JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, January 21, 2013

Wanita Hari Ini : Pasangan Cakap Lepas

Aku suka tengok Wanita Hari Ini Tv3 .. nak bercerita sikit tentang topik perbincangan hari tu berkenaan " Asam Garam " rumah tangga .. so banyak cerita tentang hal rumah tangga .. banyak bagi info berguna .. macam-macam cerita .. kita yang belum berumah tangga ni , belajar dari cerita mereka yang dah berumah tangga .. perkahwinan tu banyak cerita nya , tak semestinya bahagia itu sentiasa milik kita bersama pasangan kita .. sama-sama bersedia hadapi ujian dan dugaan rumah tangga .. semoga kita sama-sama kuat dan sabar hadapi dugaan akan datang .. InsyaAllah .. Amin ..

Tajuk nya adalah " pasangan cakap lepas " .. ada beberapa situasi .. tak dapat nak ambil banyak info , sebab sebenarnya pasal aku curik-curik tengok sambil buat kerja lain .. aku sendiri tak dapat fokus nak tengok tv .. huhuhu .. tapi sedikit info yang aku dapat ..


Kenapa seseorang tu cakap main lepas .. kerana ..

1) keadaan emosi nya mungkin mempengaruhi ..
2) pengaruh family dan cara didikan
3) orang yang suka maki hamun ni , mungkin juga tak jaga solat

biasanya perempuan kalau terlepas cakap , dia mudah nak minta maaf .. tapi berbeza dengan lelaki susah nak minta maaf lepas terlepas cakap

situasi 1
suami suka cakap lepas .. isteri diam jek .. tapi suami terbiasa cakap lepas , sampai tak menjaga hati isteri . Depan orang lain dan depan anak-anak pun cakap lepas .. isteri malu ..


bagaimana cara isteri nak menghadapi masalah suami :
- sabar
- redha
- mungkin suami minta dipuji
- mungkin hubungan seks tidak cukup


situasi 2
27 tahun , mengahwini suami atas dasar suka sama suka . Suami yang mulanya masa bercinta seorang yang sopan santun dan berlemah lembut . tapi lepas kahwin menjadi seorang yang cepat marah ,baran dan suka cakap lepas . keluarga mertua datang , isteri masak tak sedap , kena marah depan family . isteri mungkin seorang yang biasa , pastu suka merendah-rendahkan isteri tak cantik . isteri tegur tapi suami still buat lagi ibarat mencurah air ke daun keladi ..


kesan terhadap diri dan anak-anak :
- anak akan sedih bila ibu bapa gaduh
- anak akan mula benci kepada ayah
- anak kurang hormat dengan ayah .
- peribadi buruk si ayah mungkin akan mempengaruhi anak sebab apa yang dia lihat akan masuk terus ke minda .


*** " terlajak perahu boleh diundur , terlajak kata buruk padahnya " .. so kadang-kadang mungkin tak sengaja , tapi kita kenal kawal diri kita . Jangan main nak lempar kata-kata yang kesat jika marah pada pasangan kita .. sebab ia akan memberi kesan kepada pasangan kita , kesannya pada hati dan perasaan mereka .. sikit mungkin memberi luka pada hatinya .. so sama-sama jaga lisan , supaya tidak membiarkan marah menguasai diri .. sehingga memudharatkan diri sendiri dan orang lain .. ubat yang terbaik selepas buat salah , adalah minta maaf .. mungkin dapat menyejukkan hati pasangan .. dan berusaha keras supaya tak ulang kesilapan itu lagi ..

p/s : Untuk renungan kita bersama.Yang buruk tu datang dari diri kita sendiri.Dan yang baik itu semua dari Allah

Friday, January 18, 2013

i will be right here waiting for u :)


macam biasa, kehidupan terus berlalu. sama macam angin. lately busy sangat.
ye lah nama pun keje :)tapi ada la jugak teringat kat dia. rindulah kat awak
tak payah mention name pun awak dah tahu an :)
iloveu :)

balik pun agak lewat sekarang nie.makan pun tak menentu.
hmm. keje punya pasal an. penat tapi tak pe, rezeki...
awak, saya sentiasa ada di sisi awak.
ingat tuh.

BUDAYA Listen!! Listen!! Listen!!


Heboh sudah sekarang dengan perkataan LISTEN! LISTEN! LISTEN! Kat tempat keje aku nie, Dalam lab dengar perkataan LISTEN! .Dekat office dengar orang cakap LISTEN! Keluar company pun masih lagi dengar perkataan LISTEN! Dalam bercakap? Sudah semestinyalah. Naik pening aku dibuatnya. Arghhh!

