Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan,setiap kali
bertukar tahun, pasti soalan menyibuk yang akan ditanya : Apa azam baru kau ?
Sudah menjadi lumrah
atau menjadi ikutan bagi yang belum berkahwin,pasti soalan kegemaran ditanya
: Bila nak kahwin?
Sudah menjadi lumrah
atau menjadi ikutan bagi yang sudah berkahwin pasti soalan menyibuk yang
akan ditanya : Bila nak ada anak?
Sudah menjadi lumrah
atau menjadi ikutan bagi yang sudah beranak seorang pasti soalan menyibuk
yang akan ditanya : Bila nak tambah anak?
Sudah menjadi lumrah
atau menjadi ikutan bagi yang ada anak dara dan teruna pasti soalan
menyibuk yang akan ditanya : Bila nak
menantu?
Sudah menjadi lumrah atau menjadi ikutan bagi yang sudah bermenantu
pasti soalan menyibuk ditanya : Bila nak
dapat cucu?
Sudah menjadi
kebiasaan manusia disekeliling kita akan bertanya soalan-soalan menyibuk yang
kadangkala rasa nak tumbuk je muka orang yang bertanya tu…Zaman sekarang
manusia sudah tidak dapat membezakan antara peribadi dan umum. Mereka sudah
buta membezakan harga maruah seseorang sehingga alpa dengan pertanyaan berbaur
harga diri seseorang (pergh,,,,macam pengkritik). sebenarnya orang prejudis
macam nie kita abaikan je dan biarkan dia dengan soalan menyibuknya.Tapi kalau
dah terlampau ekstrem dengan soalan menyibuknya , sesekali kasi flying kick
hinggap kat kepala dia biar kasi lupa ingatan , confirm dia lupa dengan dunia
soalan menyibuknya.
*Kegembiraan,
Kebahagiaan, Kedukaan, Kesusahan adalah ujian Allah. Sejauh mana kita
mensyukuri nikmat dan rezeki yang dilimpahkan kepada kita. Jangan alpa dan
putus asa kerana disaat inilah syaitan akan menguasai.
*Buat orang dan soalan
menyibuknya : Soalan itu bukan kerja engkau, simpan sahaja soalan itu untuk
diri sendiri dan bersyukur dengan Rahmat yang Allah berikan untuk diri kita
sendiri.
No comments:
Post a Comment