Kadang-kadang kisah orang lain buatkan kita ikut beremosi sama. Orang lain aku tak tahu. Tapi aku selalunya begitu. Minggu lepas, berkaitan dengan majlis perkahwinan sahabat sekerjaku yang tak kesampaian, airmataku bergenang bila bakal pengantin muat naik lagu sedih tentang cinta yang tak kesampaian di FB pada petang sepatutnya dia bernikah. Aku bersimpati dan ikut bersedih.
Beberapa hari kemudian aku tersentuh bila seorang isteri yang dengan penuh mesra menegur suaminya di FB namun tidak mendapat balasan. Sedangkan si suami jenis yang sangat rajin komen status orang lain. Entah mengapa aku pula terasa berkecil hati. Lebih-lebih lagi bila tahu kemelut yang sedang melanda hubungan mereka. Pada waktu itu tentunya sang isteri sedang cuba mahu memperbaiki hubungan mereka. Tapi mendapat balasan yang dingin pula. Aku bersimpati dan ikut sedih.
Cuaca di luar mendung. Di dalam hatiku juga mendung. Bukan mengenang nasib diri. Tapi mengenang nasib orang lain untuk memuhasabahkan diri yang juga tidak sempurna serta banyak khilafnya. Dengan keadaan cuaca yang mendung, susahnya rasa nak menceriakan hati sendiri. Memikirkan yang indah-indah tetap juga berhati gundah.
No comments:
Post a Comment