JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, March 2, 2011

AL – FATIHAH BUAT ATUK TERCINTA…


kubacakan yasin di sisi arwah atuk
kukucup dahinya yg sejuk kaku
kutatap wajahnya yg tenang
empangan air mata yg cuba kutahan pecah jua

takkan aku lupa wajahnya
ciumanku untuknya yg terakhir kali
sebelum kafan serba putih membaluti
selamatlah datukku di alam sana

atuk selamat dikebumikan selepas solat zohor
petang yg tenang
semoga arwah atuk berada dalam rahmatNYA
doaku sentiasa mengiringi..
Alfatihah..


kami kini redha dengan pemergian mu..meski belum puas mahu dibelai mahu dimanja..Doa kami,agar tenang dan aman dipusara …sejuta rahmat mengiringi perjalanananmu…Al Fatihah buat Datuk Tercinta Hj Mohd Dali bin Abu…Buat atuk dalam kenangan…you will be missed, and love always…

No comments:

Post a Comment