itu salah? Jawapan aku TIDAK. Para ulama telah mengulasnya dengan panjang lebar dan syarat-syarat yang telah ditetapkan itu adalah SAH. Aku tidak mengharamkan poligami. Dibahagian mana yang aku menyatakan aku mengharamkan poligami? Jika sang suami ingin menikahi 4 orang wanita sekaligus sekalipun, silakan. Anda punya hak. Tak ada masalah buat aku. Tapi itu bermakna, aku bukanlah salah seorang dari isterimu, wahai bakal suamiku. Aku hanya mengajukan syarat-syarat yang bermanfaat buat aku dan anak-anakku kelak. Dengan jelas syarat-syarat sebegini tidak merugikan bakal suami aku nanti.

Aku menginginkan cinta yang halal. Jika diizinkan Allah... Kurniakanlah aku dengan....

Suami yang mempunyai pegangan agama yang kukuh kerana aku bukanlah wanita yang solehah.

Suami yang mempunyai harta kebendaan kerana aku tidak mempunyai aset untuk dikongsi bersama.

Suami yang mempunyai harta dunia (keluarganya) kerana aku nak mengembangkan silaturahim di antara kedua-dua belah keluarga kami.

Suami yang mempunyai kasih sayang yang menggunung terhadap aku sebab aku mempunyai kasih sayang dan cinta yang sebesar alam untuk dicurahkan buat suamiku.

Suami yang sentiasa sudi meminjamkan bahunya untukku sebab aku mudah menangis dan mudah-mudahan bahu dia mampu untuk menenangkan aku.

Suamiku bukan dari golongan orang yang pemarah kerana aku tidak suka pada kekerasan dan aku wanita yang cepat marah dan cepat sejuk.

Suami yang mahu melakukan apa saja demi aku sebab aku sanggup melakukan apa saja demi suamiku nanti selagi tidak melanggar syarak.


Layakkah aku??
Rahsia itu hanya Kau yang tahu.

Thursday, July 26, 2012

Cari Allah


Boleh tak aku nak luahkan sesuatu yang tak masuk dek akal??


Aku teringin nak peluk Allah. Aku nak menangis sepuas-puasnya dalam pelukan Allah. Aku nak luahkan semua benda-benda yang buat hati aku susah. Aku nak peluk Allah supaya aku rasa selamat dan dilindungi. Seronoknya kalau dapat peluk.



Tapi aku bukan hambaNya yang sempurna. Aku penuh dengan dosa. Iman pun tak kuat...:'(

Wednesday, July 25, 2012

Aku & kehidupan!

apa itu kehidupan?
kehidupan terlalu banyak maksudnya.
tapi apa yang ingin dikongsikan adalah makna kehidupan bagi aku.

bagi aku kehidupan itu indah.
kehidupan juga unik serta bermakna jika dihayati.
kehidupan ini ibarat sebuah cerita yang dilakonan oleh manusia.
jika lakonan itu menarik maka menariklah kehidupan itu.
itu dari pandangan aku.
mungkin lain orang lain pandangannya.

melalui kehidupan ini banyak yang telah aku pelajari.
pahit, perit, sakit, sedih, gembira atau sebagainya.
ianya membuat aku lebih matang dalam mendalami erti sebuah kehidupan.
kata orang yang pahit itu tidak semestinya teruk.
ya, aku mengaku!
sepahit mana sekali pun kehidupan itu, ia mengajar kita untuk lebih menghargainya.

percayalah,
kehidupan kita akan lebih bermakna jika kita belajar untuk menghargainya.
jangan mengeluh dengan nasib kita sebaliknya bersyukurlah.
tuhan itu maha adil.
DIA tidak akan sekali-kali berlaku kejam terhadap hambaNYA.
kita sebagai manusia juga perlu adil.
adil pada diri sendiri terutamanya.
jangan terlalu memikirkan keindahan dunia sebaliknya keindahan di akhirat nanti lebih bermakna.

hargai lah kehidupan kita.
sesungguhnya kehidupan itu juga ibarat kain putih.
kita yang melakarnya.
kita yang mencorakkannya.
dan kita juga yang mewarnakannya.
jadi, hargailah kehidupan ini sebaik-baiknya.

p/s: maaf kalau mengarut tapi luahan ini lahir ikhlas dari hati yang sememangnya menginginkan kesempurnaan dalam kehidupan :)

Tuesday, July 24, 2012

Pinjaman Allah

Besar kuasa Allah.
Allah pinjamkan aku sesuatu yang amat bernilai.
Sesuatu yang tak mungkin aku dapat cari.

