“..Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku..”
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan
Seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri...
Ku ingin kau mengerti
Bahawa hidup ini tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku..”
Dalam kereta pagi tadi terdengar lagu ni. punya sedih. tengah rindu plak tu. :( terus rasa nak nangis. memang ternangis sudah pun.
Sejak di alam sekolah rendah lagi.. Lagu ni sering bermain di corong-corong radio..Sering menjadi siulan rakan-rakan di kelas walaupun masa tu masih tak mengerti lagi makna yang tersirat disebalik lagu itu..
Dan suamiku pernah menyatakan , bait-bait lagu ini ditujukan khas untukku..
suami, rindunyaa.
Ya Allah, permudahkan lah urusan suamiku.
permudahkan segalanya bagi kami.
Amin.
Buat semua yang sudah bergelar isteri.. jadilah isteri yang terbaik.. kerana wanita yang solehah itu lebih baik dari 70 bidadari syurga.. percayalah.. ganjaran Allah itu besar nikmatnya.. pesanan juga buat diri ini.. pengalaman lalu, menjaga hati lelaki yang masih belum ada apa-apa ikatan itu tak sama dengan "LELAKI itu iaitu teman sepanjang hidup = seorang suami".. jaga hati, jaga kehormatan dan menjadi wanita yang taat pada agama dan suaminya.. InsyaAllah...