JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, November 1, 2012

Menanti ijab & kabul

Alhamdulillah.. Tanggal 15 Sept yang lalu, majlis pertunangan saya bersama en.tunang telah berjalan dengan lancarnya.Alhamdulillah... Hanya menanti masa dan saatnya akan dijelaskan segala-segala. Tak lama lagi Hanya dengan lafaz akad dan nikah akan bermulalah tanggungjawab di bahu seorang insan bernama suami.InsyaAllah, Allah akan permudahkan segalanya dan semuanya akan kami harungi dengan seribu kesabaran walaupun ada tempias ombak membadai itu lumrah kehidupan. Sebuah perkahwinan bukan hanya selesai majlis dan keramaian yang dihadiri sanak saudara mahu pun sahabat handai.

Ia merupakan titik permulaan sebuah perjalanan yang mana ada amanah yang perlu di pikul bersama. Suami dan isteri gelaran selepas selesai ijab dan Kabul. Akan bermulalah tanggungjawab kedua-dua pihak. Masing-masing akan sering mempersoalkan adakah kedua mereka mampu menjalan setiap tangungjawab masing-masing? Atau mampukah keduanya melengkapi kebahagian dan fitrah naluri seorang manusia yang tidak ingin berseorangan. Ia merupakan perasaan yang indah bila kejujuran dan keikhlasan diiringini hantaran kasih Tuhan.

Bergelar seorang isteri bukan hanya terletak pada sebaris gelaran selepas ijab dan Kabul .Mencari pemimpin atau seorang suami bukan hanya pada harta dan paras rupa yang rupawan .Hal ini tidak menjamin sebuah kebahagian jika tidak terselit redha dan rahmat dari Tuhan.

Suami adalah sebuah kunci untuk seorang muslimah memasuki syurga.

“Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka.” (HR Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Jika dahulu orang ketiga selepas Allah dan Rasul adalah kedua ibu bapa kita,sekarang ialah suami. Wajar hendaknya dosa aku ditanggung oleh suami lantas ketaatan selagi mana ia tidak melanggar syariat agama jatuh kepadanya. Sehingga kini aku belajar membiasakan diri untuk mendapatkan izinnya untuk setiap sesuatu. Semuanya berbeza hanya degan lafaz akad nikah nanti. InsyaAllah akan tertulis dengan kehendakNYa bahawa imamku adalah dia pastilah orang yang paling layak untuk membimbingku,yang tahu mana yang buruk untukku adalah dia. Bahkan yang penting setiap ucapan perlulah berhikmah dan ilmu sebagai penyuluh perjalanan dan juga proses ke sana tempat yang dijanjikan syurga.

Semuanya perlu difikirkan semua. Pergaulan di tempat kerja, pemakaian dan aurat serta hal-hal yang menjadi tanggungjawab seorang isteri untuk bersama-sama membantu suami ke arah redhanya. Aspek ekonomi, sosial dan pengurusan emosi memainkan peranan yang penting.Kesemua ini bukan dipikul hanya kepada sebelah pihak sahaja malah adalah peranan kedua-dua pasangan.

Aku mula sedar yang aku melambangkan suami aku dan dia melambangkan aku,kami kan ‘satu’ ;). Aku perlu berhati-hati dengan apa yang aku lakukan dan ini semua titik kematangan dalam proses kehidupan. Pertuturan dan percakapan yang perlu dijaga itu pesan Allah. Aku percaya sebuah keluarga yang dibina akan kosong jika tiada ilmu dan asas panduan hidup yang penting berdasarkan alquran dan sunnah. Semuanya tercatit atas kitabNya. Dialah yang mengetahu sesuatu untuk setiap yang terjadi. Jadi wajarlah aku meletakkan suamiku paling atas dari yang lain. ia juga pada masa yang sama mengajar aku untuk lebih menjaga hijabku.

Banyak lagi yang aku belajar dan sedikit lagi ilmu yang masih di dada..Waktu itu nanti aku akan dapat merasakan sendiri ayat yang sering aku dengar iaitu "perkahwinan dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan". semoga Allah meredhai usaha kita dan menghadiahkan kita kebahagiaan yang berkekalan. Semoga setiap ujian dan cabaran yang mendatang hanyalah secebis garam rencah kehidupan.
Indahnya Islam :)

Jumpa lagi insyaAllah.

Assalamulaikum..


1 comment:

  1. Apakah Anda berpikir untuk mendapatkan bantuan keuangan, Apakah Anda benar-benar membutuhkan pinjaman mendesak, apakah Anda berpikir untuk memulai bisnis Anda sendiri, Anda berhutang, inilah kesempatan Anda untuk mencapai keinginan Anda saat memberikan pinjaman pribadi, pinjaman usaha, dan pinjaman perusahaan, dan semua jenis pinjaman dengan suku bunga 2%, kami menjamin semua klien berharga kami bahwa mereka akan mendapatkan semua pinjaman individual mereka dan merayakan musim baru dengan senyuman di wajah mereka.
    Untuk informasi lebih lanjut silahkan hubungi kami sekarang melalui email {} mariasednerloanfirm@gmail.com

    Informasi Peminjam:

    Nama lengkap: _______________
    Negara: __________________
    Jenis Kelamin: ______________________
    Umur: ______________________
    Jumlah Pinjaman yang Dibutuhkan: _______
    Durasi Pinjaman: ____________
    Pinjaman tujuan: _____________
    Nomor telepon: ________

    Maria ibu

    ReplyDelete