Disaat aku lemah, Allah pertemukan aku dengan dia.
Dia muncul tanpa aku duga.
Pertemuan kami memang tak dijangka.

Dia datang memberi semangat pada aku.
Tak pernah jemu berikan sokongan pada aku.
Aku terharu, Ya Allah.

Kau berikan aku yang terbaik dalam hidup aku.
Dia selalu ada disaat aku memerlukan.
Disaat aku rasa lemah tak bermaya.
Dia datang berikan aku kekuatan.
Kekuatan yang selama ini aku tak pernah dapat.
Ketenangan yang selama ini aku tak pernah rasai.

Dia tahu bila masa aku bersedih.
Dan setiap kali itulah, dia berikan aku sokongan.
Dia tahu macam mana nak buat aku gembira.
Dia tahu macam mana nak pulihkan semangat aku.
Tak perlu banyak cakap, aku sudah faham.

Kata-kata dia buat aku percaya.
Buat aku percaya bahawa aku masih berpeluang untuk hidup gembira macam orang lain.
Dia berikan aku kegembiraan itu.
Aku berjanji, aku tak akan sia-siakan pinjaman Allah ini.

Aku sedar, Allah akan ambil dia dari aku bila-bila masa saja.
Aku, dia dan mereka cuma hamba Allah di dunia ini.
Tak ada yang kekal di dunia melainkan akhirat.
Tapi sekurang-kurangnya aku bersyukur kerana diberikan nikmat yang terlalu besar ini.
Sesuatu yang tak mungkin aku sia-siakan.

Ya Allah,
Terima kasih untuk pinjaman ini..

Jangan pisahkan aku dengan kekuatan aku.
Jika dia hilang, hilanglah semangat aku.
Kerana separuh semangat aku bersama dia.
Dia berikan aku hidup baru.
Terima kasih, awak
Terima kasih di atas segala-gala yang telah awak korbankan.
saya doakan awak bahagia dan dirahmati Allah.

Amin.

Monday, July 23, 2012

Ujian mengangkat martabat!

Disebalik doa yang bersungguh- sungguh,
terdapat penangguhan terhadap pengabulan doa tersebut.
Namun, jangan jadikan ia sebab untukmu kecewa,
kerana DIA telah menjamin sesuatu dengan apa yang dipilih-NYA untukmu,
bukan berdasarkan pilihanmu,
dan pada masa yang ditetapkan-NYA,
bukan pada masa yang kamu inginkan....

Hidup takkan sunyi tanpa dugaan... Namun, ujian mengangkat martabat!

Friday, July 20, 2012

SAYA NAK KE SYURGA BERSAMA AWAK

Assalamulaikum wbt...


awak...
saya nak bagi tahu something nie..
saya nak ke syurga bersama awak...
walaupun saya tahu..
saya betul-betul tak layak ke syurgaNya..
tapi itulah permintaan saya..
saya nak ke syurga bersama awak...

nak ke syurga bersama saya??
so, kita mestilah ikut rules yg DIA bagi kan...

kalau kita nak ke syurga bersama..
mestilah apa-apa sahaja dibuat hendaklah keranaNya..

erm... betulkan..kita nak sampai syurga bersama??

kalau macam tu...
itu tandanya awak dah sayang betul saya..
betul tak??

