JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Saturday, May 1, 2010

Pantang Larang Itu Khurafat Ke ?


:: Hidup memang pahit namun kita harus menelannya ::


Aku nak tanya kat korang semua, korang percaya tak pada pantang larang orang tua-tua? Adakah itu dikira sebagai khurafat? Contohnya, jangan potong kuku waktu malam, nanti rezeki lari. Ataupun jangan keluarkan duit kat ATM waktu khamis malam jumaat. Hmm, abis kalau dalam poket memang takde duit macam mana kan? Tapi sumber aku mengatakan bahawa sebab duit tu kan rezeki, jadik tak elok nak kuarkan pada waktu Khamis malam Jumaat. Apa relevannya?

Kekadang, aku terpikir juga bukankah khurafat itu adalah satu penyelewengan terhadap akidah Islam? Aku bukan nak cakap mana betol dan mana salah, cuma mungkin sedikit musykil, samada pantang larang yang kita percaya selama ini boleh dikategorikan sebagai khurafat?

Jika betol, tidakkah selama ini kita telah melakukan sesuatu yang dianggap berdosa? Macam perkara yang sering dilakukan, mencampakkan baju pengantin ke atas bumbung bagi mengelakkan hujan di hari majlis berlangsung. Aku kekadang macam tak nak percaya kepada semua pantang larang macam jangan potong kuku waktu malam, sebab waktu malam lah selalu aku semapt nak potong kuku sambil tengok tv. Dan ada gak orang selalu cakap jangan nyanyi kat dapur nanti dapat lelaki tua.huhuhu...

Jadi, adakah pantang larang ini dikira sebagai khurafat, dan adakah lebih baik dan molek jika kita mengikuti pantang larang ini or tak ikut pun takpe?

No comments:

Post a Comment