Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses MENJADI bukan MENCARI.
JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .
Wednesday, July 3, 2013
Thursday, June 27, 2013
Dasar buaya tembaga~
Hebatnya
lelaki tu.
3 tahun bercinta.
tup-tup kawin dengan pompuan lain.
atas alasan hubungan tak direstui oleh keluarga.
padahal kawin dengan rakan sekerja.
girl! u masih tak nampak ka mainan dia??
dan sekarang u kata dia mangsa keadaan??
oh please la.
3 tahun dengan u, bawak jumpa family pun tidak.
tau tak sebab apa??? sebab dia bawak jumpa family dia ialah pompuan lain..
3 tahun dengan u, discuss pasal kawen pun tak pernah
tau tak sebab apa?? sebab dia discuss dengan pompuan lain.
girl, u tau tak, itu la pompuan yang dia usung kemana-mana. itu la pompuan yang dia bawak ke majlis-majlis. itu la pompuan yang dia kenalkan dengan kawan-kawan.
u??? i tak tahu dia jadikan u apa. bila dia dah rancang nak kawen dengan pompuan tu, dia cakap kat u, family dia tak bleh terima u sebab tak sama bangsa. u tau tak pompuan yg dia kawen tu pun bukan sama bangsa dia..??
girl, please bukak mata u. dia tidak la baik mana. please stop pretending yang u tak rasa apa sebelum ni.
3 tahun bercinta.
tup-tup kawin dengan pompuan lain.
atas alasan hubungan tak direstui oleh keluarga.
padahal kawin dengan rakan sekerja.
girl! u masih tak nampak ka mainan dia??
dan sekarang u kata dia mangsa keadaan??
oh please la.
3 tahun dengan u, bawak jumpa family pun tidak.
tau tak sebab apa??? sebab dia bawak jumpa family dia ialah pompuan lain..
3 tahun dengan u, discuss pasal kawen pun tak pernah
tau tak sebab apa?? sebab dia discuss dengan pompuan lain.
girl, u tau tak, itu la pompuan yang dia usung kemana-mana. itu la pompuan yang dia bawak ke majlis-majlis. itu la pompuan yang dia kenalkan dengan kawan-kawan.
u??? i tak tahu dia jadikan u apa. bila dia dah rancang nak kawen dengan pompuan tu, dia cakap kat u, family dia tak bleh terima u sebab tak sama bangsa. u tau tak pompuan yg dia kawen tu pun bukan sama bangsa dia..??
girl, please bukak mata u. dia tidak la baik mana. please stop pretending yang u tak rasa apa sebelum ni.
Wednesday, June 26, 2013
Jalan cerita kita sama
Assalamualaikum.
Awak,
Awak sangat berharap !
Err... saye hancurkan harapan tu ke?
Maaf ~
Jabat erat jemari.
Maafkan
saye.
Saye
doakan awak bahagia.
Awak,
Hati tu raja
Jangan biar ia mati
Andai ada dendam,
Masih ada sayang tersisa
Mengintai niat...
Moga-moga ikhlas.
Sekali lagi,
Maaf, maaf dan maaf.
Senyumlah.
Walau hati awak perit infiniti !
Tiada siapa suka perit itu.
Saye juga.
Mengenali awak,
Saye dapat lebih dari ape yang saye perlukan.
Awak,
Lupakan yang dulu
Binalah yang baru
Kembalikan
ketenangan yang hilang
Ape pun terjadi,
Berjalanlah tanpa henti
Sekali
lagi,
Saye doakan awak bahagia
Kerana
apa?
Kerana awak berhak untuk bahagia
Kerana jalan cerita kita sama !
notakaki : dari
saye, seorang perempuan. untuk awak, juga seorang perempuan (':
Wanita yang dihormati itu lebih baik
Assalamualaikum
Fikir-fikirkan dan
renung-renungkan apa yang tersirat dan tersurat. Semoga kita menjadi wanita
yang dihormati oleh kaum lelaki.
Selamat Tengah Hari.
Monday, June 24, 2013
Sabar Itu Indah
Kadang-kadang saya pelik. Kenapa bila kita - saya
cuba untuk melakukan yang terbaik, jarang dihargai. Dan dalam masa yang sama,
hati kecil saya menjawab ; Kenapa perlu rasa pelik, sedang kebaikan dan usaha
murni para Nabi dipandang enteng, inikan pula Nurbayah, sekadar manusia kerdil
yang kerap melakukan dosa.
Saya meletakkan kesalahan atas rasa tidak senang itu pada diri saya sendiri. Saya pujuk untuk tidak menyalahkan sesiapa. Saya pujuk hati untuk reda dan menganggap tidak ada apa-apa yang berlaku. Dan nampaknya saya diuji dengan kesabaran yang satu itu.
Baiklah. Saya sudah menangis. Saya sudah beralah dan diam. Kalau masih mahu mencari-cari silap saya, cari sajalah. Memang itu sebahagian besar manusia suka begitu.