Betul-betul..
takkan la....saya nak sayang awak untuk ke neraka kan??

erm... kalau saya buat salah..
and then awak tak tegur sebab awak sayang macam mane pulak??

itu bukan sayang untuk ke syurga tu..
tu sayang hanya untuk dunia jer...

awak..
betulkan awak sayang saya kan??

sayang.. sayang sangat.. saya sayang awak kerana Allah...

kalau macam tu..
mesti awak pun nak ke syurga bersama saya kan??

yeay.. yeay.. saya nak sangat ke syurga bersama awak...
takkan saya nak tinggalkan awak sakit sorang-sorang..

kalau macam tu...
awak kena nasihatkan saya bila saya lalai dan leka..
awak kena kuatkan saya bila saya putus asa dengan RahmatNya..
awak kena ingatkan saya bila saya lupa..
awak kena betulkan saya bila saya bengkok..
awak kena tegur saya bila saya melencong...
dan awak kena doakan saya...
saya mengharapkan doa awak...

awak pun sama jugak ye..
jangan tinggalkan saya..
biar saya sakit didunia ni..
tp jangnn saya sakit kat sana..
sebab kat sana saya dah tak punya sape-sape..
dah tak guna semuanya...
awak pun tolong saya ye...


terima kaseh awak..

same-same..
awak pun..
terima kaseh sangat-sangat..
sebab awak nak juga ajak saya bersama awak...

Wednesday, July 18, 2012

Berubah tapi Takut Terasing

Semua orang ingin berubah, I mean changing from bad to good. Aku jamin, semua orang mesti pernah dengar orang cakap "eh aku nak berubah ke arah kebaikan lah." sama ada dari rakan terdekat mahupun diri sendiri yang sentiasa bermonolog dalaman. Ya, sebab fitrah kita manusia yang sukakan kebaikan dan kesucian, kerana asal usul kita pun dari Syurga, tempat paling suci.

Aku rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah pun.

"eh yeker..? alamak, i tak sedar lah."

Ya, kita perlu sedia maklum yang dunia pun sedang berubah. Cuma yang lainnya, dunia berubah menentang fitrah kita. Kemaksiatan makin bertambah, jenayah juga begitu. Jelas sekali bilamana maksiat tidak lagi asing, yang ingin membuat kebaikan lebih takut kepada pembuat kejahatan.

Maka, apabila seseorang ingin mengambil keputusan untuk berubah ke arah kebaikan, mereka merasa kerdil dan belum bersedia. Ini kerana mereka rasakan jalan yang bakal mereka lalui berlawanan dengan jalan yang dunia sedang lalui. Senang cerita, jalan kebaikan dan jalan dunia hari ini tidak di lorong 'one way'.

Ketakutan untuk berubah kearah kebaikan ini hanya terjadi kepada mereka yang takut menjadi asing, hanya terjadi kepada mereka yang hidup kerana dunia.



Aku juga pernah menjadi 'mereka' di atas. Hidup terlalu untuk dunia, tidak ingin menjadi asing di dalam dunia yang rata-rata tidak mengamalkan islam sebagai cara hidup (come on la, tak hot la kan pakai cakap macam ustazah ni kan). Tetapi hati jelas menyatakan, "aku bukan di lorong yang betul". Hidup memang enjoy tetapi seperti ada yang tidak kena. Kenapa..?? Kerana kita hidup menentang fitrah. Seperti takut dengan bayang-bayang sendiri.

Kalau berubah ikut fitrah itu asing di dunia sekarang, percayalah Allah bersama-sama dengan kita yang asing ini, kerana yang menciptakan fitrah kita itu kan Allah, bukan dunia.

Kepada yang selalu mengajukan soalan kepada aku, "macam mana nak dapat kekuatan untuk berubah.?". Jawapan aku senang sahaja, cari Allah. Berubah Lillahi ta'ala, kerana Allah kerana Dia lah sumber kekuatan kita. Bilamana kita rasakan dunia sedang mengejek kita kerana berlawanan arus dalam lorong 'one way' nya, muhasabah diri, tanya pada hati, kita hidup untuk Allah atau untuk dunia.?

Aku ulang sekali lagi ayat aku di atas,
"Aku rasa kita semua perlu sedar bahawa kita semua memang sedang berubah."

Persoalannya,

"Adakah kita sendiri yang sedang mengubah diri atau kita hanya menjadi mangsa perubahan.?"

P/S: tepuk dada , Tanya IMAN 

Tuesday, July 17, 2012

Cintaku kepadamu keranaNya!!


Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, “Suamiku, apakah engkau mencintaiku?” Beliau menjawab, “Ya tentu saja, dirimu adalah sebahagian dalam hidupku.” Mendengar itu, isterinya bertanya lg, “Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam HATI ♥ seorang mukmin. Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?” Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dgn pandangan mata yg lembut penuh kasih sayang. “Kerana cintaku kpd Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dgn hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak-anakku dan sesama insan. Aku MENCINTAIMU kerana CINTAKU kepada ALLAH.”

