JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, January 31, 2012

Minggu Liverpool tidur dengan lena sambil dibuai mimpi indah.

"Kalau anda gembira tepuk tangan". Yeahhh, tiada ungkapan yang mampu lagi diucapkan melainkan sekalung tahniah keatas pemain-pemain Liverpool yang telah berjaya membenam pasukan yang kononnya hebat..MUnyet, di Anfield sabtu malam lepas.mengaibkan , dengan keputusan 2-1 sudah memadai untuk Liverpool terus mara ke pusingan ke 5 dan seterusnya merapatkan lagi misi ke Wembley buat kali kedua berturut-turut musim ini selepas piala Carling.



Minggu yang mengembirakan dimana sebelum ini kita berjaya menewaskan mek city dan 2 hari kemudiannya sekali lagi geng puak Manchester berjaya ditendang keluar oleh kenny dan skuadnya. Dengan kemenangan ini kita berjaya melayakkan ke pusingan ke lima. Dan juga kemenangan ini kita sekali lagi membuktikan kepada dunia bahawa kita mampu bersaing dengan pasukan terbaik dunia. Dan membuktikan bahawa kenny adalah orang yang tepat untuk membina kembali kelab yang kita cintai ini.


Gol jaringan pemain gantian, Dirk Kuyt pada penghujung perlawanan menyaksikan Liverpool menyingkirkan musuh tradisi, Manchester United 2-1.

The Reds terlebih dahulu di depan menerusi tandukan Daniel Agger sebelum Park Ji Sung mengikat perlawanan sebelum waktu berehat.

Kelekaan kapten United, Patrice Evra yang diejek sepanjang perlawanan dua minit sebelum masa permainan sebenar tamat membolehkan Kuyt mencuri peluang untuk menggegar gawang yang dikawal David De Gea.


-SUMBER DARI : ARENA



-- Agger pemain terbaik pilihan—



-- Hero dalam match kali ini--

Tidak dilupakan juga kepada wira kita diluar padang yang juga sangat bergembira atas kemenangan ini, apabila Suarez melonjak kegembiraan. maka tamat lah misi membalas dendam kita apabila pada tahun lepas dalam saingan piala FA kita ditewaskan geng2 Man U pada kali pertama kenny kembali semula menjadi pengurus di Liverpool ketika itu.





P/s: Thanks to Patrice Evra kerna kebodohanmu telah memberi peluang kepada Andy Carroll.. yang memberi ruang kepada Dirk Kuyt melakukan sepakan deras yang sekali lagi menewaskan De Gea untuk gol kemenangan Liverpool.perlawanan ini juga menyaksikan ketua pasukan United, Patrice Evra diejek. Evra turut menjadi perhatian apabila membuat kesilapan yang membawa kepada jaringan kemenangan Reds.Tu lah..buat dajal dengan Suarez lagi..Padan Muke ko Evra!!!...)

No comments:

Post a Comment