JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, September 12, 2012

Sekiranya lelaki tahu ..


Sekiranya,, lelaki tahu,
Dalam hati seorang wanita ,
Ada naluri untuk disayangi,
Ada rasa untuk diberi perhatian,
Ada rasa untuk didengari keluh kesahnya,
Ada waktu - waktu minta ditemani kesedihannya,

Sekiranya,, lelaki tahu,
Rajuk seorang wanita minta dipujuk,
Marah seorang wanita perlu didekati,
Sedih seorang wanita perlu didengari,
Gembira seorang wanita ingin dikongsi,


Sekiranya,, lelaki tahu,
Disebalik seribu satu rasa itu,
Ada sekeping hati nan lembut,
Bukan untuk ditatang bagai minyak yang penuh,
Bukan jua untuk dimanjai,
Hanya perlukan sedikit perhatian,
Agar rasa kasih itu terasa wujud,
walaupun saat berjauhan,


Kerana Sekiranya,, lelaki tahu,
Hati itu akan sentiasa bertanya,
Pada diri seorang wanita,
Wujudkah cinta itu dihati lelaki,
Bila saat jauh tanpa perkhabaran,
Sebagaimana mekarnya cinta itu,
Tetap dihati seorang wanita,
Biarpun berkali ombak menghempas,
Takkan sesekali pantai itu berubah..


P/S: sangat-sangat terpikat dengan entry nie ;))

No comments:

Post a Comment