JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, July 30, 2012

Sebelum cahaya..

Ramai yang bakal melangsungkan perkahwinan. Syukur Alhamdulillah kerana Allah dah temukan jodoh yang tepat untuk mereka dan semoga mereka berbahagia hingga ke syurga. Amin. =)
Tapi sebelum aku berumah tangga, aku nak cakap macam ni..


Bakal suamiku...

- Jika aku TIDAK SOLAT, ingatkanlah aku dan ajaklah aku untuk solat bersamamu.. Jika kamu (wahai suamiku) tidak tahu solat, aku akan cuba untuk mengajar atau kita cuba untuk belajar sama-sama dan berusaha untuk menutup kelemahan dan memperindah kelebihan masing-masing.

- Jika aku tidak pandai MENGAJI AL-QURAN, ajarlah aku bermula Alif, Ba, Ta sehingga 30 Juzuk dan Khatam.. Jika kamu (wahai suamiku) tidak tahu mengaji, akan aku bantu kamu atau kita cuba untuk belajar sama-sama dan berusaha untuk menutup kelemahan dan memperindah kelebihan masing-masing.

- Jika aku tidak MENUTUP AURATKU, tegurlah aku dan berikanlah aku nasihat yang boleh melembutkan hati supaya aku menutup auratku dan menjaga kehormatanku dengan penuh keikhlasan kerana Allah.

Siapa pun kamu, aku berdoa semoga kamu menerimaku dengan seadaanya. Menyintai aku seberapa lama yang mampu. Menjaga aku seperti menjaga diri kamu. Menyayangi aku seperti menyayangi ibubapa kamu. Melaksanakan tanggungjawab kamu seperti melaksanakan amanah Allah. InsyaAllah aku akan hidup untuk mengisi kekurangan kamu dan aku akan mengindahkan kelebihan kamu. Akan aku cuba dan dengan izin Allah, mudah-mudahan... Amin =)


Ya Allah Ya Tuhanku, Kau permudahkanlah jodohku dan jodohkanlah aku dengan si dia yang baik hati dan mencintaiku seadaanya.

No comments:

Post a Comment