JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Wednesday, May 30, 2012

TERIMA KASIH......BUAT KAMU~~

Hidup mencari ketenangan yang membawa aku terus bersyukur dengan segala rencana Allah...banyak mengajar aku erti sabar ,kasih sayang ,syukur dan segala yang membangkitkan cintaku pada Yang Maha Esa...membuatkan aku sering merindui untuk bertemu denganNya di sejadah yang indah...

Susunan bait-bait kata ini ku tujukan kepada seorang insan yang istimewa dalam perjalanan hidupku ini...seseorang yang dipertemukan Allah dalam keadaan aku memerlukan teman bicara untuk mencari kekuatanku yang hilang seketika...indah rencanaMu Ya Allah...unik perjalanan yang Kau tetapkan...terima kasih Kamu...


duhai kamu..
terima kasih atas segalanya..
tidak kan jemu aku ucapkan..
perhubungan terbina atas kehendakNya..
diserta petunjukNya...
Kamu..
kehadiranmu sungguh membahagiakan..
kedatanganmu tidak menyusahkan....
hari-hari bersamamu adalah hadiah terindah..
masa-masamu adalah anugerah tidak ternilai..
nasihat-nasihatmu adalah sisipan kekuatanku..
gelak tawamu adalah hiasan bahagia..
senda guraumu adalah lakaran gembira..
tidak jemu bila mendengar kau berbicara..
sering kau buatku tersenyum...
pernah teralir airmata..
bukan kerana benci....
cuma antara hiasan didalam perhubungan ini..
tapi aku tetap bahagia..
kamu..
tidak terluah dek bicara
betapa aku bersyukur ditemukan seseorang sepertimu..
tidak tertulis bait kata-kata
betapa aku bahagia atas kehadiranmu..
mengenalimu membawa aku terus mengejar redha Ilahi..
mengenalimu mengajar aku semakin merindui syurgaNya...
syukur Ya Allah..
maafkan ku jika...
aku ini menyusahkanmu...
aku ini menyakiti hatimu...
kamu..
moga tiada sengketa antara kita..
moga tiada kebencian di hatimu terhadapku..
moga tiada sesalan dihatimu dalam menjadi pendampingku..
pesanku..
jaga dirimu..
jaga kesihatanmu..
jaga imanmu..
jaga solatmu..
dan..
aku menyayangimu kerana Allah....

>>BUATMU......tulus dari hatiku buat dirimu...juga nukilan kenangan buatmu<<

Tuesday, May 29, 2012

BURUK ITULAH YANG BAIK...

Kadang-kadang hidup kita gembira...kadang-kadang hidup kita sedih...resah dan terasa diri kita dipermainkan...tapi semua itulah warna-warna hidup..Allah ingin melihat siapa diantara kita yang benar-benar ikhlas kerana Allah...Kadang-kadang terasa malas melayan orang di sekelilingku...sebabnya mereka hanya selalu melakukan perkara yang membuatkan hati kita terasa... yang terbaik..mendiamkan diri dan tumpukan pada diri kita...tapi..sikap itu akan menjauhkan diri kita dengan orang lain...

Bila kita baik dengan orang ,orang akan ambil kesempatan..bila jauh orang mengata pulak...pelik sungguh manusia sekarang...susah nak mencari yang baik...~hatiku bermonolog~..sampai bila pun tak akan jumpa jawapan...aku melihat orang sekeliling aku...semuanya hanya mencari kepentingan diri sendiri..berdiam diri buat sementara waktu...uruskan diriku buat sementara waktu...

Pelik sungguh aku melihat orang di sekelilingku....orang yang kita lihat baik dari segi luaran...itulah sebenarnya yang sering menjatuhkan kita...tapi orang yang kita lihat tidak baik di mata orang lain itulah sebenarnya yang akan menolong kita bila kita dalam kesusahan...mereka jugaklah yang akan bersungguh-sungguh yang membantu kita dalam kesusahan...mana perginya kawan-kawan atau teman-teman yang dikatakan baik... (baik dari pakaian..ucapan..) dari luaran..dari segi zahir...tiada...semua lesap menghilang....

~itulah dunia....Allah ingin kita menilai yang baik dan yang buruk....ingatlah...tak semestinya yang kita lihat buruk itu buruk...dan tak semestinya yang baik itu baik...nilainya dengan iman bukannya dengan nafsu...dan ilmu kita sendiri....~

Yang paling utama..jaga hubungan kita dengan Allah..dan cuba jadi yang terbaik...tak perlu melihat atau meniru orang lain....Allah akan berikan yang terbaik buat kita...kerana Allah tahu apa yang tersirat mahupun tersurat dalam diri kita...jaga iman kita...jaga kelakuan kita...kita buat kerana Allah bukan kerana manusia....bila kita buat kerana manusia..sampai bila kita rasa tak cukup..tak senang duduk...tapi bila kita buat kerana Allah...hati kita akan senang...

Jom muhasabah diri... selamat beramal....