Sekarang ni boleh dikatakan kat twitter, facebook, youtube dan banyak lagi ruangan social media yang lain duk mainkan isu listen. Mula-mula aku pun tak paham dan buat-buat tak nak paham, tapi sebab ia dah jadi viral, mulalah aku nak ambil peduli. Melalui listen, aku temui pelbagai keyword lain

Ramai yang sudah tahu akan apa yang dimaksudkan dengan LISTEN! Well, itu adalah perkataan yang popular di kalangan masyarakat sekarang. Lebih-lebih lagi di kalangan mahasiswa. Ini semua berpunca daripada perbualan atau forum suara mahasiswa di antara Bawani dan Sharifah Zohra.


Sapa dah tengok video kontroversi ini? Sebuah forum bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan politik?' telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 8 Disember 2012 yang lalu. Oleh itu, ada satu pelajar wanita berbangsa India tampil dengan beraninya dan menyoalkan beberapa perkara sensitif dan panas (issue boring dah sebenarnya bagi aku) iaitu tentang pendidikan percuma dan PTPTN..

Pendapat aku... adalah tidak menghormati , tidak matang dan tidak professional untuk sharifah zohra menarik mikrofon dan menyekat apa yang ingin disampaikan lagi oleh Bawani... malah, apa yang disampaikan juga......bagi aku.... ermm... satu je aku nak jawab... "saya rasa anda perlu sekolah balik laa wahai sharifah zohra jabeen..."

walaupun aku tak suka dengan cara sharifah zohra jabeen, tak bermakna aku setuju dengan apa yang Bawani lakukan...

bagi aku Bawani juga ada silapnya...cara bercakap, kalau kita nak orang hormat kita, percakapan kita juga haruslah dijaga.. cakap tu, jangan ler macam nak ajak bergaduh.. tinggi bebenor suara.. macam terjerit...

aku faham, darah orang muda laa katakan.. cepat panas, cepat memberontak...


Bawani ada tanya pasal pendidikan free kan??

ermm..dik... kalau semua nak free.... sape yang nak bayar gaji tenaga pengajar? sape nak tanggung semua kos belajar? kos bil, dll... bayar pakai pasir ke dik..


Pendirian aku di sini, aku masih tidak menyokong pendidikan percuma. Bagi aku, cara itu tidak lestari/sustainable. Macam mana makin kaya dan makin maju pun ekonomi negara kita, pendidikan percuma kepada semua adalah tidak sustainable. Melainkan kepada mereka yang betul-betul layak dan berusaha keras untuk mendapatkan pendidikan percuma iaitu untuk pelajar yang sangat sangat pandai dan boleh jadi aset kepada negara sampai negara kita sponsor pergi belajar kat luar negara.

Sekarang ni, korang belajar pakai duit PTPTN (duit pinjaman) pun, ada yang belajar sambil lewa. Tak amanah pada diri sendiri. Belajar main-main. Kena extend sampai 60 semester. Tukar course sampai 565 kali. Duit PTPTN pakai buat beli pil hormon dan beli hp baru. Hakikat...korang datang belajar ni semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah saja.

Dan kepada korang-korang yang tak bayar lagi hutang PTPTN, jangan la duk salahkan kerajaan semata-mata. Janganla pula menyalahkan pihak PTPTN yang tidak memberikan kerjasama yang baik kepada kita yang berhutang. Takpe....susah susah macam mana pun....pergilah bayar sebulan RM50. Anggaplah ini satu ibadah kita. Pengorbanan yang kita nak buat untuk mendapatkan ilmu yang tulus.

Mintak maaflah kalau aku cakap ni ada silap dan salah. So, point aku kat sini....janganlah jadi orang yang lalang dan merosakkan negara sendiri.


p/s: Saya rasa sedih......dunia ohh dunia.