~ Rebutlah cinta yg hakiki kerana Dialah akan membuatkan kita saling mencintai ~


CINTA ITU INDAH, CINTAILAH CINTA : MANUSIA DAN CINTA IBARAT ISI DAN KUKU..

P/S : Takdir Allah itu kan INDAH :)

Monday, July 16, 2012

jadi baik teraniaya

Jadi seorang budak yang baik bukanlah sesuatu yang susah. Nak jadi baik ni mudah je, jadi seorang yang pemurah then orang dah boleh label kita baik. Janganlah pulak bila orang dah ambik sesuatu dari kita and kita rasa tak sedap hati plus tak selesa, itu namanya hipokrit. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan semua yang kita buat baik itu akan dibalas dengan baik. Jadi, untuk pembaca blog ini yang terdetik untuk jadi baik silalah ready dengan consequences ni.

Bukan itu sahaja kita juga mungkin akan jadi mangsa keaadan. Ada antara mereka yang bila kita dah buat baik kat dia, dia akan take advantage kat kita(macam lintah). Ada pulak yang tidak membalas apa yang kita lakukan, dan ini yang paling penting untuk jadi orang baik, jangan sesekali pernah mengharapkan balasan terhadap apa yang pernah kita serve kat seseorang because they never ask for it, siapa yang suruh kita jadi baik sangat kat diorang. Kalau kita tak jadi baik pun tak per cuma diorang mengumpat je belakang kita, lagi kita dapat pahala. Bukan ke itu lagi bagus? Kalau kita buat baik pulak orang akan puji-puji kita hingga kita riak dan takbur. Mengundang dosa pulak, nilah yang susah bila jadi baik.

Beter jadi jahat. Jadi seorang yang sombong, bongkak, angkuh, selfish, kedekut dan banyak lagi sifat jahat yang akan membuatkan kita dibenci orang dan orang akan segan dengan kita. Menyebabkan kita bahagia dengan dunia kita, tak perlu kisah dengan hidup orang lain. Memang sure diorang tak kan kacau hidup kita. Lantak dioranglah kalau nak mengumpat, kutuk atau keji. Dosa tercatit kat buku diorang bukan buku kita.

Kalau kita tak nak bagi barang kita dipinjam itu bukan masalah diorang, itu hak kita. Kalau diorang nak sangat beli sendirilah. Kalau tak ada duit mintaklah dengan mak bapak diorang.
Ada antara mereka yang akan cakap, 'segan','malu'. Meminta-minta ngan kita tu tak SEGAN dan MALU pulak? Yang lain pulak kata, 'Mak bapak aku miskin, tak mampu beli itu ini, tak ada duit. Tak macam mak bapa kau'. Si dia yang jahat pun jawab, 'Sapa suruh mak bapak korang tak study betul-betul macam mak bapak aku dulu!'. Mereka yang tangan dibawah akan diam dan berlalu pergi sambil mulakan al-kisah, "MULUT PUAKA". Kita yang tangan di atas akan senang lenang sebab lepas ni memang sure dah diorang tak kan berani ganggu hidup kita. Ni yang best bila jadi jahat.

So, konklusinya


JAHAT lebih BAIK!




Friday, July 13, 2012

aku la tu..


ok.. now kita bukan nak bercerita pasal CINTA.. gambar kat atas tu ibarat hati kita.. aku nie sometimes boleh jadi seorang yang sangat peramah but sometimes boleh jadi jugak seorang yang sangat pendiam.. tengok keadaan dan sekeliling la ye..

tapi bagi kawan kawan aku yang dah lama sangat kenal aku maybe akan cakap yang aku nie sebenarnya OKEY.. diulangi, OKEY ok bukan GILA! dan satu sikap aku yang sangat sangat buruk adalah, aku nie pendendam orangnya.. i repeat again, PENDENDAM! kalau ada benda yang aku marah or tak puas hati, aku lebih selesa berdiam diri.. dan lebih afdhal lagi untuk aku simpan semuanya dalam hati.. kenapa erk? tak tau la.. percaya la, ini la tabiat aku.. ada sesuatu dalam hati, tapi susah nak luah.. sampai kadang kadang aku rasa penuh je kat dada nie.. tak boleh bernafas!!

