Walaupun PRU 13 sudah berlalu , tetapi pahat masih berbunyi .
Di fb aku saja , penyokong tegar PKR masih tidak berputus asa membongkar segala yang negatif .
Meletakkan segala kesalahan dan yang buruk pada BN .
Kalau perkara itu benar tidak mengapa .
Kesahihannya , Allah saja yang tahu .
Kat atas ni adalah sebahagian daripada contoh .
Hakikatnya , kenaikan harga barang di pasaran dilakukan pihak ke
3 yang menangguk di air yang keroh .
Siapa mereka ?
Dah tentulah penjual , takkan pembeli kot !
Yang pasti kerajaan hanya boleh mengambil tindakan ke atas
barangan yang di bawah kawalan harga seperti gula , tepung , minyak masak ,
ayam dan lainnya .
Menteri berkenaan pun dah melenting .
Ya lah , takkan dia kena pergi semua tempat semata - mata nak
cek harga !
Naik harga tu hak penjual .
Penjual pun ada kesukaran mereka sendiri terutama kos yang
terpaksa ditanggung .
Katalah PKR menang dan mereka tunaikan janji beri gaji minimum
RM 1500 sebulan .
Pembaca rasa harga barang akan naik tak ?
Sudah tentu lah kan !
Penjual pun nak untung juga .
Pada masa tu dah tentu rakyat akan salahkan PKR selaku
memerintah .
Kan sama juga masalahnya ... haishhh.
Tak kira lah dia tu org SPR atau kerani yang terlibat dengan PRU
13 .
Sama ada sabotaj atau sekadar propaganda !
Kalau ada bukti sahih tu tak mengapa ...
Setahu aku, kalau kerajaan nak naikkan harga minyak , perlu
dapat persetujuan kabinet .
Selepas tu mestilah di wartakan kepada rakyat melalui media
cetak dan elektronik .
Bukan boleh suka - suka on / of cam tu jer ...
Cam tu juga kenaikan caj untuk bil api .
Aku kesal sebenarnya dengan mereka nih .
Bukan tak bijak pandai ,
cuma mereka ni hanya boleh berfikir berdasarkan apa yang ada kat depan mereka
dan orang ramai selalu perkatakan .
Kerana PRU 13 jugalah aku dah unfriend beberapa kawan yang
kurang mesra .
Sakit mata lah bila mereka ni secara terbuka kata tak kisah hilang kawan atau dapat lawan .
" Sesapa yang tak suka tu , memang fikiran sempit dan buta mata ... "
Aku harap mereka nih berhentilah daripada menabung dosa .
Aku tak membenci sesiapa .
Cuma rasa lebih aman tanpa melihat status mereka di fb .
Tak de faedahnya pun nak marah - marah dengan kerajaan .
Hakikatnya , anda takkan dapat mengubah apa - apa .
Cuma ada sakit hati jer ...
Seeloknya jernihkanlah yang dah keroh tu .
Terima hakikat segala yang berlaku atas kehendak Allah jua

No comments:
Post a Comment