JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, May 3, 2013

Telinga Nipis

Worksation geng kami ini selalu jadi tempat diskusi politik. Jantan-jantan biasalah diorang akan luahkan pendapat dan pandangan secara terbuka. Mewarwarkan apa yang diorang baca, apa yang diorang dengar. Bersungguh-sungguh umpama semua tu adalah cerita benar yang mereka lalui walaupun kekadang jalan ceritanya tak berapa nak logik akal sangat.

Tercampak sorang pompuan kat sini tetapi sesekali bila menyampuk 5 jantan ni senyap jugak. Agaknya malas nak lawan cakap dengan makcik yang bagai katak dibawah tempurung ni. Makcik yang typical. Makcik yang tak reti nak membuka minda. Lantaklah korang.

Membaca itu ilmu. Jangan sampai kita menurut hati dengan apa yang kita baca. Mendengar boleh tapi dengar sahaja tanpa membuat pertimbangan sewajarnya adalah bahaya. Selidiklah apa yang kita baca apa yang kita dengar, usah membuta tuli iyakan apa tah lagi berhujah sedangkan kita tidak tahu pun di mana kepala di mana ekornya. Lagi bahaya bila kita sebarkan, nak pulak cerita itu hanyalah dusta tak pasal-pasal kita tumpang sebar fitnah dan tak perlu cakaplah apa hukumya kerana semua orang tahu.

Tak kiralah bicara soal apa pun jika perkara tu tak kena di jiwa seseorang tambahan pulak bercerita benda tak betul memang cepat je nak marah. Kita cepat rasa berdebar-debar, mulut rasa ringan nak menjawab tapi hati kata sabar. Biarlah mereka. Jagalah silaturrahim yang ada kerana bila mula bercakap akan ada hati yang teretak, mungkin jugak terguris. Kita berfikir kenapa mereka tidak? Mungkin makcik-makcik je kot rasa macam tu.

Kelakar ada jugak, cerita bab agama meletup-meletup tapi mulut boleh je kata macam-macam kat orang. 'Pakai kopiah pun senget ada hati nak berjihad'. Heran jugak jihad kena pakai kopiah ke? 'Nak jihad gi la Palestin'.


Ada internet ni bagus banyak faedahnya tetapi yang tak bagusnya banyak betul penyelewengan dan salahguna. Banyak fitnah tersebar dengan cepat tak kurang jugak ilmu yang kita dapat. Seinci akan jadi sejengkal, sejengkal akan jadi sekaki, sekaki jadi sehasta yang akhirnya akan jadi berjela-jela dan maknanya pahala atau dosa yang kita bawak akan jadi sebanyak itu jugaklah. Perkara baik menyusun pahala, perkara buruk bilanglah dosa. Dosa dan pahala tak nampak sekarang tapi bila dah tahu menyesal pun sudah tak berguna.

Apa kena mengena tajuk dengan post sebabnya aku memang bertelinga nipis sebab tu jiwa tak kental untuk menjadi ahli politik bertauliah atau pun tak bertauliah. Jadinya serahkan sahaja kepada yang lebih arif dalam bidang mereka tetapi ramai jugak ahli politik segera yang lahir sempena PRU13 ini.

Akhir sekali. Selamat mengundi buat semua. Siapa pun calon pilihan moga-moga mereka celik tanggungjawab. Jangan pulak yang kalah nak buat kacau bilau atau rusuhan. Redha jelah dengan ketentuan Allah terutama sekali buat semua orang Islam jangan berpecah belah kerana parti. Kata Islam. Berpegang pada
'Percaya Pada Qada Dan Qadar'.

No comments:

Post a Comment