haaa... memang aku cepat marah.. and aku pun cepat touching! tapi semua tu sekejap je.. sebab aku akan simpan semuanya menjadi satu kat dalam hati aku..hikks! tak baik..... but what to do? itu la aku.. and aku jugak cepat memaafkan.. cuma.......... lambat untuk aku melupakan apa yang dah terjadi..

dont worry kawan kawan.. yang paling penting, aku TAK SOMBONG.. ;)

Peringatan : Ikutkan hati mati, ikutkan nafsu binasa. Tapi hati juga seperti sang hati-hati. Pandang, lihat dan renung. Itu yang sang hati-hati mahu, tapi fahamkah sang hati-hati akan apa yang hati mahu?

Thursday, July 12, 2012

rindu kat dia ....





P/S:~rindu nak tengok abang long beraksi lagi...cepatla game.."i miss u la abang long Gerrard"...hehehe (mood:tersangatlah rindu)



The listener!

Salam syukur kepadaNya
kerana masih diberi kesempatan untuk menghirup oksigen-oksigen tanpa warna dan rasa ini.
untuk memastikan kelangsungan hidup di bumi Allah yang indah permai dan mendamaikan.
Mungkin lebih tenang jika hidup tak dikerumuni semut-semut masalah.
Atau dihinggapi lalat-lalat dugaan.
Tapi orang cakap kita tak selalu diatas.
kadang-kadang ujian dan dugaan digunakan untuk menguji ketebalan iman didada.
Moga aku kuat menghadapinya.
Amin.
Secara tiba-tiba terluah perasaan.
Seronok jika memiliki kuasa yang mampu membaca fikiran orang.
tak perlu memilki kuasa sehebat rekaan cerita Supermak,
atau melekat kat dinding macam Cicak Man.
Hanya nak dengar apa yang orang lain fikir tentang kita.
supaya aturan kita tidak menyimpang daripada pandangan serong masyarakat sekeliling.
Pengkritik-pengkritik yang suka memberi komen yang tidak membina.
Atau sekadar berlandaskan nafsu nafsi semata-mata.
Atau berlitarkan emosi yang bagai benang yang akan putus dengan mudahnya,
manusia-manusia
yang suka melemparkan kata tanpa perlu berfikir sebab dan musabahnya.
Moga aku tak tergolong dari kalangan mereka.

Setiap cerita ini ada kamu didalamnya.
Mungkin kerana kamu aku ingin mendapatkan kuasa ini.
tapi ini hanya sekadar satu lagi anganan,
yang lama-lama akan tinggal menjadi mimpi-mimpi kosong,
mungkin sedikit mengerikan.
Atau mungkin sedikit membahagiakan.
Bercampur-campur macam asam jeruk.
Yang kadang-kadang masam,
kadang-kadang manis.

Entah.
Apa lagi yang aku bebelkan ini.
Emosi yang tak berapa nak stabil!
Saja nak menggedik,
dengan berkongsi cerita-cerita rahsia ini.
Rahsia ke?
Aishhh.

=,='''

Wednesday, July 11, 2012

BosaN lah nengok kau!

Aku dah bosan dengan kau ni..
Aku dah fade up mengadap kau tiap-tiap hari.
balik-balik muka kau yang meninggi diri.
Aku dah rimas melayan kerenah kau yang tak henti-henti.

Aku harap kau cepat-cepat pergi..
Cepat-cepat angkat kaki.
Sebab aku dah tak tahan dengan semua pasal kau lagi.

Bukan aku tak suka.
Jauh sekali aku membenci.
Tapi sebab aku tak nak tidur aku tak lena.
Mimpi aku menjadi-jadi.

Aku harap kau mengerti.
Atau sedikit memahami.
Boleh tak nie?

nota:
bukanakutaksukacumaakutaknakhidupdengankeadaanbeginimenyampah

Tuesday, July 10, 2012

Huh!!

