JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, September 19, 2012

Sweet September

Ya Allah,
Limpahkanlah rasa cinta kepada kami,
Yang Kau jadikan pengikat rindu Rasulullah dan Khadijah
Yang Kau jadikan mata air kasih sayang
Ali bin Abi Thalib dan Fatihmah Az Zahra
Yang Kau jadikan penghias keluarga Nabi-Mu yang suci.

Alhamdulillah..selesai majlis pertunangan kami pada 15 September 2012..dan akhirnya dengan izin dariNYA majlis berjalan dengan baik dan dipermudahkan..Selesai episode cerita..akan datang banyak lagi episod yang harus kami jalani bersama.

Dia bakal suami ku..Alhamdulillah dengan restu keluarga , doa-doa dari sahabat.. kami berjalan meneruskan langkah ..

Checklist kami sangat penuh, macam-macam perlu untuk diusahakan.Semoga Allah permudahkan perjalanan kami ke langkah seterusnya.Yang pastinya lebih penuh dengan ujian & cabaran.Semoga kami terus kuat, dan kuat untuk menghadapi semuanya.Dalam tempoh ini, belajar memperbaiki diri sendiri.Menjadi yang lebih baik.

Ya Allah, restuilah perjalanan kami ini.Kurniakan kami rahmatmu dalam mengharungi perjalanan akan datang .Insyaallah,kami akan usahakan yang terbaik untuk menuju ke jalan Mu .. Bimbinglah kami ,untuk menjadi yang lebih baik.Pegang kuat-kuat hati kami supaya kami tak mudah berubah hati..tetapkan iman kami,jangan biar ia goyah. Iringilah perjalanan dengan rahmat dan hidayah Mu..Terangilah jalan kami.. Senangkanlah segala yang sukar buat kami..Berilah segala kemudahan buat kami.. Lindungilah kami..Murahkan rezeki kami,rezeki keluarga kami..satukan hati-hati kami..satukan hati keluarga kami..lembutkanlah hati kedua ibu bapa kami.Jauhilah kami dari fitnah,jauhilah kami dari dengki dan khianat yang lain.Lindungi kami dan keluarga kami.Makbulkanlah doa-doa kami ini.Amin Ya Rabb .

" Ya Allah Engkau mengetahui hati-hati ini
telah berkumpul kerana kasihkan mu
bertemu dan patuh padaMu
bersatu memikul dakwahMu
hati-hati ini telah berjanji setia
mendaulat dan menyokong syariatMu
maka eratkanlah akan ikatannya
kekalkan kemesraan hati ini
tunjukkan ia jalan yang sebenar
limpahkan dengan cahaya bagiMu
yang tak pernah padam
dan lapangkan dengan iman "

Selepas menyarung cincin,selesai maghrib,Kak Syarah menelefonku dan mengingatkan aku untuk melakukan sujud syukur.Ya Allah,aku bersyukur didampingi seorang sahabat yang saling mengingati aku saat aku dalam kesulitan mahupun saat kebahagiaanku. Lindungilah sahabatku ini,bahagiakanlah hati nya dan temukanlah Kak Syarah jodoh yang baik.Amin..Insyaallah..

Cincin ini sangat bernilai buat aku,bukan kerana harga nya tetapi amat bernilai buat aku kerana ia hadiah dari orang yang aku sayang.. bagi aku,nilai kasih sayang nya pada aku yang sangat bermakna buatku.Permudahkanlah jalan kami Ya Allah..restuilah perjalanan kami..Amin ..

Semoga Allah permudahkan segala urusan kami..Amin..

TAKDIR ALLAH ITU INDAH :))



No comments:

Post a Comment