Mata ku terlekat pada potret wajah
Seakan ada tarikan di situ mengamit
Tapi mata tak betah menatap lama
Terselit segan merona malu
Ku bayangkan segala gerak rasa
Ku cuba tafsir sebalik senyum yang tergambar
Seakan ia terkandung jutaan rahsia
Yang sukar untuk ku ungkai
Penuh misteri..
Aku sayang kamu..
Pertama kali terpandang..
Seakan ada tarikan magnet yang menarik
Aku tak tahu kuasa apakah itu
Tapi yang pasti kamu bisa buat
Denyut nafasku bagaikan terhenti
Kehidupanku ceria selalu...
Hanya kerna ku pahat wajahmu dalam mindaku
Kamu yang aku sayang, ku sentiasa doakan yang
terbaik buat mu..
♥
♥
♥
♥
♥
AZMAN BIN SHAHRUDDIN
Dari :
Isteri yang terlalu menyayangi
T_T
p/s : Terima kasih buat insan yang kini telah merampas hatiku. Kerana membuatkan aku terasa istimewa. Semoga hubungan ini sentiasa dalam cinta Allah. Alhamdulillah...
dan mudah-mudahan
aku menjadi isteri yang terbaik untuk dirimu sehingga ke JannahNya...
INSYAALLAH...♥♥♥
No comments:
Post a Comment