JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .
Friday, December 7, 2012
Nota Cinta Buat Bakal Suamiku
Apa yang aku ambil dan aku kongsikan adalah antara koleksi bacaan yang aku suka .. mata mengintai-intai ke blog-blog dan singgah la ke "iluvislam" .. aku tertarik sangat dengan post dalam tu .. tapi aku nak share ayat yang disampaikan buat bakal suami nya sahaja .. aku suka sangat ayat tu .. penuh dengan rasa rendah diri .. aku suka .. (^_^)
Buat saudara yang ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirimu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami..
Dariku : " Allah .. Engkau lebih mengetahui .. aku redha dengan qada & qadar mu .. sesungguhnya aku takkan kan pernah menolak setiap apa yang Engkau beri pada ku .. kerana aku tahu setiap pemberia Mu adalah nikmat dan rahmat buat ku .. ketentuan Mu adalah yang terbaik buat ku .. semoga segalanya dipermudahkan dan diberkati .. sesungguhnya Engkau lebih mengetahui apa yang terbaik buat ku .. Enkau maha mendengar setiap doa-doaku .. Engkau maha pengasih lagi maha penyayang .. ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM .. amin ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment