JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, December 5, 2012

Satu hari special : Hari poligami .


Hehehe terdengar slot ulangan tu..dan kerana itulah telah membuatkan aku flashback balik , hmm..suatu pagi tu dalam perjalanan ke tempat kerja..siapa yang dengar “ HOT.FM” sure akan geram sangat. Expecially girls. and woman. Baik seorang wife, seorang girlfriend, tunang orang , apetah lagi ex wife orang. Baik sudah berpunya mahupun tidak berpunya. Yang tak berangin mungkin jenis spesis perampas macam gitu. Senang cerita, selagi kau perempuan kau akan meluat~

Tapi ada jugak lelaki yang hangin dengan caller tu kan? Ish, memalukan lah awak ni. Laki orang pun kau nak kacau. Yang bestnya, siap DJ cakap lebih kurang gini "Dahlah nak ambil laki orang, tapi dok mengata si isteri. Patut lah tak dapat sign"

Memalukan.

Yerr, pasal topik HOT yang memang HOT bila ade a girl ni called and asked for "Hari poligami". Aku terfikir, punya banyak hari yang boleh diutarakan, why poligami ? Yes, true poligami bukannya haram. Tapi if yang meminta itu LELAKI, maybe orang akan tak berapa nak ambil pusing. BUT bila a girl minta this day to "diwujudkan", i think dia dah hilang akal ! Maybe sebab dia so deadly desperate to "ambil" suami orang~ Ooh, maybe dia tak terfikir apakah perasaan dia bila lakinya pula diambil .

Masa memula aku dengar,aku dah agak sure this girl second wife..Tapi Rupa rupanya tak.
Minah tu adalah wanita yang menunggu isteri pertama sign borang, so dia dapat kahwin dengan laki orang tu.Dah dua tahun dia menunggu tu yang dia macam bengang.So dia nak wujudkan hari poligami.Agenda pada hari poligami tu adalah, lelaki dibenarkan berkahwin tanpa sign dari isteri pertama.

Satu, tergelak aku bila dengar.
Dua, agak ada perasaan amarah disitu.


Kenapa nak tergelak?
Sebabnya, perempuan ni adalah orang yang tak pakai fikiran yang waras.Agaknya dah asyik masuk sangat kan.Bukan apa, harini ko suka la sebab ko nak hamek laki orang.Esok kalau ada perempuan lain amik laki ko jangan ko gelabah lak.
(Cth terdekat artis dah ada.Masa dok rampas laki orang bukan main lagi miang, tapi bila tetiba ex laki dia dah baik-baik dengan laki dia, dan orang suggest ex tu kahwin ngan laki dia.Dia boleh kata, saya tidak mahu bermadu..tau pulak taknak!)

kenape nak marah?
Ni memang menimbulkan kemarahan aku.Kepada wanita-wanita yang ada hati nak berkahwin dengan laki orang, janganlah yer anda berlagak sangat macam dunia ni ko punya. Satunya dah la ko nak kongsi hak orang, kau tak tahu selama ni orang tu tanggung susah sama ngan laki dia, tetiba bila laki dia senang sikit kot nak kongsi.Pleasela..

Memalukan, memualkan dan menjelikkan serta menjengkelkan.

Lagi rasa nak cili-cilikan mulut dia bila dia mengatakan "kalau laki dah ade perempaun lain, better minta cerai.Nampak sangat tak reti jaga suami sendiri." Tapi pandai pulak kau tak jawab soklan "If tahun depan pada hari poligami, suami kamu minta kahwin lain pulak, macam mana?"..Nape ko diam ? pompuan ni macam tak de jantan lain ko nak. Kenape laki orang jugak ko nak? Pastu sesedap mulut dia cakap kalau suami cari pompuan lain maksudnye isteri pertama tu dah tak bagus. Eehh HELLO >>> Ko yang bodoh tunggu sampai 2 tahun. kalo laki orang tu taknak kat isteri pertama dia lagi, 2 tahun lepas da laki tu mintak cerai. smpai skarang laki dia tak mintak cerai. so means what? ko la bodoh! tunggu smpai 2 tahun tapi tak dapat ape. bodoh. eee geram plak aku!

