JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, October 31, 2013

Mahu Tau. Ambil Tau.

Sikap MAHU TAU dan AMBIL TAU akan sesuatu perkara memang baik. Tapi sekiranya terlebih ambil tau mungkin boleh mengundang prasangka ~ Eeeee .. busybody la dia ni.

Apa hak kita mahu tau lebih-lebih tentang dia sehingga terlebih soalan kita bertanya? Kau ni banyak tanyalah. Macam Polis Pencen tengah 'interrogate'. Ada benda boleh tanya .. Ada benda sebaiknya kita diamkan sahaja. Give them some space for themselves. Jangan sampai dalam hati dia bercakap ..."Eh .. aku rimaslah dengan kau". Jangan sampai kerana sikap kita yang terlebih busybody orang boikot atau benci.

 
Apa pun .. bila melibatkan orang-orang disekeliling kita, harus ambik tau. Tak boleh buat tak tau. Tapi seperti biasa .. BERPADA-PADA. Jangan sampai orang benci.

Friday, October 25, 2013

belajar jadi orang postif.

Dulu lain, sekarang lain. Tapi lain sikit je. Nak berubah ke arah pemikiran yang lebih positif dan maju ke depan. Tak nak dah jadi lembik.Jadi manusia, biar tahu arah tujuan hidup. Okay, I tengah muhasabah diri ni. Jangan kacau..


Kadang-kadang susah nak terima kenyataan, nak telan rasa pahit dalam kepura-puraan kita sedang rasa manis menikmati aiskrim Sundae.kihkihkih..faham tak ghupaa nya macam mana?..

 
Aku telah lewat sedar diri. Kerna baru sekarang, aku mula di hempap dengan bertubi-tubi penyesalan atas salah silap aku yang semalam, kelmarin dan dulu-dulu kala.


Sikit..sikit..sikit..belajar positifkan diri.belajar jadi manusia yang SABAR.kenapa perlu belajar jadi manusia sabar? sebab Allah itu selalu bersama dengan mereka yang tahu apa itu SABAR.


SABAR. bukan perkara mudah.nak-nak melibatkan hati dan perasaan.(bukan perasaan CINTA ya adik-adik)..sabar dalam hidup. Payah.payah..tapi kena belajarlah..Allah selalu dengan manusia SABAR.


*** belajar jadi orang positif***

Biar orang susahkan kita, jangan kita susahkan orang.
Kalau kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita.
PERCAYA ! YAKIN !


Ya Allah, kuatkan hati hambaMu :')

Wednesday, October 23, 2013

Wordless Wednesday : Be Strong :)

 
Assalamualaikum, hye my readers ;)
 
Be strong baby !!!

Tuesday, October 22, 2013

jahat dan baik

pelajari sesuatu dari hidup anda !
sesuatu yang mampu mengubah hidup anda ke arah yang benar

hidup ini indah dan mudah tetapi tidak sempurna
kerana yang sempurna hanyalah di sana
di dunia hanya sementara, berpegang pada itu lantas aku terfikir soal manusia di sekelilingku.
 
benar kata orang : buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali
tapi pada aku : buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada
MANUSIA.tidak pernah puas dengan kehidupan
masing-masing.masing-masing hidup dengan perasaan hasad dengki walaupun
peratusnya sikit.kau jangan kata tidak ! memang benar kata-kata ku.
bila aku melihat disekelilingku,aku tersedar.tak semua yang kita nampak baik
itu baik,dan tak semua yang kita nampak jahat itu jahat.





 
cukuplah lakonan yang baik tu sedangkan hakikatnya tuhan sahaja yang tahu
meludah perkataan yang menyakitkan.senangnya bercanda dengan memburukkan
orang.senangnya lidah itu.sedangkan tiada apa masalah pun sebenarnya.
suka mencaci,suka mengata,suka menyindir hanya kau bukan seperti dia yang
kau idamkan.sudahlah manusia.tutup mulutmu sebelum lebih banyak dosa yang
bakal kau tanggung.sudah sudahlah menghina.letih telinga mendengar,sakit
mata memandang.

teringat kata-kata ustaz di zaman persekolahanku dulu
"walau apa pun terjadi,kepada yang jatuh cubalah untuk bangun.insyaallah
Allah disisimu.Dampinglah dengan Alquran kerana itu penguat imanmu.Sujudlah
kerana disitu egomu akan makin terkawal ".