Assalamualaikum :

Sekarang aku Nak mencoret (ayat klise bila lama dah tak menulis)... Whatever la orang nak cakap apa pun kat aku tatkala baca blog aku dengan entri yang entah apa-apa. Aku jadikan blog nie tempat aku luah apa yang aku rasa memandangkan ianya medium yang terbaik untuk aku meluahkan rasa selain luahan rasa dalam sujud kepadaNYA (dah banyak kali aku repeat pasal fungsi blog ni untuk aku).

Dah lama aku bernafas di bumi ALLAH ni... alhamdulillah..=)
Tapi apa yang aku nak share kali bukanlah suatu yang happy... sapa yang tak suka layan... hentikan bacaan dan klik pangkah pada hujung tab korang.. senang kan..=)
Hidup! satu peluang yang diberi olehNYA kepada kita untuk kumpul seberapa banyak pahala yang boleh untuk jadi bekalan di akhirat sana.. dan bagi mewarnai sebuah kehidupan, kita dianugerah dengan pelbagai rasa antaranya suka, benci, cinta, sayang, sedih, marah dan sewaktu dengannya.... Aku berterima kasih padaNYA atas kurniaan pelbagai rasa nie.

Sebelum aku meneruskan penulisan, meh aku bagi tau korang yang masih belum tahu...kalau tak nak tahu pun i dont kisah..=) Aku adalah manusia yang dikurniakan dengan rasa SENSITIF yang amat tinggi (namun masih boleh di kontrol & sensitif aku bertempat) ataupun jenis yang cepat touching jugak la...tapi tak cepat sentap kadang-kadang jer!

let me straight to the point.. aku tak tahu kenapa ..lately aku cepat rasa nak sentap/touching bagai... tapi aku cuba caskan ion-ion positif agar meresap dalam hati aku. supaya aku dapat elak rasa-rasa yang tak enak nie. aku tak nak ada penyakit hati yang kronik... aku dah penat dengan penyakit hati yang tak berkesudahan...

Tapi, hati ni kerap kali di tocher, ditoreh dengan madah yang yang cukup terbaik menjadi agen perosak pendengaran aku... seriusly memang bagi sesetengah pihak akan cakap... "dia memang macam tu" ... tapi sampai bila dia nak macam tu??... sampai bila hati aku boleh bertahan?? sampai bila?? aku bukan maksum. tahap kesabaran aku memang tinggi. (aku bukan angkat bakul puji diri) tapi aku kenal siapa aku. memang adakalanya orang disekeliling akan dengar aku bebel entah apa-apa.. sebab aku cannot tahan anymore.. come on la..

Aku tak kisah la sekarang.... aku dah penat dan hampir fed up.. ko terlalu angkuh bila berkata asyik aku jer yang beralah... takpelah .. aku terima je ketentuan Ilahi ni... DIA sedang berbicara dengan HATI aku,... tapi kalau ko rasa aku tak perlu ada... let me goooo! walaupun jiwa aku 100% ada kat situ... tapi aku susah nak happy. aku kadang-kadang malas nak bertegang leher for something yang langsung tak bagi benefit untuk aku.... ko kena ingat... tak semua benda ko tau... jangan bangga sangat la ... open your mind, your eyes! ko dulu dari bawah jugak!! Ko ingat semua orang suka sangat ker dengan PEEL ko tu???

If orang tak bagi ko "peluang" satu ketika dulu.. mungkin ko dok jer kat situ macam katak bawah tempurung (sory terkasar). Sebanyak mana pun kerja ko buat tapi lepas tu, ko bising itu dan ini... its NOTHING Bro. Aku cakap leklok,ko hembus aku naper? Susah la cam nie.

Aku bukan yang gila nama dan jawatan la, buat apa aku ada jawatan kalau aku tak peluang bersuara... think! think! think! suara aku ngkau nak henyak-henyak sesuka hati... lebih baik aku jadi kuli... time tu ngkau nak buat apa suka ati ko la... coz ko kan BoSSSzzz~

Buat la apa ko rasa betull..... seriusly! i'm sick of you!
Senyuman aku hari ini , esok dan akan datang… adalah Fake semata-mata... hope tak berpanjangan la... sorry for everything cannot tahan anymore...


fuhhh lega.....

wasalam..=)









Monday, July 9, 2012

no that is not true but true ..

SAYANG UMPAMA HADIAH DARIPADA ALLAH.. SYUKURILAH.!!


