JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, September 13, 2012

Update terakhir di blog sebelum menjadi tunangan orang. Doakan kami!

Ini adalah update terakhir di blog sebelum menjadi tunangan orang pada tarikh ??/9/2012 insyaAllah..doakan segalanya berjalan dengan lancar…pertemuan dengan si dia juga sedang dihadkan. Hari majlis berlangsung baru bertemu.

Sedikit Catatan Awal:
memang saje aku buat tajuk entry di atas hanya kerana catatan diri sendiri dan meraikan bahagia yang Allah pinjamkan.Amin.
Bahagia
Bila diri dilamar menjadi isteri
Gembira.
Bila bakal mertua merisik kita dan kenal-kenal keluarga
Terharu.
Bila keluarga dan sahabat handai turun padang bantu apa yang patut

InsyaAllah
dalam masa terdekat nie aku bakal bertukar status menjadi tunangan orang.
Amin..


Nervous.jantung dup dap dup dap jer… Baru tahu macam nie rupanya perasaan bila dah dekat-dekat majlis. Nie baru tunang nie, belum lagi majlis kahwin.Bukan tak sabar, tapi banyak benda lagi belum sempurna. Hantaran 80% jer dah buat.Tiba-tiba rasa ngeri pula bakal bergelar tunang orang.Keluar dari comfort zone.Tu lah nak kahwin sangat kan.Hambek.Tapi realitinya saya bahagia dan gembira.Memang seronok dan mencabar pada masa yang sama. Sekarang memang lah nampak seronok, tapi esok-esok macam mana pula kan? Yang penting kita kena sama-sama positif, optimistic dan apa yang penting..... kerjasama! Semestinya :P

Once dah settle InsyaAllah aku akan share all the pictures here.Bye all.jumpa lagi.Mohon doakan semoga semua berjalan lancar ya!

No comments:

Post a Comment