JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, March 22, 2011

tidak semudah & tidak sesukar



Hidup ini bukan semudah yang disangka. Perjuangan mempertahankan kebenaran kadang kala amat pahit. Namun, kepahitan itu akan terubat apabila kita sentiasa yakin bahawa Allah SWT sentiasa bersama-sama orang yang benar. Justeru, sentiasalah meletakkan kepentingan Allah di hadapan berbanding yang lain.

Seperti aku ingatkan kepada mereka bahawa 'Hidup ini tidak semudah yg disangka & hidup ini juga tidak sesukar yg kita sangka' So apa yg dirisaukan lagi.Adakah salah,silap menjadi igauan kita?percayalah bahawa manusia sentiasa akan belajar drpd kesilapan lalu,sbb itu kita selalu mengatakan 'pengalaman mengajar kita'.Ke mana-mana pun kita pergi pengalaman adalah ilmu yg terhebat utk kita!

perjalanan masih lagi jauh,apakah bekalan kita utk perjalanan yg jauh itu kita sudah sediakan?sama-sama kita renung diri utk keunggulan yg gemilang pada masa hadapan.

**Alhamdulillah! aku redha dgn setiap apa yg terjadi kerana aku percaya bahawa setiap yg terjadi ini ada hikmahnya.. semoga Allah mendengar setiap doa ku ini.. Insya-Allah. ameen!

No comments:

Post a Comment