Friday, July 6, 2012

UsaHa + KeaZaMaN + TawaKaL = KeJaYaaN


Standing In The Eyes Of The World
Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

seperti yang aku katakan, lagu memainkan pelbagai peranan dalam hidup aku...lagu STANDING IN THE EYES OF THE WORLD nyanyian ELLA nie juga adalah salah satu lagu favourite aku..
lagu nie la yang memberi aku semangat di saat kemalasan dan kekecewaan menguasai diri aku..
lagu nie memberi kekuatan kepada diri aku untuk terus berjuang dalam meneroka alam kehidupan..
kejayaan BUKANLAH sesuatu yang mudah untuk kita kecapi..
tanpa usaha dan keazaman yang tinggi, kejayaan akan hanya tinggal impian yang susah digapai...
"TANPA KEBERANIAN, MIMPI TAK BERMAKNA"...
untuk apa kita mengimpikan sesuatu seandainya kita tidak berani mengorak langkah pertama dan terus maju ke tapak seterusnya...
JATUH SEKALI BUKAN BERMAKNA JATUH SELAMANYA..
ORANG YANG PERNAH RASAI KEJATUHAN DAN DIA JADIKAN KEJATUHAN TU SEBAGAI SATU SEMANGAT UNTUK TERUS MAJU,
ORANG ITULAH ORANG YANG MENIKMATI KEJAYAAN KERNA DIA KENAL ERTI KEPERITAN SEBELUM DIA CAPAI KEMANISAN IAITU KEJAYAAN...

dunia sekarang penuh dengan hipokrasi dan ego.
ramai orang hanya mahukan kejayaan tanpa berusaha...
semuanya hanya kerana ingin mengapai kejayaan dengan cepat tanpa kenal erti susah payah..
apa makna kejayaan diri andai ianya bukan dari usaha diri sendiri..
tiada maknanya hidup dalam dunia hipokrasi..
orang yang berjaya dengan mudah akan kecundang dengan mudah juga..
orang yang berjaya dengan penipuan dan ambil kesempatan adalah orang yang hipokrasi ...
orang nie bukan menipu orang lain..tapi menipu diri sendiri...andai satu hari kejayaan yang mudah ini menjadi "virus" dalam hidup..
barulah orang-orang nie akan hilang arah seperti orang buta yang kehilangan tongkat..
dan mungkin lebih teruk dari yang itu...
at least orang tua yang kehilangan tongkat pernah merasai keperitan tetapi orang yang kecundang kerna kejayaan yang mudah akan meraba-raba mencari arah kerna tidak pernah merasai keperitan sebelum menikmati kebahagiaan...
HARTA?? PANGKAT?? DARJAT???
apa yang perlu dibangga dengan semua nie..semua nie hanyalah sementara..
untuk apa ada harta, pangkat dan darjat kalau hidup tak bahagia dan tenang..
apa guna kejar kebendaan yang bersifat sementara andai persaudaraan sesama Islam menjadi taruhan...
walau sebanyak manapun harta yang kita ada...
walau setinggi mana pangkat dan darjat kita..
kita masih sama pada zahirnya kerna kita insan biasa ciptaan Allah yang dijadikan khalifah di muka bumi ini...
kita semua akan mati berkapankan kain putih...
kita sama saja di sisi Allah..cuma yang membezakannya adalah DOSA DAN PAHALA...
bukannya HARTA, PANGKAT DAN DARJAT!!!!
NASIHAT AKU...
seandainya satu hari nanti kejayaan dah digapai..janganlah kita mudah lupa diri dan bongkak serta angkuh dalam menikmati kemanisan(kejayaan) itu...
mungkin hari ini kita bergembira..tapi siapa tahu apa akan terjadi pada hari esok..
hidup ini umpama roda..
sekejap kita di atas dan sekejap kita dibawah..
tapi walau dimana pun kedudukan kita..seandainya kita sentiasa bersyukur dan terus berusaha, insyaallah kita akan dapat laluinya...

SAMA-SAMALAH KITA DOAKAN SEMOGA HARI INI LEBIH INDAH DARI SEMALAM DAN HARI ESOK LEBIH INDAH DARI HARI INI....amin.....:)

Wednesday, July 4, 2012

Berfikiran Matang menangani masalah

Assalammualaikum.