Bangun dengan gagah ! jangan tunjuk kau lemah ! jangan jatuh kerana
kata-kata tak berlesen ! hiduplah dalam prinsip hidupmu !
 

Monday, October 21, 2013

Cemburu!

Cemburu pengikat kasih
Cemburu pelerai sayang

Adat dalam satu perhubungan
Punya rasa cemburu
Hatta sebesar zarah


Cemburu apabila si dia diberi perhatian oleh kaum lawan
Cemburu apabila dia sedikit berjaya
Cemburu yang pelbagai
Cemburu yang bermacam

Cemburu harus berpada
Jangan terlebih sehingga tergadai sebuah ikatan
Jangan terkurang sehingga di gelar tak berperasaan


P/S
Saya cemburu suami saya seorang peramah!! Pffftttt~
hahaha ;p

Friday, October 18, 2013

Baik ada makna tu.....

Baik banyak macam baik.
Baik yg dari hati payah nak cari.
Baik sekarang baik yg boleh di beli.
Baik bermusim pun ada.
Bila orang baik dengan ku
Minda kena berhati hati.
Kalau baik itu palsu,
lambat atau cepat pasti berbau.
Busuk.
Busuknya baik yg di buat buat,
lebih hancing dari jahat.
Baik yg membungkus niat dan
baik yg ada makna tersirat adalah
baik munafik yg dilaknat.
Saya benci baik begitu
Pedih hati dan geram
kerana gunting dalam lipatan,
melukakan dari dalam.

 
 
Tapi ada baik yg sejati.
Baik yg lahir dari hati.
Baik percuma tanpa syarat.
Baik dalam diam seperti ubi
berisi menjadi budi.
Biarpun Gunung Daik sudah bercabang empat,
Budi yg baik tetap tidak dapat di balas.
Tidak juga mengharapkan balasan.
Baik begini sentiasa dicari,
tapi payah untuk di temui.


 

Thursday, October 17, 2013

Sudah terlalu lama

Assalamualaikum wbt.

Semoga semua sentiasa diberi kesihatan yang baik.


Yang dipanggil hikmah bila ujian yang terjadi dianugerahkan nikmat selepasnya.itu pendapat saya.bagi yang terlalu rapat dengan saya mereka sendiri dapat lihat jatuh bangun saya.dugaan dan hikmah.cuma saya takut untuk katakan ini hikmah.cakap biar berlapik.takut lain jadinya nanti.


Hakikatnya sudah terlalu lama saya tidak rasai perasaan ini.senyum dari hati.senyum menzahirkan rasa hati saya.syukur Ya Allah.benar doa itu kunci segala usaha.usaha dan doa 2 perkara berbeza yang mesti seiring.jangan pisahkan mereka.takut tempang langkah hidup.


Rasa ini sukar diluah.cukup sekadar senyum.itu sudah cukup untuk luah segala di hati.syukur dikelilingi mereka yang saya sayang.tidak mengapa andai kurang harta,kurang duit...pendek kata tidak mewah dunia.saya tidak mengapa.kerana dugaan lalu mengajar saya.itu semua bukan segala.saya sudah cukup bahagia dengan keluarga,sahabat dan mereka yang saya sayang.kasih sayang tiada banding!


Benar saya terlalu rindukan rasa ini.selalu berharap ia hadir.Alhamdulillah Allah pulangkan rasa ini kembali walau dengan cara yang berbeza.saya tak putus berdoa dan berharap.bukan sekejap.



Sudah terlalu lama!

Thursday, October 10, 2013

duduk diam-diam

kadang-kadang
aku diam sebab aku bimbang tersalah cakap

selalunya
aku diam sebab aku tak tahu nak cakap apa

kadang-kadang
aku diam sebab aku takut bicara aku menyentapkan

selalunya
aku diam sebab aku tak ada mood nak cakap

kadang-kadang
celoteh aku merimaskan
perkataan aku menyakitkan
nada aku menjengkelkan
ayat aku menikam kalbu
teras perkataan aku membosankan
isu yang di bicarakan memualkan
gurauan aku kasar
intonasi aku tinggi
dan bermacam lagi

aku diam sebab kadang-kadang aku sedang khusyuk membaca
aku diam sebab kadang-kadang aku penat berbicara
aku diam sebab kadang-kadang aku asyik cakap benda yang sama
aku diam sebab kadang-kadang kau bosan mendengarnya

tapi.. aku tak tahu
dengan diam dari berkata-kata buatkan kita seperti orang asing yang tak pernah kenal
dengan diam membuatkan kita berasa pelik untuk begurau senda kembali
dengan diam banyak perkara mengenai kita tidak diketahui

kadang-kadang aku rasa diam itu lebih baik
tapi rupanya dengan diam juga perkara tidak menjadi baik

