JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, November 20, 2012

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu??

DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal....?

kenapa lelaki mepunyai 9 Akal dan 1 Nafsu?? DAN kenapa wanita mempunyai 9 Nafsu dan 1 Akal...

Ungkapan lelaki mempunyai 9 akal, 1 nafsu dan perempuan mempunyai 1 akal, 9 nafsu sudah menjadi ayat yang biasa didengari dan sentiasa berlegar-legar di fikiran masyarakat kini.Ada segelintir masyarakat yang mendengar dan mempedulikannya,ada juga yang mendengar dan menjadikannya sebagai bahan untuk merendahkan darjat wanita,ada juga yang mendengar dan menafikan kebenarannya terutama bagi wanita.Namun sejauh mana kesahihan ungkapan ini.Betulkah apa yang kita dengar selama ini merupakan satu kelebihan bagi lelaki dan satu kekurangan bagi wanita yang Allah kurniakan?

Baru baru ni aku ada terbaca post salah seorang blogger perempuan mengenai tajuk diatas.Dah abis baca,tapi still tak dapat jawapan mengenai lelaki 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal.

Post blogger itu yang berbunyi:

Kalau la benar lelaki mempunyai 9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal, kenapa......

1. Golongan perempuan di kebanyakkan IPT jauh lebih ramai daripada lelaki, sehinggakan menjadi 3/4 daripada penuntut di IPT? Adakah perempuan lebih bernafsu kerana nafsu 9nya terhadap buku2, lecture note sehinggakan bernafsu melihat pensyarah lelaki yang dah tua botak ditengah kepalanya ?
2. Golongan lelaki lebih ramai di pusat serenti ? Adakah mereka lebih bijak dalam menjadi kerjaya yang lebih baik kepada diri sendiri daripada perempuan kerana 9 akalnya ?
3. Golongan lelaki lebih ramai menceburi bidang rempit daripada perempuan ? Adakah kerana 9 akalnya menyebabkan mereka terfikir mereka tak mampu nak mati shahid di palestin, lalu mereka mati 'shahid' di jalan yang tinggi [highway] ?


Anda rasa logik tak?

Namun ramai di antara kita yang masih kerap membuat tuduhan dan pendapat yang melulu. Dikatakan lelaki itu lebih menggunakan nafsu kerana lelaki adalah kaum pervert dan kaki rogol contohnya lah. Kalau nak ikutkan nisbah nafsu lelaki : perempuan adalah 1:9, tetapi kenapa pula dalam isu semasa lelaki tidak dapat mengawal 'satu' nafsunya?

Perempuan pula dituduh seorang yang bodoh dan 'jenis yang mudah' kerana mempunyai 1 akal.Hurmm...

Dalam blog tu jugak ada menyebut...

"Member aku pernah cakap "sebab tu la lelaki pandai kelentong dan perempuan pandai kena kelentong"...Walaupun ada benarnya member aku cakap, tapi aku tak rasa ia dari disebabkan "9akal lelaki dan 1 akal perempuan"

Hahh !! nak tau tak jawapan aku???Ini jawapan aku…

Hakikat sebenarnya, kalau ditafsir oleh imam Ghazali adalah
“Lelaki diciptakan Allah mempunyai 9 rasional 1 emosi dan perempuan diciptakan Allah mempunyai 1 rasional 9 emosi”.

1. Kepimpinan. [Leadership]

Antara kelebihan 9 rasional yang Allah kurniakan kepada lelaki adalah kepimpinan yang lebih baik.Dalam membuat keputusan, lelaki lebih rasional,jarang mengikut kata hati dan perasaan seperti perempuan.Walaupun tekanan menghimpitnya,mereka masih lagi dapat berfikir secara rasional. Tak cepat emo, tu la sebabnya lelaki boleh jadi pemimpin yang baik.

Bayangkan kalau kuasa talak diberikan kepada perempuan, asal silap paham sikit terus nak emo-emo mintak cerai. Kan talak still dikira walaupun dilafaz tanpa niat, yang tu bahayanya kalau perempuan diberi kuasa talak. Maunya tiap-tiap hari suami diceraikan oleh bininya (ramailah yang jadi duda).

Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”.

