JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, November 30, 2012

tips sebelum, semasa dan selepas akad nikah

Hari nie jumpa pulak tips dan flows semasa akad nikah kat blog member aku.. banyak tips yang dikongsi dan boleh dipraktikkan.. share sebab memang sangat membantu kita-kita yang nak kawin nie, lebih-lebih lagi waktu akad nikah.. tak ada la kelam kabut dan blur kan apa yang nak dibuat..

Sebelum Akad Nikah
1. Pastikan pengapit atau teman rapat duduk di sebelah - sebabnya, pengapit @ bestfriends kita la yang akan kurangkan debaran dan tolong-tolong apa yang patut (lap peluh, betulkan veil dsb).. camne nak kurangkan gugup? berbual-buallah dengan pengapit anda..

2. Sediakan IC / kad pengenalan - dokumen ori memang akan diminta.. sebab yang ada dekat tok kadi @ tok imam tu yang salinan je.. nanti karang, terkocoh pulak korang masuk bilik cari ic time dh duduk tersimpuh sopan tu.. hehe

3. Duit upah - penting! ingatkan cik abang prepare siap-siap.. sebelum tu risik-risik la kadar upah sepatutnya..

4. Senyum Agar Lebih Tenang - yess, kunci dia, SENYUM... walaupun masa tu dalam dada, rasa nak pecah dengan debaran..

Ini pulak adalah flow semasa akad nikah..

Semasa Akad Nikah
1. Khutbah nikah - masa ni dengar betul-betul,bagi faham okey..banyak pesanan-pesanan dalam ni..

2. Bacaan taklik - isteri kena dengar betul-betul time ni.. bukan ape,mintak simpang, nauzubillah la kan untuk benda ni berlaku dalam baitul muslim kita,tapi taklik ni sebenarnya memelihara hak isteri daripada penganiayaan kalau berlaku kepincangan tanggungjawab oleh suami..so jangan anggap taklik ni sebagai sesuatu yang 'nothing'.. so check lafaz taklik negeri masing-masing dan teliti apa syarat-syarat yang boleh menyebabkan talak jatuh sekiranya ada aduan isteri kepada kadi..

3. Keluarga Sakinah/ Penyerahan Tanggungjawab - err.. kat Melaka,rasanya takde penyerahan tanggungjawab ni..ala yang ala-ala ustaz don buat tu..yang letak tangan atas kepala isteri.. dlm blog member cakap kat johor ada adat ni..kang aku terkujat tetiba dia datang letak tangan atas kepala kang.. :p lagi satu yang biasa dibuat adalah family perempuan berucap, menyerahkan tanggungjawab jaga pengantin perempuan pada pengantin lelaki..

Selepas Akad Nikah
1. Penyerahan Mas Kahwin Dan Wang Hantaran - hantaran ni lebih kepada belanja mengurus perkahwinan sebelah perempuan, manakala mas kahwin ni berupa pemberian wajib oleh lelaki kepada perempuan atas sebab perkahwinan dan ianya milik mutlak 100% pengantin perempuan ye..so bawakla time akad nikah tu..kalau tak lafaz anda akan jadi ada perkataan 'hutang'..hihihi..

2. Pembatalan Air Sembahyang. - cincin? gelang? rantai? ikut kemampuan la kan..
Tip drp member aku: Jika anda memilih barang kemas sebagai pembatalan air sembahyang lebih baik berlatih dahulu memakaikannya pada ibu atau saudara perempuan.

3. Bersalaman & Mencium Tangan Suami - saat yang ditunggu-tunggu.. ngeh3..ke tak? harusla kan... :p

4. Cium Dahi Isteri - paling ditunggu-tunggu.. kan? kan? kan? syahdunya rasa time ni.. errkkk... nak lagi syahdu, janganla pakai tudung awning.. kalau tak kelepet-kelepet nanti,cian pengantin lelaki susah nak cium..
Tip dari member aku: Jika anda ingin mengucup dahi isteri di hadapan para tamu dan mahukan ia diabadikan dalam foto, terdapat beberapa tip yang anda boleh gunakan. Sebelah tangan anda memegang bahu isteri dan sebelah lagi memegang dagu isteri. Selepas itu, angkatkan sedikit muka si dia supaya mendongak tepat ke mata anda dan anda tunduk perlahan-lahan agar dapat mengucup tepat pada dahinya. Berikan kucupan dengan penuh ikhlas agar bunga-bunga cinta dapat anda rasai.

5. Bersalaman Dengan Ahli Keluarga - which family first? tengok dan follow the flow kot..cuma, rasanya lagi manis, kalau dua-dua bersalam dengan family yang sama at the same time kan.. takdela sorang ke kanan, sorang lagi ke kiri.... your opinion?

6. Solat Lepas Nikah - kahwin sekali seumur hidup.. insyaALLAH.. jadi kalau boleh, buatla solat sunat nikah melainkan anda berhasrat untuk berkahwin lagi.. muahaha..

Banyak juga tips yang berguna kan.. ,memang aku copy paste dari blog member. cuma yang huraian tu je olahan dan pandangan aku.. so kalau nak tengok dengan lebih detail, boleh terjah blog dia.. =)

1 comment:

  1. Tak dianjurkan cium isteri di dahi di khalayak ramai pertama kerana ia bukan dari agama islam dan ia menyerupai agama lain dan kedua isteri tu hak si suami maka wajarkah dipertontonkan kemesraan di hadapn semua..

    ReplyDelete