JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, January 18, 2013

BUDAYA Listen!! Listen!! Listen!!


Heboh sudah sekarang dengan perkataan LISTEN! LISTEN! LISTEN! Kat tempat keje aku nie, Dalam lab dengar perkataan LISTEN! .Dekat office dengar orang cakap LISTEN! Keluar company pun masih lagi dengar perkataan LISTEN! Dalam bercakap? Sudah semestinyalah. Naik pening aku dibuatnya. Arghhh!

Sekarang ni boleh dikatakan kat twitter, facebook, youtube dan banyak lagi ruangan social media yang lain duk mainkan isu listen. Mula-mula aku pun tak paham dan buat-buat tak nak paham, tapi sebab ia dah jadi viral, mulalah aku nak ambil peduli. Melalui listen, aku temui pelbagai keyword lain

Ramai yang sudah tahu akan apa yang dimaksudkan dengan LISTEN! Well, itu adalah perkataan yang popular di kalangan masyarakat sekarang. Lebih-lebih lagi di kalangan mahasiswa. Ini semua berpunca daripada perbualan atau forum suara mahasiswa di antara Bawani dan Sharifah Zohra.


Sapa dah tengok video kontroversi ini? Sebuah forum bertajuk "Seiringkah mahasiswa dan politik?' telah diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, Kedah pada 8 Disember 2012 yang lalu. Oleh itu, ada satu pelajar wanita berbangsa India tampil dengan beraninya dan menyoalkan beberapa perkara sensitif dan panas (issue boring dah sebenarnya bagi aku) iaitu tentang pendidikan percuma dan PTPTN..

Pendapat aku... adalah tidak menghormati , tidak matang dan tidak professional untuk sharifah zohra menarik mikrofon dan menyekat apa yang ingin disampaikan lagi oleh Bawani... malah, apa yang disampaikan juga......bagi aku.... ermm... satu je aku nak jawab... "saya rasa anda perlu sekolah balik laa wahai sharifah zohra jabeen..."

walaupun aku tak suka dengan cara sharifah zohra jabeen, tak bermakna aku setuju dengan apa yang Bawani lakukan...

bagi aku Bawani juga ada silapnya...cara bercakap, kalau kita nak orang hormat kita, percakapan kita juga haruslah dijaga.. cakap tu, jangan ler macam nak ajak bergaduh.. tinggi bebenor suara.. macam terjerit...

aku faham, darah orang muda laa katakan.. cepat panas, cepat memberontak...


Bawani ada tanya pasal pendidikan free kan??

ermm..dik... kalau semua nak free.... sape yang nak bayar gaji tenaga pengajar? sape nak tanggung semua kos belajar? kos bil, dll... bayar pakai pasir ke dik..


Pendirian aku di sini, aku masih tidak menyokong pendidikan percuma. Bagi aku, cara itu tidak lestari/sustainable. Macam mana makin kaya dan makin maju pun ekonomi negara kita, pendidikan percuma kepada semua adalah tidak sustainable. Melainkan kepada mereka yang betul-betul layak dan berusaha keras untuk mendapatkan pendidikan percuma iaitu untuk pelajar yang sangat sangat pandai dan boleh jadi aset kepada negara sampai negara kita sponsor pergi belajar kat luar negara.

Sekarang ni, korang belajar pakai duit PTPTN (duit pinjaman) pun, ada yang belajar sambil lewa. Tak amanah pada diri sendiri. Belajar main-main. Kena extend sampai 60 semester. Tukar course sampai 565 kali. Duit PTPTN pakai buat beli pil hormon dan beli hp baru. Hakikat...korang datang belajar ni semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah saja.

Dan kepada korang-korang yang tak bayar lagi hutang PTPTN, jangan la duk salahkan kerajaan semata-mata. Janganla pula menyalahkan pihak PTPTN yang tidak memberikan kerjasama yang baik kepada kita yang berhutang. Takpe....susah susah macam mana pun....pergilah bayar sebulan RM50. Anggaplah ini satu ibadah kita. Pengorbanan yang kita nak buat untuk mendapatkan ilmu yang tulus.

Mintak maaflah kalau aku cakap ni ada silap dan salah. So, point aku kat sini....janganlah jadi orang yang lalang dan merosakkan negara sendiri.


p/s: Saya rasa sedih......dunia ohh dunia.

No comments:

Post a Comment