Ya. Memang saya pelik. Sebab kepelikkan saya itu, ada satu saja yang bertuah [saya kira dia bertuah] yang memahami saya. - Dia!!!
terima
kasih blog..saya rasa..macam awak je yang faham saya..saya memang tengah
bersedih..:'( rasa tak nak cerita apa-apa lagi yang sedih dekat blog ni..tapi
saya rasa dari saya luahkan kepada orang yang tidak dipercayai adalah lebih baik
saya berkongsi denganmu..! :')
Friday, June 21, 2013
Kenali Perempuan.
Assalamualaikum.
Apa khabar semua orang? :) Harini tiba-tiba rasa macam nak bercerita tentang kaum aku sendiri iaitu Kaum Hawa. Meski pun entry ini mungkin boleh dikategorikan sebagai entry jiwang *dalam hati ada pasu bunga*, tapi rasa-rasanya ramai mungkin Kaum Hawa akan bersetuju dengan entry aku kali ini :)
InsyaAllah. Aku mulakan entry ini dengan Bismillah.
Sering kali aku melihat kawan-kawan perempuan aku dicaci dimaki kerana terlalu mencintai pasangan mereka itu. Dan sering kali juga Kaum Adam tidak hargai perasaan mereka ini. Bukan aku ingin mengatakan hanya Kaum Hawa sahaja yang benar-benar menyayangi seseorang itu. Bukan itu maksud aku.
Cuma dah terlalu banyak cerita di mana penyudahannya seorang lelaki itu akan meninggalkan seorang wanita itu mentah-mentah sahaja yang aku dah lihat dengan mata aku sendiri. Iya, memang benar. Jika bukan jodoh, memang tak kemana. Tapi lupakah anda bahawa Nabi Muhammad S.A.W itu menyuruh Kaum Adam untuk menghormati dan menjaga perasaan Kaum Hawa?
Dan sesungguhnya hanya usaha dan doa yang sentiasa bertitip di bibir yang boleh mengubah takdir seseorang itu. Tiada apa yang mustahil jika Allah S.W.T itu tidak menolaknya. Jadi jika benar-benar inginkan sesuatu itu, berusaha lah selagi anda mampu. Bersungguh-sungguhlah dalam membuatnya. Dan selebihnya tinggalkan kepada Allah untuk menentukannya.
Jadi harini aku mencari sedikit masa untuk Kaum Adam mengenali Kaum Hawa dengan lebih dekat. Semoga entry ini mampu memberi sedikit info tentang kami yang bergelar Kaum Hawa ini. Yang baik datangnya dari Allah. Yang buruk itu datang dari diri aku sendiri. Mohon ampun jikalau ada tersalah di dalam entry ini :)
Bismillah. .
Apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah. Tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya. Tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh bukan? :) Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. Hampir setiap hari pergaduhan akan tercetus.
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. Dan itu bukan bermaksud dia benar-benar gembira. Mungkin sahaja dia cuba menyorokkan perasaan sebenar yang tersimpan rapi di dalam hati kecilnya.
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya. Tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang. Tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian ;)
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu, dia benar-benar maksudkannya. Dan apabila berjauhan, bayangan anda akan sentiasa bermain di mata mereka dan apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya. Kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik :)
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. Itulah yang bergelar perempuan ..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan. Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang mampu menggoncang dunia dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.
Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda. Jadi hargai lah kasih sayang seorang wanita. Apabila mereka sayang anda, mereka memang benar-benar sayang :)
Semoga entry ini memberi seribu makna pada seseorang yang tidak mampu untuk mengungkapkan perkara ini dari mulut mereka sendiri :)
* Perempuan memang rumit. Tapi kasih sayang mereka tiada tandingannya. Percayalah.
Thursday, June 20, 2013
Penat....
Aku dah PENAT melayan karenah manusia
yang bermacam..
Jangan fikir... teruskan saja penghidupan
ini...
Aku dah PENAT nak jadi orang baik untuk menjaga perasaan
orang bagai menatang minyak dalam tangan...
Jika minyak terlalu licin untuk di tatang,
tatang saja benda lain...
sampai seseorang berpesan kepadaku jangan jadi manusia yang terlalu baik dengan semua orang..kelak suatu hari nanti orang pijak kepala kita.
sampai seseorang berpesan kepadaku jangan jadi manusia yang terlalu baik dengan semua orang..kelak suatu hari nanti orang pijak kepala kita.
..
..
Aku dah PENAT menjadi pemurah tapi
kemurahan itu yang memakan diri...
Belajarlah mejadi tamak dan mementingkan diri,
jika itu yang terbaik
..
..
Aku dah PENAT untuk cuba menjadikan
diri sebagai orang lain
Mulai sekarang aku tak perlu PENAT-PENAT untuk
menjadi PENAT lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)






