JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, November 19, 2012

Kursus Pra Perkahwinan


Assalamualaikum,
Saya nak bercerita sikit tentang pengalaman saya mengikuti Kursus Pra Perkahwinan di Tampin, Negeri Sembilan pada 17-18 November 2012.
Bertempat di:

Pedoman Khusus Enterprise
B-8/3, Tampin Square 73000 Tampin, NS
Tel: 06-4418579

Sesiapa yang berminat boleh lah terus hubungi nombor ni or datang terus ke sana. tak susah pun nak cari.

Saya bajet mesti dalam dewan penuh dengan "oghang nogoghi". Tetapi alangkah meleset sekali 'kebajetan' saya bila sebelum bermula ditanya soalan begini :

"Berapa ramai orang Negeri Sembilan...sila angkat tangan???"
Alaaa....,5-6 orang je yang angkat tangan.


"Berapa ramai pula orang Melaka???"
Tu diaaa...tu diaaa termasuk lah saya sekali dekat 80% orang Melaka.
Dari Merlimau ada, Melaka Tengah ada, Masjid Tanah ada, Malim ada....
Serata ceruklah ada.


Nasib baik ustazah tak tanya
""Kenapa kamu orang-orang Melaka tak pergi kesana(Masjid Al-Azim)???"
Confirm semua diam sediam diamnya. Tapi kalau Ustazah tu point kat aku langsung je aku jawab sebab dekat dengan rumah dalam beberapa kilometer jer berbanding ber kilo-kilometer nak berkejar ke Bandar Melaka.


Ceramah meliputi beberapa modul.Antaranya:
- Akidah
- Ibadah
- Akhlak
- Perkahwinan & Prosedur
- Hubungan dalam Keluarga
- Pengurusan Kewangan, Masa, Stress, Kesihatan
- Komunikasi Suami Isteri
- Perkhidmatan Rundingcara di Jabatan Agama Islam
- Pembubaran Perkahwinan

Ceramah yang paling best dikendalikan oleh Ustazah Sarimah Sari dan yang kedua Ustaz Azamir Alias. Ustaz Azamir ni memang kelakar orangnya dari awal ceramah hingga habis semua orang gelak non stop.Credit to him kerana berjaya menghilangkan ngantuk kami.tak lupa juga kepada Puan Norlela yang sudi berkongsi info-info berkenaan kesihatan & ibu mengandung memandangkana jawatannya sebagai ‘sister’ di daerah tampin & memantau semua klinik-klinik dibawah jajahannya(jajahan tak tahan)...

Pergi kursus nie dengan En.Tunang,sama-sama belajar..sama-sama memperbaiki diri..bila balik dari kursus,saya rasa banyak yang perlu saya perbaiki dan ubah..muhasabah diri balik..baiki hati & tingkatkan iman..baiki hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia .. berusaha untuk menjadi yang lebih baik..Insyaallah..

perkara yang paling saya suka bila setiap penceramah akan mendoakan buat kami semua supaya bahagia & selamat melangsungkan pernikahan..doa dari mereka waktu penutup majlis lagi terbaik ,macam berkaca-kaca mata saya dengar doanya..so memang saya nasihatkan sesiapa yang tak pergi lagi kursus kahwin,pergilah register kursus kahwin.. memang tak rugi hadir ke majlis ilmu ni..jangan datang semata-mata nak kan sijil, tapi datanglah dengan tujuan ikhlas untuk menimba ilmu..bukan setakat ilmu nak kahwin & kekeluargaan sahaja,tapi belajar untuk kuatkan ilmu agama..

So kepada pasangan di luar sana, nasihat saya kalau nak ambil kursus kahwin masa yang paling sesuai dalam lingkungan 3-4 bulan sebelum tarikh perkahwinan supaya tak tergesa-gesa or kelam kabut last minit. Even saya orang Melaka, saya direct buat kat Tampin sebab saya area Alor Gajah. Jadi dekatlah. Tapi mostly peserta ceramah dari Melaka . Jadi yang jauh-jauh dari jasin, merlimau,bachang,lorong pandan,bukit piatu terpaksa lah drive jauh-jauh ke tampin ni.So... planning awal untuk langkah selamat.
bersihkan iman,kuatkan akidah dan buang keras hati kita untuk berusaha menjadi yang lebih baik ..sesama usaha yek!!



.."Komunikasi,berbincang,toleransi , rasional , matang , ikhlas , jujur , percaya , memahami , lebih positif "..

2 comments:

  1. salam. sorry agak ignorance sikit, nak tanya kursus kahwin ni berapa hari ek, n memang ada tiap2 weekend ke macam mana?

    sekian soalan. semoga semua persiapan berjalan lancar. tenkiu ;)

    ReplyDelete
  2. slm..tak menjadi masalah...
    kursus kahwin nie 2 hari setiap weekend day (sabtu ahd)..tapi if nak tarikh tu kena book dulu.takut2 full pulak nnt.....boleh call no diatas...trime ksih ye ;)

    ReplyDelete