JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, August 16, 2013

..::Pendapat seorang isteri::..


hai, jumpe lagi kita?? kemain kan, hari nie sempat satu entry aku up. harap tak bosan. kerja dah separuh. tapi printer rosak.. jadi marilah kita buat kerja yang tak perlu menggunakan printer iaitu blogger.com. lalalala~

 

3 hari ni kita semua dikejutkan dengan video kakak kena pukul dalam lif tu. honestly aku gigil tengok video tu.., akak tu dah keluar statement. aku tak side mane-mane pun sebab aku sendiri tak tau butir ape yg diorang gaduhkan. sekadar dari pembacaan je. tapi ape yang aku terkilan kan akak tu kena pukul depan anak-anak. sepak terajang bagai. oiiii scary sangat ko tau tak.

 

aku cerita kat miza, dia kata mungkin akak tu dah melampau yang buat lelaki tu buat tindakan luar batasan. ok, serious aku macam tak puas hati dia cakap macam tu. Even kalau akak tu salah sekali pun,lelaki tu takde hak untuk pukul sepak terajang macam tu.


Aku bukanlah selayak nya nak mengupas halal haram memarahi atau memukul isteri ni. kadang aku sendiri tak terlepas bermasam muka dengan suami. Tapi apa lah salah nya sebelum nak marah isteri tu tengok dulu muka isteri, tengok dulu pada diri layakkah dia di marah dan diherdik seteruk-teruk nya. lihat jika ada anak betapa comel nya dia di hadapan kamu bermain, tersenyum ketawa dan lihat kembali apa akan adakah anak dihadapan mu itu tanpa pengorbanan isteri kamu untuk melahirkan dia di dunia dan bermain dengan kamu??

 

Kamu suami, ye kami mengerti akan hebat nya kamu, mencari rezeki menyediakan segala kelengkapan untuk keluarga. Tapi itu belum melayakkan kamu untuk berpaling muka ketika kami si isteri minta pertolongan. Kamu suami, kami tau ketaatan kami kepada kamu. dan kunci syurga buat kami. tapi tahu kah kamu seorang isteri tidak wajib taat kepada suami yang tidak taat akan perintah Maha Pencipta?? Renung balik ke dalam diri, cukup layakkah kamu untuk menghukumi isteri yang dengan sewenang-wenangnya?? Kalau kamu seorang yang panas baran, kaki pukul, naik tangan dan bermulut lepas, apakah yang kamu harapkan dari isteri kamu???

 

Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan juga sebaliknya..

 

Aku bercakap melalui pandangan seorang isteri yang sekadar meluahkan perasaan kecewa terhadap apa yang telah aku tonton, yang telah aku dengar. Ada pelbagai kisah masalah rumahtangga yang pernah sampai kepada ku samada melalui pembacaan mahupun pengalaman kawan-kawan dan perkara tu buat aku sangat terkilan.

 

 

Untuk kita semua, moga rumah tangga kita terpelihara dari segala musibbah dan keburukkan. amin.

Note: Wanita/Isteri tercipta dari tulang rusuk lelaki kerana untuk disayangi. Bukan untuk disepak terajang dengan kaki. Makanya...Sayangilah 'Tulang Rusukmu' wahai LELAKI/SUAMI.

No comments:

Post a Comment