JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, May 10, 2010

AFMASUK Tertinggi, Shahir Kembali Ke AF8








KUALA LUMPUR, 9 MEI 2010: Seperti yang dijangka, pelajar ‘favourite’ AF8, Shahir kembali semula ke akademi selepas menerima undian AFMASUK tertinggi dalam Debaran AF sebentar tadi.

Pengumuman dibuat oleh hos, Sarimah Ibrahim dalam Debaran AF yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil dan dipancarkan melalui Astro Ria (Saluran 104).

Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 21 sebelum ini tersingkir di minggu ketujuh, satu keputusan yang mengejutkan ramai pihak kerana Shahir dikatakan sebagai pelajar yang memenuhi piawaian AF8 dan juga salah satu pelajar pilihan utama pengetua, Norman Abdul Halim untuk ke peringkat akhir.

Dengan meraih undian SMS tertinggi, Shahir menewaskan pelajar-pelajar lain termasuk Alif dan Anum yang sebelum ini turut menjadi pilihan ramai peminat AF8 untuk dimasukkan semula.

Debaran AF dimulakan dengan semua pelajar yang tersingkir sebelum ini bergabung menyanyikan lagu Menggegar Dunia nyanyian asal Adam dan Stacy.

Lima pelajar yang masih kekal juga turut mempersembahkan lagu bonus mingguan mereka, Andai Kau Pergi dari Indigo serta lagu rasmi Akademi Fantasia, Menuju Puncak.

Dengan kemasukkan Shahir, maka persaingan kembali sengit kepada 6 orang untuk merebut gelaran juara AF8.


P/S:aku sebenarnyer semalam undi AFMASUK si ALIF tapi mungkin rezeki adik Alif tak menyebelahinya.takperlah dik,Alif pun Insyaallah akan berjaya walaupun tak ke final sebagai contoh Aizat AF yang membuktikan kepada semua dengan kejayaan di peringkat Malaysia dan luar negara walaupun Aizat tersingkir pada awal-awal konsert AF dulu ....Moga Alif success di luar sana..Steady lah Alif...

No comments:

Post a Comment