Thursday, January 17, 2013

jika aku pilihanmu

Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Pimpinlah aku menuju redhaNya,
Bukan membuka jalan untukku,
Melangkah ke neraka.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Tutuplah matamu memandangku kerana rupa, harta dan kelebihanku,
Pandanglah aku dengan kekuranganku,
Nilai kembali niatmu,
Masihkah kau sanggup menghadapi segala kelemahanku.
Jika kau pilih aku,
Sebagai permaisuri hati,
Aku mohon agar kau sandarkan niatmu,
Kepada yg menentukan,
Aku pinta agar kau sentiasa dalam istikharah,
Agar kita kan bisa menemukan insan yg tepat,
Bukan sekadar menjadi bahan ujian sementara.
Jika kau pilih aku,
Menjadi permaisuri hati,
Ketahuilah,
Tidak ku pinta kemewahan dunia,
Tidak ku mahu kaya harta,
Tetapi aku minta,
Jadikan aku suri yang bisa mendapatkan istana di akhirat sana,
Berikan aku jaminan,
Untuk bersamamu lagi sesudah mati dalam redhaNya.
Jika kau pilih aku,
Dan jika Allah mengizinkan aku memilihmu,
Ketahui la,
Aku akan memilihmu keranaNya.
Saat itu ialah apabila aku tahu,
Kenapa kau memilih aku,
Jawapannya ialah “Kau memilih aku kerana Dia”


Hati ini mudah tergoda nafsu, sering terikut kehendak melulu. Terkadang risauku pencarianku bertemu buntu dan bimbangku jua akan aku turut terkeliru, jika suatu masa nanti di hadapan ku dua simpang yang berbeza tuju. Takut-takut yang ku pilih adalah mengikut pujukan syaitan yang merayu. Khuatir ku pilih bukan yang didasari iman yang padu.


Ya Allah,tutuplah mata ini dari memandang seseorang kerana dunia yang ada padanya. Biarkan mata hatiku berbicara tatkala insan yang Kau reda dan yang ku tunggu sudah tiba~

Coming soon

*********************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************************


************************Coming soon**************************
***************************** =)******************************

Alhamdulillah…fully bertudung

Syukur Alhamdulillah..selama ni orang selalu duk kata dia pasal imej bertudungnya kan..rupanya niat Dato Siti nak bertudung sepenuhnya apabila umurnya genap 34 tahun pada 11 January 2013..


siti lebih muda dari usia apabila mengenakan tudung sepenuhnya



Sempena hari jadinya yang ke 34 , Siti kelihatan semakin ayu dan cantik apabila mengenakan tudung litup.Sejuk mata memandang..Baguslah Siti, kerana Siti merupakan idola dan pastinya menjadi ikutan ramai selepas ini, mudah-mudahan ye..:))


p/s: moga makin ramai lagi golongan artis yang meneruskan niat berhijab ini...Amin :)

Wednesday, January 16, 2013

bila suami merajuk

Suatu hari sang suami merajuk Malam , di bilik tidur..

Isteri: abg....

Suami: ....(tanpa suara) dan terus membelakangi isterinya..

Isteri: abg,syg minta maaf..syg tak bermaksud nak kecilkan hati abg...

Suami: .......(masih diam) dan keluar dari bilik..

Isteri: abg, nak pergi mana..syg nak ikut..(dan terus berlari , terus dptkan pinggang suami dan peluk
kuat) abg,syg minta maaf..jgn la mcm nie..nnti cepat tua kalau marahII..

Suami: ye,xpe la syg. Abg tak marah..pergi la tido.

Isteri: syg minta maaf,kalau ada salah dan silap hrinie dgn abg, abg xnak tido sama?

Suami: nnti abg masuk tido..tau la abg jln kt bilik tu..

Isteri: ok..ermm...abg tak nak maafkn syg??

Suami: lain kali la..xde mood..

Isteri: kenapa lain kali..abg, xnk redhakn syg?

Suami: redha untuk apa?

Isteri: abg, kalau abg xnak maafkan syg,.Allah xnak terima syg masuk syurga..kalau abg x nak redhakan syg, kita xkan jumpa kt syurga bang...(sambil tepis airmata yg jatuh kt pipi)


Suami: eh..kenapa menangis plk syg abg nie....abg gurau je..nak manja dgn syg la..syg, abg nak syg tau..kalau syg tak buat salah ke,tak minta redha abg pun..abg sentiasa maaf dan redhakan syg..abg sentiasa ikhlas...

Isteri: (sambil peluk suami) terima kasih abg,.Syg beruntung dpt suami mcm abg..

Suami: dah la, jom tido..dah lewat mlm...♥♥

Isteri: syg abg , syg abg kerana Allah..

Suami: abg pun...dah pi tutup lampu ok! :D


♥ P/s: isteri nak pintu syurga, kena la minta dgn suami....keredhan suami itu adalah kunci syurga..bersayangII,berkasihII..sesungguhnya Allah sukakan kepada rumahtangga yg aman.. ♥

copy and paste from fb bercinta selepas nikah..
=)