JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, January 3, 2013

Label me?

Assalammualaikum.

Kadang-kadang saya tertanya-tanya bagaimana readers blog( * macam ramai je baca blog dia. perasan *) saya boleh suka dengan cara saya menaip dan semua olahan ayat saya di sini. Sampai ada yang kata sedih(* ok tipu, mereka kata bila mereka baca entri yang lama-lama hingga yang sekarang mereka sedih, seperti mereka masuk dalam dunia saya). maaf saya memang suka menulis di alam maya guna hati, baru awak-awak semua tahu apa yang saya rasa. serius saya terharu. Cara penulisan saya sebenarnya dah banyak berubah. dari tahun ke tahun. sebab saya menulis ikut mood dan situasi. tak semua entri di sini berkaitan dengan diri saya. kadang-kadang saya menulis tentang keluarga, kawan-kawan, dan entri yang boleh dijadikan tauladan termasuklah bab "copy & paste" from FB. saya suka kalau saya menulis, orang suka. kalau yang tak suka, saya minta maaf. nak buat macam mana kan. ni blog saya. bukan blog awak. hahahahaa. Ramai readers kata itu ini yang membaca secara sembunyi sembunyi pun ada ( silent reader = pembaca senyap ). hehehe. saya terharu. bila sekarang semua orang sudah tinggalkan dunia blog. saya pula semakin rancak menulis di sini. ya saya suka. sejak dulu lagi. biarlah tiada yang baca pun. memang minat saya begini. terima kasih readers semua :) saya sayang awak semua kerana Allah.


'don't judge a blogger by it's writing'

if you ask : ' which post is about me?
i'll say : any word you want, is yours :)

maaf la kalau kamu kata saya palsu, hanya baik pada penulisan tidak pada zahirnya,
tetapi siapa kamu untuk menghukum? kalau kamu rasa kamu hebat dari saya, boleh kamu jadi setabah saya? boleh? tepuk dada tanya iman.

post benda baik pun kena herdik, post benda jahat lagi di herdik.
mana satu ni?
tanya lah diri sendiri sebelum mulut lancang menghukum seseorang.
wallahhualam :)

p/s : saya minta maaf , saya perasan bahawa penggunaan kata nama'aku' dan kadang-kadang guna 'saya' . muahahahaha. ikut keselesaan la :D

Nurbayah Amirruddin. semoga ALLAH rahmati kamu.

No comments:

Post a Comment