Friday, May 25, 2012

Bila rindu... :'( balik2 rinduw....


Salam....

Tiada apa yang aku nak cakap.....
Melainkan rasa rindu yang teramat sangat pada seseorang.
Rasa rindu yang tak boleh diungkapkan dengan bicara..
walau aku tahu dia ada..dan dia bisa mendengar jika perkata itu aku luahkan...
Tapi aku tak mampu lakukan semua itu....kaku...

Biar aku sorang je yang tahu tentang hadir nye rasa itu....
Biar aku sorang yang tanggung rasa itu....
Biar aku sorang je hadapi rasa itu..
Biar aku dan Allah saje yang tahu akan indah anugerah rasa itu....

Kerana aku insan lemah..
kerana aku hanya mampu berharap...
kerana aku ingin meluruskan rasa....

Agar rasa rindu itu sentiasa dalam rehda mu Ya-Allah...


p/s Ya Allah sampaikan salam rindu ku pada nyer..sesungguhnyer aku amat merindui MU dan Kekasih Mu....

Thursday, May 24, 2012

MELEPASKAN RINDU


Melepaskan rindu, pada sebuah doa..

Bukan twitter jadi medan,
Bukan facebook jadi tatapan,
Bukan taman jadi tempat pertemuan,

Hanya pada Tuhan keluhan hati dikhabarkan.


P/S : AKU CINTA AKU RINDU ;'( (Entry Jiwang Demam Rindu)

Wednesday, May 23, 2012

mood demam =(

entry dua puluh tiga Mei dua ribu dua belas

takde jiwa nak buat ape-ape...sengsaranye.. hanya tuhan yg tahu..

hidung tersumbat.. macam ada gam.... =(
tekak sakit macam ade luka dalam =(
kepala berat macam ada tong gas... =(
ok ini tanda orang demam rindu!!!

demam oh demam
demam rindu
=(

~ nak cool fever yg lekat kt dahi tu~

P/S: demam & perlukan tido sahaja.. ohhoohhooo..Hidupku dipenuhi ubat-ubatan minggu ini..
Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada hambamu ini menghadapi segala dugaanmu

Tuesday, May 22, 2012

cinta kerana Allah...Barakah...


Sering aku mendengar kata ini “Cinta”,
Bahkan mungkin sejak masih hingusan.
Tapi kata “Cinta kerana Allah”
Aku mendengarnya saat diriku mula berfikir secara matang..
Lalu apa maknanya “Cinta kerana Allah” itu?
Jika sekarang aku mengatakan
“Kekasihku, aku mencintaimu kerana Allah”,
Apa yang membuatmu mempercayai kata-kataku?
Aku rasa bukan kerana aku menuruti semua mahumu
Dan membiarkan kau melakukan apapun yang kau suka bukan?
Bukan… aku rasa bukan itu…
Maka akan aku katakan “Aku mencintaimu kerana Allah”…
Ketika aku menyayangimu kerana akidahmu …
Ketika aku meluruskanmu kerana tak ingin kau berbelok arah …
Ketika aku mendoakanmu tanpa kau tahu …
Ketika aku berlapang dada dengan teguranmu …
Ketika aku tersenyum untuk kebahagiaanmu …
Ketika aku menguatkan saat kau mulai terjatuh …
Ketika aku sekuat tenaga tanpa jemu membantumu ..
Ketika sahutan salam menyapa saat kita bertemu …
Ketika aku begitu cepat melupakan kesalahanmu …
Ketika aku membuka lebar-lebar pintu maaf untukmu …
Ketika aku menjaga rahsiamu …
Dan Ketika kita duduk bersama dan perbicaraan kita selalu tertuju untuk kebaikan …
Jika Allah yang memintaku untuk mencintaimu…
Dan aku melakukannya, dengan izin Allah dan semoga hanya kerana Allah….
Kekasihku, apa kau juga “mencintaiku kerana Allah”?
Maka aku akan selalu berharap…. dan semoga hanya kerana Allah….

Amin.

Friday, May 18, 2012

AKU CINTA KAMU KERANA....

" Cinta yang dibina atas dasar cinta Allah akan menjadikan perkahwinan sebagai taman atau kebun percintaan. Mungkin sekali-sekala bergolak juga, tetapi atas dasar ibadah dan tanggungjawab, cinta dapat dibina semula… terlentur tetapi tidak patah. Genting tetapi tidak putus. Justeru bajailah cinta itu selalu dengan solat, zikir, membaca al-Quran dan sedekah..."


Cinta adalah suatu perasaan yang suci dan indah dan cinta yang tercipta akibat didorong oleh rasa takut kepada ALLAH pastinya akan membawa kebaikan dan kebahagiaan kepada manusia.Dan pastinya, cinta yang sejati dan agung tentunya hanyalah untuk ALLAH swt…kerana Dia satu-satunya Pencipta kita yang maha berhak.


Aku & Dia : Mari bercinta kerana Allah swt...