JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, April 11, 2013

bercInTa saTu ANugeraH yang kita terkadang lupa untuk hargai .


Tulisan di atas pasir dan batu

 
Sekadar ingin berkongsi sebuah kisah tentang sepasang suami isteri yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, pasangan suami isteri ini bertengkar dan si suami mengherdik isterinya dengan kata-kata yang kasar. Si isteri merasa sakit hati. Tanpa kata-kata dia menulis di atas pasir:

"HARI INI SUAMIKU MENYAKITI HATIKU"
Mereka terus berjalan. Kemudian, mereka berjumpa sebuah tasik dan mereka berenang bersama. Tiba-tiba si isteri nyaris lemas dan diselamatkan oleh si suami. Kemudian, si isteri menulis di sebuah batu:

"HARI INI SUAMIKU YANG BAIK MENYELAMATKAN NYAWAKU"

Si suami bertanya, "kenapa setelah saya melukai hatimu, kamu menulis di atas pasir dan sekarang kamu menulis di atas batu?"

Si isteri sambil tersenyum, menjawab "ketika perkara buruk berlaku, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin kemaafan datang dan menghapuskan tulisan itu dan saya boleh melupakannya... dan apabila sesuatu perkara yang baik, saya harus memahatkannya di atas batu agar ianya tidak akan hilang apabila angin bertiup dan saya akan mengingatinya sampai bila-bila..

 so sweet :)

Kelebihan Zikir Hasbi Rabbi



Kita wajib menanamkan sifat yakin terhadap Allah S.W.T.. Zikir ini dapat memantapkan lagi keyakinan kita pada Allah serta ingatan kita pada NYA..

 
Jika anda semua berasa rindu akan seseorang, lafazkan lah dan baca lah zikir ini supaya hati anda rasa tenang dan sentiasa ingat pada Allah dan gantikan lah rindu itu kepada rindu Yang Maha Esa lagi baik...

 
Jika anda dapat mengerti setiap ayat dalam zikir itu adalah lebih baik kerana setiap maksud di dalam zikir ini, sangat baik dan kita hanya berserah pada Allah... Sama-samalah kita mendengar dan sentiasa menjadikan zikir harian kita..

Gigil

. U know.

hati tak sedap

mood tu rasa macam tak best

sedikit muram. i need motivation..gigil sikit macam ketagihan.

I need to buy a new shoe / heels/ seliparjepun or any footwear

Last i beli pun adalah bulan november 2012

lama tu !! maknanya dah lebih 4 bulan tau ! patutlah gigil.

Takde motivasi la takde selipar baru

sedih la nak bawak diri .. bye.



Wednesday, April 10, 2013

Terlalu Banyak Berfikir

Setiap malam sebelum tidur, aku mesti duduk, baring, termenung dan kemudian berfikir. Bukan sebulan sekali, bukan seminggu sekali. Setiap hari. Aku ulang, setiap hari.

Banyak benda yang mengganggu fikiran sekarang ini. Pasal benda ini, pasal benda itu. Yang ini masih tak selesai, yang itu sukar untuk diselesaikan, yang baru pula masih tiada jawapan. Samar-samar.

Itu baru sikit.
Ada banyak lagi.

Belum masuk tentang apa yang akan terjadi pada yang ini? Apa pengakhiran bagi yang itu? Yang baru ditambah lagi? Haihh.

Mengeluh, sampai berpeluh-peluh.

Hari-hari, pasti ada benda yang terjadi yang membuatkan aku berfikir, berfikir dan terus berfikir. Memang orang kata berfikir itu bagus untuk otak, kerana ia mengasah dan mencerdaskan otak supaya sentiasa bekerja. Kalau tidak menggunakan otak, lama-lama otak akan menjadi lambat.

Kalau terlebih guna bagaimana pula? Kulit berkedut, haid tidak menentu, mengalami sentakan kaki atau tangan ketika tidur dan menjejaskan kesihatan.

Arghhhhhhh!!! *jerit sekuat hati*

Sekuat mana kau jerit pun, benda tak akan berubah. Benda tak akan selesai. Kau kena cari jalan dan jawapan untuk menyelesaikan kesemuanya. Kau kena tenang untuk menyelesaikan masalah satu persatu.

Tak ada permasalahan yang tak ada jalan penyelesaian. Pegang kata-kata itu!


 

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SiHAT

Assalamualaikum w.b.t and hello :)

Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan ikhlas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafazkan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.


Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian.Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.
the end.

Tuesday, April 9, 2013

shukran/ thank you/ terima kasih

after i wrote the past post, i started reading my older posts and realized that, there are some people visited my blog and read them. thanks for having interest to visit my blog regardless you read them or not. i know my blog is nothing. haha!

THANK YOU!