Dalam
satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi
sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang
disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini
dialog mereka
Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang
memang menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh
katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh
menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan
bahawa abang memang cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan
kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi
dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.
Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang
mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan
mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak
Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”
Si
isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya. Namun begitu
selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat
bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan
koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,
“Sayang!
Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu
Jika
disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.
Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku
mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak
boleh mencintai mu.
Jika
cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab
mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu
dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara
tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia
boleh dirasai dalam hati.”
Maka
menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..
Cinta
sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana
kekurangan....
copy
from facebook :)
Nota Hati : Terkesan...So sad :(
saya sayang suami saya :)
saya sayang suami saya :)
No comments:
Post a Comment