JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, September 20, 2012

Sebelum Aku Bernikah

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”Surah An-Nur ayat 32.

Sebelum aku bernikah , aku harus memperbaiki diri aku untuk menjadi yang lebih baik . Semoga usaha aku dipermudahkan dan dirahmati Allah..antara checklist yang sedikit ini antara peringatan buat aku sendiri sebenarnya , sekurang-kurangnya aku nak jadi orang yang istiqamah untuk menjadi yang lebih baik..amin ..

1) Menjaga hubungan dengan Allah : banyakkan komunikasi dengan Allah..doa , solat , zikir..kalau kita dekat dengan Allah , Insyaallah Allah takkan pernah jauh dari kita.. ^_^

2) Menjaga Solat : bukan setakat penuhkan solat , tapi menjaga waktu solat.. jangan lengah-lengahkan solat..kalau yang mana tertinggal kena qada segera..!!

3) Menjaga maruah diri : kena jaga diri .. setiap langkah , pergerakan , tutur kata kita sebagai wanita membawa maruah keluarga..lebih-lebih lagi parent kita sendiri..sekarang ni bukan setakat dengan family sendiri , tapi maruah kita melibatkan bakal family kita ..

4) Jadi orang yang kuat , buang sifat mazmumah dan suburkan sifat mahmudah dalam diri : nak jadi orang yang kuat mental..bukan seorang yang emotional..aku kena jadi orang yang kuat..sebab aku akan menjadi seorang isteri dan ibu kepada anak-anak kami nanti..kalau ibu nya tak kuat , camne anak-anak nak jadi orang yang kuat .. so kuatkan semangat..kuatkan hati ..kuatkan iman ye cik nurbayah..jadikan aku isteri yang baik menjadi penyejuk mata , penenang , mendamaikan , membahagiakan , menyenangkan , menjaga baik hubungan dengan ayah & mak serta keluarga dan keluarga mertua..jadikan aku ibu yang baik menjadi contoh yang terbaik buat anak-anakku..kurniakan aku suami yang penyayang , bertanggungjawab , dan yang terbaik buat ku serta menjadi imam untuk solat ku..kurniakan aku anak-anak yang soleh & solehah , serta kuturunan yang baik-baik, beragama dan berilmu..amin..

5) Menjaga hubungan dengan orang sekeliling : Aku perlu saling menjaga hubungan aku dengan keluarga , saudara mara , sahabat dan semua yang ada disekeliling.Sebab menjaga hubungan dengan orang sekeliling ini lah juga yang akan saling mendoakan kesejahteraan & kebahagiaan kita semua.Jauhi permusuhan dan persengketaan .

6) Khatam quran lagi : bukan setakat nak khatamkan lagi jek..tapi nak kuatkan hukum tajwid..sebab tu sangat penting..kalau khatam banyak kali tapi tajwid banyak salah pun tak ok , esok-esok nak mengajar anak-anak mengaji pulak..so teruskan usaha ye cik nurbayah !!

7) Jangan malas makeup : ermmm..makeup..letak bedak pun kira makeup jugak kan ..?huhu..yelaaa..lipstik tu aku tak pernah teringin nak ada..tapi lipice ada la..jadilah kan ..ok-ok..baikla…sedaya upaya aku akan berusaha untuk tidak malas makeup..huhu ..

8) Buang malas masak masakan bersantan : oklah ..aku ni kurang sikit masakan bersantan..aku suka masak yang goring-goreng dan tumis-tumis jek..macam goreng sambal , asam pedas , masak kicap , tu boleh la layan lagi..tapi masak kari kureng sikit..aku bukan tak suka masak menu yang bersantan , tapi kurang pandai mengagak-agak keperluannya dalam masakan..kang terkurang cair pulak , terlebih pekat pulaks.. huhu..

9) Belajar uruskan masa dengan baik : Sebenarnya aku sepatutnya bersyukur duduk dengan family..kerja & urusan rumah banyak diselesaikan oleh mak..balik-balik makan malam dah ada..esok-esok kalau dah berkeluarga , semuanya harus diuruskan sendiri .. kerja + belajar + mengurus keluarga..kena betul-betul pandai manage.. kalau sebelum nie , kerja-kerja rumah biasanya aku uruskan hari weekend jek..time tulah nak mengemas bilik ke bilik , basuh pinggan , basuh baju , sidai baju penuhkan ampai ..dan segala yang berkait dengan urusan rumah..tapi esok-esok dah berkeluarga , takkan semua kerja-kerja dan urusan rumah perlu dikumpulkan weekend..? hahaha..
( harap-haraplah dapat suami yang memahami & bertimbang rasa..amin..boleh dating sama-sama buat kerja rumah..lagi sweet dan romantik gitu..kan..kan.. )

10) Belajar teknik berbincang & komunikasi yang baik : Perkara penting gak ni , sebab aku tak boleh nak buat perangai lama .. memendam perasaan sendiri .. tak boleh gitu .. aku nampak effect nya pada aku dan hubungan aku dengan orang-orang yang aku sayang .. Komunikasi & berbincang sangat penting dalam urusan berkeluarga .. kadang-kadang kurang komunikasi boleh mengundang masalah kronik dalam family .. dan akhirnya nanti wujudlah masalah tak persefahaman..( harap-haraplah bakal suami aku seorang yang sabar dalam menjadi nakhoda family kami nanti .. amin .. )

~ banyak lagi sebenarnya..tapi ini antaranya..esok-esok kalau ada apa-apa yang perlu diperbaiki lagi , mungkin lebih dari ini..huhuhu..belajar ye nurbayah..belajar untuk menjadi yang lebih baik..amin..

No comments:

Post a Comment