JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, April 9, 2012

REDHA ILAHI

Ku akui diri ini dahulu seorang yang berkira-kira dalam menentukan pasangan . Kini aku bukanlah seorang wanita yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud dimana-mana. Tetapi, aku juga mempunyai keinginan yang bakal dinobat sebagai ahli syurga dan ada lelaki memimpinku ke arah tuju yang satu.

Tidak perlu engkau memiliki wajah setampan Nabi Yusof a.s yang mampu membuatku terpikat. Andainya engkau jodohku yang tertulis di luh mahfuz, Allah pasti akan mencampakkkan rasa kasih sayang didalam hatiku, jua hatimu. Itu janji Allah.

Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu dan seluruhnya pada mencari redha Ilahi. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangatmu, menghulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah. Itu impianku.

Aku tidak mengharapkan engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di Syurga.

Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapaku dahulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan aku dan kau lupa tanggungjawab kepadaNya. Biarlah kita hidup dibawah jaminan Allah. Itu lebih bermakna bagiku..

Saturday, March 31, 2012

~SAYA TAHU SAYA TIDAK CANTIK~

Saya tahu saya tidak cantik..Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan...

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu..saya tidak cantik pada pandangan manusia..Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar..Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..


p/s : saya tau saya tak lawa...:(
moral of the story..setiap yang Allah cipta tu ada hikmahnya..:)
Biar muka tak cun..Tapi perangai biar cun.

sedikit perkongsian

::soalan::
Ustaz, saya nie TAK MENUTUP AURAT. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung?Saya kata saya taknak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?

::Ustaz Azhar Idrus::
BERTUDUNGlah walau TERPAKSA. SOLATlah walau TERPAKSA. PUASAlah walau TERPAKSA. Kerana KEWAJIPAN itu sifatnya TERPAKSA. Dari keterpaksaan itu, perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan akhirnya HATI kita menjadi IKHLAS keranaNYA.

Kalau nak tunggu ikhlas,sampai bila nak tunggu baru nak beribadat?

*Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan,kalau tak suap, ia tak masuk kedalam mulut..>_<

P/S : cuma orang sekarang sempitkan kepala dengan hukum ALLAH sebab TAK NAK BUAT. Itu je. Sebab tak nak buat.. Paling famous jawapannya..Hati Belum Terbuka Lagi.

Thursday, March 29, 2012

i think i fall in love. again???

Dear awak,
Kenapa saya tangkap LOVE dengan awak?
Sebab..
awak suka sakat saya sampai saya majok ngan awak,
takmo kawan awak dalam masa 2 minit ;p (memain jer),
lagi saya tak suka , lagi awak suka sakat


Dear awak,
saya tak tahu apa feeling saya kat awak..
yang saya tahu saya anggap awak lebih dari seorang kawan
sebab saya takmo hilang awak
nanti saya sakit hati
siapa susah?
awak jugaaaaaak!

Dear awak,
tapi saya tahu tu semua tak boleh jadi kenyataan
awak lelaki saya perempuan
kita kena ingat kalau kita berdua, sang syaitan yang ketiga
muslim dan muslimah kena menjaga batas-batas pergaulan
supaya orang lain tidak menabur fitnah kat kita juga keluarga
kalau kita difitnah, macam mana saya nak kawen dengan awak? (statement gatai =.=')

Dear awak,
saya harap sangat awak yang diatas adalah future husband saya
sebab saya dah biasa dengan gurauan awak
sebab awak ada apa yang saya takde
sebab otak awak gila-gila macam orang gila


Dear future husband,
sila sayangi saya kerana agama kita
sila bimbing saya jika ada kekurangan
sila tunjukkan saya jalan kalau saya tiada di landasan yang diredhai-Nya
sila lindungi saya sebagaimana hawa dilindungi oleh adamnya...


P/S :.. Thank you for coming by into my life.

Monday, March 26, 2012

'Jarak ini menjaga aku dan dia’......InsyaAllah

Semua insan dalam dunia ini pasti pernah merasai perasaan itu. Perasaan yang tidak asing lagi dalam jiwa kita sebagai manusia. Perasaan yang kadangkala hadirnya tanpa kita duga atau kita paksa. Memang sudah menjadi fitrah kita sebagai manusia untuk merasai perasaan itu. Cuma mungkin bagaimana perasaan itu hadir dalam diri kita berbeza bagi setiap individu.
‘Dalam diam, perasaan itu hadir di hatiku’




Biarlah ‘JARAK’ ini menjadi penjaga bagi aku dan dia. Aku yakin dengan rencana yang telah tertulis untukku. Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami, sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.



Kini aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku. Tetapi ‘JARAK’ ini untuk menjaga aku dan dia. Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk memperbaiki cinta kepada Illahi.Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk mencintai Pencipta kami lebih dari segalanya. Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi. Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.

"Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia. ">"Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"

Aku sedar, aku insan yang masih rapuh.Kadangkala hatiku goyah melihat keadaan sekeliling yang menekanku. Jika tidak kerana JARAK ini,mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia. Iman ku akan goyah saat terpandang wajahnya. Hatiku akan bertambah rindu saat mendengar suaranya. Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku. Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah. Moga di akhir JARAK ini, Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia



Friday, March 23, 2012

"Istikharah Cinta"



Bersaksi cinta diatas cinta
Dalam alunan tasbih ku ini
Menerka hati yang tersembunyi
Berteman dimalam sunyi penuh do'a

Sebut nama MU terukir merdu
Tertulis dalam sajadah cinta
Tetapkan pilihan sebagai teman
Kekal abadi hingga akhir zaman

Istikharah cinta memanggilku
Memohon petunjukMU
satu nama teman setia
Naluriku berkata

Dipenantian luahan rasa
Teguh satu pilihan
Pemenuh separuh nafasku
Dalam mahabbah rindu

diistikharah cinta...



Allahuakbar!segalanya dalam "tanganNYA"Cuma ingat!istikharah bukan hanya untuk hal jodoh,tapi juga untuk perkara yang lain.Allahua'lam!

mainan perasaan

Susah nak di jangka sama ada perasaan yang mengawal kita atau kita yang kawal perasaan..Semoga segala mainan perasaan yang datang akan pergi tanpa meninggalkan sebarang cela walau sebesar titik noktah ini.


P/S: Hati berkata-kata ..tapi tak mampu bersuara tanpa jari-jemari...Terima kasih pada keluhuran hati dan keikhlasan jari jemari