Pada saya, kita memang mampu kata yang kita selalu sayangkan dia. Kita memang mampu berterima kasih akan segala jasa dan pengorbanannya. Kita memang sentiasa berdoa agar dia sihat sejahtera. Kita memang sayangkan dia lebih daripada apa yang kita sendiri rasa. Tapi hakikatnya, tetap tak ada sebarang kata yang mampu menilaikan penghargaan kita.
Bukan kerana dia
adalah tidak bernilai. Tapi kerana dia adalah tidak ternilai.
Sebab setiap
daripada kita punya takdir dan ketentuan yang berbeza. Seperti juga tempoh masa
yang kita ada semasa bersama dia. Ada yang sejak lahir ibu telah tiada. Ada
yang menerima kasih sayang selama 12 tahun sahaja. Ada yang selama 25 tahun
dapat hidup bersama.Ada yang mempunyai ibu lebih daripada satu, lebih daripada
dua dan ada yang lebih daripada tiga. Ada yang ibunya masih lagi dipanjangkan
usia. Dan ada yang pergi lebih awal mendahului ibunya.
Biarlah sesingkat
mana waktu yang ada. Biarlah detik tu sekejap cuma. Apa yang penting, waktu
yang ada akan memberi kita kenangan terhebat sepanjang usia. Well said, seorang
ibu bukan semestinya kerana dia sentiasa ada di sisi. Tapi adalah kerana dia
sentiasa ada di hati.
Bagi yang telah berumahtangga tetapi masih belum mendapat cahaya mata, yakinlah bahawa rezeki Allah akan sentiasa ada. Dan bagi wanita yang telah dikurnia puteri mahupun putera, Selamat Hari Ibu untuk anda semua.
SAYA SAYANG MAK SAYA !!!
No comments:
Post a Comment