JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, November 29, 2012

Syarat pakai tudung yang sempurna

Assalamualaikum =)

Lepas lunch tadi,sorang kawan aku share satu video ceramah dari Ustaz Don Daniyal berkenaan pemakaian tudung yang sempurna bagi muslimah.Mungkin ini satu teguran 'halus' untuk adik-adik perempuan dan isteri dia kot.Hehe...kita amik yang baik,

Ustaz Don kata nak pakai tudung sembilang ka,nak pakai tudung tajima kelepiaq muka ka, nak lilit 10kali ka terpulang. Tapi,

Pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada hingga ke paras pinggang @ sekurang-kurangnya atas pinggang, berselindung, tidak jarang @ transparent, longgar tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi (menutupi bahu).

Ini yang aku faham, kalau ada tersalah minta betulkan je eh.
Thank You ustaz Don !

peringatan juga untuk aku yang selalu terlalai ni..Thanks jugak kat kak syarah sebab suka ingatkan "labuhkan tudung tu ye, lagi indah bila dah jadi isteri nanti "

for me,tak salah berfesyen tapi ikutlah keempat-empat syarat wajib bertudung yang ustaz Don ckp tadi tu..Insya Allah semakin cantik luar mahupun dalaman kite...=)

person i admire...sis Wardina =)
suka sangat tengok dia n hopefuly dapat 'jadi' macam dia gak 1 hari nanti..amen
sgt cantik kan!

nie lagi sorang admire aku dari mula-mula dia melangkah ke dunia hiburan..
suke sangat tengok heliza ni pakai tudung camni
makin labuh, makin indah kan!
kalo takmoh labuh sangat pun ok!
asalkan ikut 4 syarat yang ditetapkan tu..
bukan hukum manusia buat tau..tapi tu hukum Allah SWT.

Dan aku paling tertarik,bila ustaz sentuh mengenai pemakaian tudung pengantin...Aku pasang telinga dan taip laju-laju, mesti baca wahai bakal pengantin dan mak ayah pengantin!

"Pengantin kahwin masukkan tudung ke dalam,tak pakai tudung hari kahwin Tuhan laknat! Macam mana nak dapat zuriat yang bagus. Tolong mak bapak amik perhatian eh...baju kahwin anak...ehh..maaf naa..saya pesan...tu la saya kata tadi,saya bukan nak tunjuk pandai,saya kena kongsi benda ni.Sebab,

Rugi, kahwin panggil ustaz baca doa untuk nak meraikan dia,tapi pengantin tak tutup aurat stokin tak pakai,hari kahwin Allah laknat,kerana kufur kepada Allah dan ingkar dengan perintah Allah.Hari kahwin Allah laknat, macam mana nak dapat zuriat yang baik. Maaf naa...saya cakap lagu tu maaf naa...."


*Peringatan untuk diri sendiri dan semua.....insyaAllah, terima kasih.. =)



No comments:

Post a Comment