JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, April 23, 2013

Perempuan Dan Emosi

Lelaki dan perempuan adalah makhluk Tuhan yang berbeza.

Perempuan sering dikaitkan dengan beremosi. Perempuan dan emosi adalah sahabat karib. Pelbagai tanggapan telah diberikan terhadap perempuan di atas sikap dan perlakuannya yang melambangkan terlalu sensitif dan emosional dalam menghadapi dan menangani isu-isu tertentu.

Perempuan mudah mengalirkan air mata. Apabila gembira, dia menangis. Apabila sedih pun dia menangis. Tengok drama pun kadang-kadang boleh menangis. Sedikit kata-kata yang boleh mengguris hati dan perasaannya juga boleh membuatkan dia menangis.

Itulah perempuan. Hati mudah tersentuh.

Lelaki pula amat sukar untuk difahami. Sikap mereka yang terlalu kompleks menyebabkan seseorang perempuan itu perlu menyelami dan mendalami untuk mengenali siapa mereka yang sebenar. Namun, lelaki merupakan pasangan yang dihormati dan disayangi di mata perempuan.


Contoh mudah,

Apabila perempuan SMS lelaki untuk kali pertama dan lelaki tidak balas akan SMS tersebut, maka perempuan masih boleh lagi berlagak cool.

Apabila perempuan SMS lelaki untuk kali kedua dan lelaki masih tidak balas akan SMS tersebut, perempuan akan mula naik angin.

Dan apabila masuk kali ketiga, perempuan tak mungkin akan menghantar SMS lagi, malah dia akan terus call dan memarahi lelaki tersebut.

Nampak tak betapa emosinya perempuan?

Mungkin bukan semua perempuan macam tu, ada juga yang boleh bersabar. Dari pandangan mata kasar, aku lihat ramai perempuan yang mudah melenting hanya disebabkan perkara-perkara yang kecil. Tak perlu nak lihat jauh-jauh, lihat pada sekeliling.

Lelaki adalah golongan yang bersabar. Bila perempuan melenting, tak semua lelaki akan menengking semula perempuan tersebut, mereka lebih mudah bertindak dengan cara mendiamkan diri. Sehingga satu saat di mana perempuan sudah hilang api kemarahannya, barulah mereka bersuara.

Oleh sebab itu, kuasa talak dan cerai berada di tangan lelaki. Kalau perempuan yang diberi kuasa untuk melafazkannya, aku rasa ramai dah lelaki yang diceraikan. Berapa ramai lelaki yang jadi duda dengan sekelip mata.

Dan apa yang lelaki perlu tau, perempuan kebanyakkannya bercakap terlalu mengikut emosi dan perasaan tanpa memikirkan akibat setiap apa yang diperkatakan. Maafkan mereka kerana perempuan dan emosi memang tidak dapat dipisahkan.



 

No comments:

Post a Comment