Sama dengan perkahwinan juga, kenapa mesti lelaki kena jadi wali, bukannya perempuan? Ini kerana lelaki lebih tegas dan lebih rasional dalam pemilihan menantunya. Lelaki lebih tengok kriteria menantunya dan kalau boleh nak yang betul-betul berkualiti untuk menjadi suami anaknya.

Beza dengan perempuan,Perempuan kan mudah tersentuh.Jadi didalam kes-kes yang serius sangat diperlukan seorang lelaki membuat keputusan yang rasional, dan tidak bersangkut dengan apa-apa emosi. No hard feelings ok..

"Kenapa lelaki bila tengah fikir mesti kena diam eh?" pernah terfikir tak??


Sebab itu la lelaki sangat disinonimkan dengan 'diam' dan tidak bersuara. Apabila lelaki dalam mood diam, dia sedang berfikir dan sedang memilih dan membuat keputusan tanpa melibatkan apa-apa emosi. Sangat fokus, sehingga nak bercakap mengenai perkara dia fikir pun tak mampu dikhuatiri terganggu.

2.Emosi dan naluri

Kalau dari segi kepimpinan tadi,9 emosi perempuan merupakan kelemahan bagi perempuan dan tidak boleh handle masalah sebaik lelaki.Namun begitu,9 emosi ini la merupakan kekuatan bagi perempuan yang tidak ada pada lelaki,yang menjadikan mereka ibu dan isteri yang kuat.malah lelaki pun tidak dapat menandinginya.

Ya. Walaupun secara fizikal lelaki lebih kuat dari perempuan, namun dari segi emosi lelaki tak mampu nak menyamai perempuan.

Kerana emosi dan naluri inilah wanita dipilih Allah untuk menjadi ibu yang menjaga dan menyokong sebuah keluarga. Sudah tentu, dengan penuh kasih sayang.Seorang ibu sanggup berjaga setiap malam demi menyusukan seorang anak yang dicintai sepenuh hati. Biarlah tidurnya tidak cukup asalkan si kecil tidur dalam kekenyangan.Ketika melahirkan pula, nyawanya dipertaruhkan dan segala rasa sakit lenyap sebaik saja terdengar tangisan si anak. Sekali lagi, emosilah yang menghilangkan rasa sakit tersebut.

Aku tak lupa bagaimana Mak menggagahkan diri untuk sediakan makanan kami sekeluarga walaupun ketika itu Mak dalam keadaan sakit. Tak pernah sekalipun Mak abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan isteri walau dalam apa jua keadaan.Semua ini pastinya berlaku kerana rasa cinta dan kasihnya terhadap sebuah keluarga

Emosi itulah kelayakan untuk seorang manusia hamil.

Emosi untuk sabar dengan berat dan payahnya 9 bulan mengandung. Emosi untuk membelai, memberi makan kepada kandungan seperti memberi makan kepada diri sendiri. Emosi yang kerana emosi itulah, alam bayi di dalam kandungan digelar ALAM RAHIM, iaitu ‘alam kasih sayang’.

Kasih sayang yang sulit untuk ditemui dalam jiwa lelaki, biar pun fizikalnya sasa dan mentalnya berkuasa.


(Aku tulis ni adalah hasil kajian dan pembacaan aku sendiri mengenai '9 akal 1 nafsu dan perempuan 9 nafsu 1 akal dan mentelaah sifat-sifat rakan sekerjaku didalam makmal ini yang kebanyakkannya lelaki', )


[1 post ni aku amik masa 2 hari untuk menulis :)]







3 comments:

  1. perempuan ada 9 nafsu 1 akal..contoh senang bila berbelanja.. perempuan selalu nya akan beli mcm2 ..teringin nak beli mcm2.. tp balik umah xada lah semua brang dibeli tu dia akan gunakan .. (x berkeperluan) .. dan bila perempuan buat keputusan ,akan melibatkan emosi.. x fikir panjang.. suka ckp sedap mulut lepas tu tension,,
    lelaki akal dia 9 dan nafsu 1.. sb itu dia dijadikan ketua keluarga, kurang nafsu bermakna dia akan mudah nak membuat keputusan dan membuat pilihan tg lebih rasional dan jelas.

    cuba bayangkan lelaki ada 9 nafsu.. alamatnya huru hara la dunia ..

    ReplyDelete
  2. Bnda yg x pnting pun kau taip dlm blogger, kau ada 9 nafsu jgk ke?

    ReplyDelete