Sejak kebelakangan nie, aku agak busy dengan jadual kerja yang pack dan tak menetu masanya.Maaf atas kesepian dan kesunyian akibat jarang berblogging.

Ada banyak perkara yang terjadi kepada aku baru-baru nie.Ya,adakalanya semangat kian luntur.sampai terlalu banyak berfikir negative dan tumpuan terhadap kerja semestinya terganggu.Aku manusia biasa. Bila kita lemah, bila kita serabut, bila kita stress dan tertekan,….kita perlu luahkan apa yang kita rasa. Aku akui aku adalah antara insan-insan yang terlalu sukar untuk percayakan orang. Jadi, aku sangat payah nak luahkan apa yang aku rasa. Aku lebih prefer untuk berdiam dan pendam seorang diri. Melainkan kepada orang yang aku dah masukkan dalam list yang aku percaya,aku akan bercerita kepadanya (expecially orang yang aku sayangla ;p).. orang boleh menilai apa saja tentang diri kita, hakikatnya hati ini mereka takkan pernah tahu. Betul tak?

sometimes it’s better to be alone.


Bila sebut tentang meluahkan segalanya ,sebenarnya kalau semua perasan kita semua akan berbalik pada yang SATU apabila menghadapi masalah. ALLAH. Itu adalah cara penyelesaian yang berkaitan dengan STRESS, TEKANAN, SERABUT, KECAMUK dan sewaktu dengannya.Sabar. Tenang. Cool. Jangan ikut emosi diri. InsyaAllah semua akan kembali normal. Kalau tak normal yang pasti itu bukan pengakhirannya selagi hayat dikandung badan. Kan?

Sebenarnya masih ramai yang menderita dan terseksa berbanding kita. Jadi kita patut malu dengan mereka yang diduga dengan sebegitu hebat tetapi tetap tabah meneruskan hidup.

learn to your emotion / stress. Be professional. Cool. Steady. Keep smiling.keep smiling. Smile like nothing happened.

Takde masalah yang tak boleh diselesaikan. Kalau susah sangat biarkan jer. Diam. Lama-lama semua akan hilang dengan sendiri.

( p/s: lain orang lain penyelesaiannya. Terpulang pada cara mana kita selesa. Tapi bak kata seorang ustaz dalam tv tu (aku dah lupa nama dia), kita tak boleh hidup tanpa sesiapa , selagi kita tak bergantung pada yang tak mati...------> ALLAH )


Tuesday, July 3, 2012

ubah~


Pengalaman adalah guru terbaik dalam kehidupan…dan tak bererti seseorang yang baik hari ini akan selamanya baik jika dia tak kuat untuk berdepan dengan nafsu sendiri dan mempertahankan hidayah yang dimiliki.

Perubahan itu Pasti…antara sedar ataupun tidak..Perubahan itu terjadi setiap hari.segala bermula dengan hati untuk menghalakan perubahan yang besar.tekad dalam jiwa dan yakin pada diri juga harus ada..



P/S: “change is the essence of life .Be willing to surrender what you are,for what you could become”

Monday, July 2, 2012

BERSABARLAH MENANTI KEKASIH HATI

Sabarlah menunggu...

Janji ALLAH kan pasti Hadir untuk datang menjemput hatimu..Sabarlah menanti usah ragu ,datang sesuai Iman dihati,Dan Harapan kan menghampiri..Sesuai ikhtiarnya masing-masing...Bila HATI tertaut pada yang ILAHI Tak ada yg mesti kita takuti ...Bila sudah masanya..... Kebahagiaan yang dinanti kan kau miliki jua Yakinlah padaNya..

"Ya Rabb.. Tautkanlah hatiku dan hatinya dalam INDAHnya mencintai keranaMu ..Aamin ya Rabb.."
Untukmu CINTA...

Yang hadir di hati tanpa sebab..tanpa syarat tak terbatas oleh ruang,waktu dan jarak yang membentang... Andai benar cinta itu kerana Allah biarkanlah Allah Sang Pemilik Cinta yang mengatur segalanya hingga KEINDAHAN itu datang pada waktunya dengan orang yang TERBAIK yang Allah pilihkan untuk kita