Lalu pada ketika saya menulis, saya juga berharap begitu. Pembaca tidak 'sakit kepala' mencari 'apa yang mahu saya sampaikan', tetapi mereka 'sakit kepala', memikirkan dan merenungkan pada mesej yang mereka dapat dan tangkap.
Namun tetap sahaja saya akur, apa yang mahu disampaikan oleh sesetengah penulis bukan pada perkara yang difikirkan, tetapi perkara yang dirasa. Menulis sesuatu yang membuatkan orang merasa jijik, berat dan tiada harapan. Perasaan yang menekan fikiran supaya akhirnya manusia berfikir dalam tidak sedar mereka.
Cuma tetap sahajalah saya percaya, manusia yang mampu berfikir jernih adalah manusia yang sudah ditenangkan perasaannya. Biar fikiran itu yang akhirnya menekan perasaan bagi berbuat itu ini, bukan perasaan yang menekan fikiran, kerana perasaan sentiasa melulu. Lihat sahajalah cinta. Ia perasaan yang akhirnya akan disesalkan oleh fikiran selepas semuanya terjadi.
Apapun, tetaplah menulis dan selamat menulis.
No comments:
Post a Comment