Hehe, dari dia cakap pun menampakkan dia ni jenis perempuan yang memualkan! Yer, kalau aku bini pertama laki tu , LAGI LAH AKU TAK HINGIN MEMBERI KEBENARAN BERKAHWIN LAIN. Why ?

Dah nampak sangat kau ni bukan perempuan yang baik untuk aku percaya yang kau boleh membahagiakan suami perempuan tu.Dari segi kau bercakap sahaja menampakkan kau cakap tanpa berfikir perasaan orang lain, apatahlagi untuk menghormati bakal suami dan bakal madu. Kalau aku pun, memang tak lah aku tandatangan surat kebenaran tuu... Kau tak layak sama sekali menjaga suami orang tuu. No wonder you tak berlaki lagi.

Selain dari tu, nampak bebenar yang boyfriend ko tu sayangkan bini dia. Jikalau dia sayangkan kau, dah lamo dia ceraikan bini dia dan pergi kat kau.Paling teruk pun, dah lama dia kahwin dengan kau senyap-senyap dari dia tetap taat menunggu si isteri memberi kebenaran untuk berkawin lain.Tapi ape kau dapat? Habuk pun tarak. Dosa je lebih sebab kau mengacau rumah tangga orang.

Aku tau, dekat Malaysia ni memang rata-rata perempuan kita sangat anti dengan word "perampas" apetah lagi yang berniat dengan sengaja memusnahkan rumahtangga orang lain.

Betul,jodoh itu ketentuanNya. Tapi biarlah dengan keadaan yang baik. Bukan dengan cara begini. Memalukan diri sendiri, family, kaum kerabat hawa sendiri, masyarakat dan agama kita. Seolah-olah macam . . . ( aku taknak sebut, pandai lah fikir. Buat perkara tak elok ni banyak impaknya tanpa kita sedar , tanpa kita nampak baik dengan mata kasar atau tidak . )

Entah, aku memang sangat tak suke bab-bab kalau "hak" orang diusik nie..

Nasihat aku : Carilah lelaki yang lebih appriciate kau weh. Boyfreind kau , yang suami orang tu nampak bebenar tak menghargai apa yang kau buat tu. Silap-silap sampai tua kau tunggu pun dia takkan kahwin dengan kau. Seriously. Lebih elok kau bercinta dengan lelaki single. Tahu lah laki orang ni jenis stabil segala segi lebih-lebih kewangan, tapi entah. Pandailah kau fikir. Dah besar.

Senang begini "Jikalau tak hingin lelaki anda dikacau, jangan kacau orang lain punye, GOT IT?"

Sehingga saat ini, aku memang tak boleh terima berpoligami untuk diri aku la kan.Sebab utama adalah, daripada aku ni jadi tak ikhlas, lepas tu berdendam, which is lastly tak dapat keredhaan laki, baiklah aku tolak awal-awal.Tapi kalau orang yang boleh terima poligami, aku not against them. Cuma kalau ayat-ayat kliche wanita kedua ni nak cakap "memang Allah dah bagi perasaan kasih sayang tu, nak buat camner", aku nak cakap that bullshit. Sebab kalau korang nak tahu, zaman nabi dulu, poligami berlaku takde istilah kasih sayang or terjatuh hati sebelum kahwin yerk.Semua tujuan adalah nak selamatkan maruah wanita dan jugak nak tolong orang miskin. So jangan cakap ikut sedap jer. Dah ko main cinta, sah-sah la terjatuh cinta.


P.S: Ya allah tolongla jauhkan aku dari rampas merampas ni.Semoga aku tak jadi golongan-golongan yang macam aku tulis tu.Amin.

No comments:

Post a Comment