JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, May 31, 2013

Siapa Lelaki? Siapa Perempuan?


Assalamualaikum..

Entry kali ini, sekadar ingin berkongsi suatu situasi yang very common dalam masyarakat kita.. Sebenarnye, kita tidak begitu mengenali siapakah sebenarnya kaum Adam mahupon kaum Hawa.. Mengapa saya berkata begitu? Jom kita baca kisah dibawah ini..


"Sayang, jom malam ni kita makan di luar je la. Kesian awak hari-hari memasakkan". Ajak Si suami yang baru pulang dari tempat kerja. "Eh! abang ni, kan lauk-lauk semalam banyak lagi tu, ha! gulai ikan tenggiri kegemaran abang tu pun ada lagi tau, siapa pula nak menghabiskan tu?". Terang si isteri dengan nada tidak mahu membazir. Bunyinya seakan tidak bersetuju dengan cadangan si suami tadi, tapi tindakannya berlainan sekali. Dia meluru pantas menuju ke bilik dengan penuh taat akan ajakan si suami tadi. Dibelit-belitnya selendang ala-ala "Wardina" di kepala bersiap. Menggeling si suami dengan tindakan isterinya. Faham sangat perangai isterinya itu, membantah dalam setuju rupanya....

Setibanya di gerai mamak yang selalu menjadi tempat kegemaran mereka menjamu selera, datang seorang pelayan ala-ala pelakon Bollywood gayanya mengambil pesanan. Si suami tanpa berfikir panjang, "bang, bagi mee goreng mamak satu, pedas erk.." Tiba-tiba disampuk si isteri, "eh abang ni, asyik 'order' mee goreng mamak je, cuba la 'order' makanan lain pulak, bihun ke, nasi ke, gear box ke. Kan dah selalu sangat makan tu.Tak jemu ke?" Tiba-tiba muka si suami berubah padam. "Laa awak ni, saya tengah lapar ni tau, tak sempat nak fikir menu lain dah. Kalau awak nak makan benda lain order aje la, jangan ikut saya". Terang si suami dengan nada sedikit tinggi, mungkin lapar betul agaknya. Mendengar jawapan itu, si isteri mula menarik muncung 32 inci lantas memesan 'nasi goreng kampung sebelah' untuk dirinya. Suasana yang sekejap tadi harmoni tiba-tiba bertukar menjadi sedikit ribut kecil tetapi cepat-cepat diredakan si isteri tanpa banyak sesi soal jawab lagi.

Sedang mereka berdua menjamu hidangan yang dipesan, si isteri memecah kekusyukan si suami dengan satu soalan mengumpan, "sedap ke mee goreng mamak tu bang?" "Sedap..." ringkas suami menjawab sambil menghabiskan sisa-sisa mee yang ada di pinggannya. Licin... Si isteri yang tadi tidak berpuas hati dengan jawapan pendek lagi padat sisuami mengatur soalan lain bagi menghangat lagi suasana. "Habis abang makan??? Abang tu kalau dah makan, bukannya nak ingat saya kat di sebelah ni...." luah si isteri dengan nada sedikit terkilan. "Laa... awak tak cakap nak rasa mee saya tadi, kalu tak, takde la saya menghabiskan semuanya tadi". Jawab si suami bagi membela diri. Balas isteri, "saya dah cakap tadi, abang tu yang buat-buat tak faham..." "Manalah saya nak faham kalu dah awak cakap macam tu, takpelah kita pesan lagi satu erk, awak makan semua mee tu abang tak mintak pun..." syor si suami dengan niat memujuk...

Suasana romantik malam itu rosak lagi gara-gara masing-masing silap percaturan dalam KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI. Mengapa perkara ini boleh terjadi?

 
Berdasarkan kisah diatas, apa yang kita dapat simpulkan? Apa moral yang kita dapat belajar dari satu slot kehidupan yang lazim kita lakukan???
1- Kebiasaan wanita akan menggunakan bahasa yang tidak terus, berlapik-lapik, maksud terbalik, berkias ataupun terbalik untuk menyampaikan sesuatu. Berbanding lelaki lebih selesa dengan gaya bahasa yang lebih terus, ringkas dan tanpa banyak kiasan-kiasan untuk menyatakan sesuatu perkara. Ketidakfahaman dan ketidakprofesionalan dalam memahami keadaan dan konteks ini akan menjemput suasana yang tidak menyenangkan dikalangan interaksi suami isteri ataupun komunikasi dalam sesebuah perhubungan yang berlainan jantina.

 2- Sifat lelaki yang agak kurang sensitif tentang sesuatu perkara memungkinkan akan berlaku salah faham ataupun terasa hati dikalangan wanita yang sifatnya lebih sensitif tentang sesuatu perkara kerana keterikatan wanita kepada emosi adalah lebih tinggi berbanding lelaki.

3- Lelaki apabila dia memulakan sesuatu percakapan tujuanya adalah sekadar untuk membuat perkongsian semata-mata tanpa mengharapkan respon yang berlebihan berbanding wanita percakapanya adalah tujuan untuk menarik perhatian seseorang khususnya pasangan dan untuk mendapat maklumbalas yang lebih tentang apa yang dikongsikan.

 
 copy paste dari blog sahabatku ;)

 

No comments:

Post a Comment