Monday, October 7, 2013

hikmah


bila saya bosan
ALLAH beri saya teman-teman untuk berhibur

bila saya sedih
ALLAH berikan saya Kesayangan untuk berkongsi cerita

bila saya terlalu gembira
ALLAH berikan saya ujian untuk saya merasakan yang hidup ini bukanlah untuk bersuka ria sahaja

bila saya 'jatuh'
ALLAH kuatkan semangat saya untuk meneruskan kehidupan

bila saya di ambang kejayaan
ALLAH berikan saya peringatan untuk mengingati insan yang di bawah

bila saya di saat kesulitan
ALLAH selitkan ruang untuk saya merasa sedikit lapang

bila saya menangis
ALLAH turunkan hujan supaya bumi ini turut basah


setiap yang terjadi
ada hikmah disebaliknya
ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita
syukur ALHAMDULILLAH

 

Thursday, October 3, 2013

Senyumlah Teman

Assalamualaikum wbt..

Benar kata orang antara perkara yang paling susah kita nak buat ialah memuaskan hati orang..saya pun kadang-kadang ada terselit di hati tidak selesa dengan orang itu dan orang ini..tapi cuba mengawal emosi untuk tidak sampai menyinggung (harap-harapnya begitulah)..kalau boleh ingin semua orang gembira bila bersama dengan saya..ingin tenang dengan saya..ingin bahagia dengan saya tapi saya tau saya tak mampu...betul saya memang tak mampu nak lakukan semua itu.

berada di sekeliling dengan orang yang tinggi dan rendah pangkatnya hingga yang tiada langsung pangkatnya buatkan saya banyak berfikir..di manakah hebatnya seseorang manusia itu?dulu justifikasi hebat itu saya letakkan pada jawatannya,pada kedudukannya,pada namanya,keturunannya,pada keretanya,pada keluarganya...KOLOT!!!!sekarang justifikasi itu semakin berubah..hebat bagi saya adalah ketinggian ilmu akhiratnya,peribadinya yang baik,tolak ansurnya,hormatnya dia pada orang lain,kesabarannya,rendah dirinya..ya itu hebat bagi saya!

tadi masa tengah buat kerja datang seorang yang tiba-tiba bercakap dengan saya dengan kurang hemahnya..saya rasa nak marah.tak patut saya kena marah macam tu tanpa usul periksa.ikut nafsu dan emosi nak saya jerit,tengking,maki dia..tapi itu terlalu tidak patut bagi saya.saya masih ada maruah..ingat lagi pesan Kak Wardah "diam bukan beerti salah,mengalah bukan beerti kalah"..saya pegang..emosi berjaya dikawal.saya maafkan dia :)

bagi saya tiada istilah siapa menang,siapa kalah,siapa benar atau siapa salah..Allah jadikan manusia itu berbagai-bagai bukan untuk dihina,dicaci atau dikeji...tapi belajarlah untuk menerima seadanya..belajarlah untuk berkasih sayang sesama umat Muhammad..indahnya kalau kita sentiasa menghormati orang lain..jangan terlalu riak dengan pangkat,darjat,nama,harta dan nikmat dunia kerana di sana tidak akan ditanya kamu bos di pejabat mana,kamu anak Dato mana,kamu pakai kereta mewah berapa biji tapi insha Allah kita akan ditanya apa yang kamu lakukan dengan harta-hartamu untuk agamamu..saya sayangkan teman-teman..saya takut andai pernah menyakiti hati teman.maafkan saya ye.

jangan tersinggung dengan kata-kata saya..senyumla teman :)

 

Tuesday, October 1, 2013

berhenti

hari ni aku tidak membebel
maka bebelanku berhenti
kerna

tiada mood
mengantoks
kosong
tiada perasaan

tapi
bagus juga
kurang membebel
kurang dosa
kurang menyakitkan hati orang lain
kurang bising