JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, December 31, 2013

last day 2013

Hari ni adalah hari terakhir pada tahun 2013 .

sebelum tu , baca nie :


~ Buat Keluarga : korang lah yang terpenting dalam hidup aku..
~ Buat Sahabat : Jangan lupe kan aku ya, bila suatu mase nanti kita terpisah.
~ Buat kawan-kawan : Maaf ya kalau aku ade silap dan salah, yang disengaja mahupun tak   disengajakan.
~ Buat Musuh : Maaf bila selama ini aku selalu salah dimata kau.
~ Buat yang sayang pada aku : Aku juga sayang pada kamu.
~ Buat orang yang pernah menyakiti aku : Terima kasih ya kerana sudah mengajar aku bagaimana untuk terus bersabar.
~ Buat yang tak kenal dengan aku : Terima kasih sebab setia save aku dekat contact korang, walau pun kekadang aku buat korang marah, suka update yang bukan-bukan.

Terima kasih korang sebab sudah ada dalam hidup aku, yang menjadikan tahun 2013 aku jadi ceria.



Thanks Semua 

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Thursday, December 26, 2013

Cerita bulan Disember

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T..

Lagi beberapa hari je nak masuk 2014... rasa macam sekejap je 2013 berlalu... ingat lagi waktu awal tahun, january - March 2013 sibuk-sibuk buat preparation untuk wedding... tak tido malam siapkan beading baju nikah & resepsi... siang, sibuk dekat tempat kerja...... fuhhh.. memorable sungguh! alhamdulillah 9 bulan bergelar isteri, susah senang bersama, kehidupan sangat indah!!!

Nyanyuk ke atau masa berlalu laju sangat?

Apa yang aku suka untuk tahun 2013? Mesti lah banyakkkkkk.. Hehehehehe! Paling aku suka ....

1. Ada Suami (boleh manje-manje tak kira masa opss!)

2. Keluar rumah dengan Suami pun tak kira masa.

3. Kurang bergaduh dah!

4. Jauh sikit tempat aku merayap (luar dari Melaka).
 
Siapa yang dah kahwin fahamlah kan kalau namanya dah ada Suami. Hewhewhew. Macam aku ni kategori garang yang amat, kira cepat gila naik angin kalau tak kena gaya. Tapi sebenarnya mood aku baikkkk manja macam kucing.. Sebab tu aku suka dimanja dibelai disayangi. Hikhikhikhik. Memang kontra la kalau tengok perangai sebenar (manja-manja kucing) dengan perangai garang nak mampos kalau orang usik tak bagi salam tu. Takut tak? Takut kan? Hehehehehehe..
 
Sebab tu bila dah kahwin ni kitorang kuranggggg gila-gila bergaduh. Takat touching-touching sikit tu ada la. Dulu kalau touching sikit pun merajuk bergaduh berhari-hari. Aku lah.. Aku kan manja-manja kucing, tetiba sentap.. Naik la angin satu badan. Pastu aku pulak jenis tak suka orang pujuk-pujuk ni. Agak-agak aku dah cool baru cakap baik-baik dengan aku nanti aku okay lah. Tapi boyfriend kannnnn.. Reti ke apa kita nak? Faham ke perasaan wanita berhati lembut macam kerak nasi ni? Tidakkk. Wuwuwuwuwu! Makanya bergaduh lah kerana setitik nila. Setitik nila ni perumpamaan je, nak bagitahu betapa kecik je kes nya tapi... Jangan pulak korang ingat aku bergaduh pasal nila!  T____T.
 
Bila dah kahwin ni, kalau aku merajuk aku taknak duduk dekat-dekat. Sorang kat depan TV, sorang dalam bilik. Aku lah dalam bilik tu, sebab Suami dah pegang remote control takkan aku nak tebal muka join sekaki tengok TV kannn.. Kata merajuk. Heeeee! Selalu dalam bilik aku lipat baju kalau ada. Kalau takde aku capai majalah wanita. Siri yang aku dah baca berpuluh kali. Agak-agak dah setengah jam nanti Suami masuk bilik pujuk Isteri. Tapi aku kan tak suka dipujuk. Mengada! Agak-agak dah habis majalah tu aku baca, agak-agak macam dah sejuk sikit hati ni, agak-agak macam kesiannnnn Suami kitew.. Aku keluar bilik pastu terus ngendeng-ngendeng kat Suami macam budak-budak kecik kena marah. Macam bengong pun ada kan? Hahaha.. Tapi itulah sebabnya aku dah tak sekeras dulu merajuk lama-lama tak tentu pasal. Merajuk sama je macam dulu, sentap, kecik hati, rasa nak nangis, muka masam-masam macam limau. Tapi kejap je. Sebab aku cepat rasa bersalah merajuk lama-lama kat Suami. See, aku dah baik sikit dari dulu kan? iheeeeeeeeee..
 
Suami selalu panggil aku muncung panjang sedepa. Bayangkan muncung panjang sedepa tu macam mana.. Kahkahkahkah. Jangan imagine kan aku! Lucah kang.
 
Ni lagi beberapa hari lagi nak masuk 2014 kan.. Nak dekat setahun dah berlalu kami hidup berdua, bila datang rasa bersedia untuk ada baby, excited nak ada baby bump, beli majalah pregnancy mengatasi majalah wanita.. Rasanya this is the right time. I completely ready dah! Doakan yang baik-baik je eh.. Actually Disember nampaknya baik-baik saja untuk kami Suami Isteri. Harap Awal tahun depan ni ada lah berita baik. Harap. Amin. Sungguh lain rasa teruja menikmati hari-hari lewat period ni rupanya. Hehehehehe!
 
2013, anda terlalu baikkk untuk kehidupan kami, semoga 2014 lebih baik berganda-ganda, Amin. Minggu depan je pun. Ya Allah lajukan masa bila kami diduga, lambatkan lah masa bila kami bahagia.
 
Masyaallah, Allahuakbar!

 

 

 

 
Love,

Nurbayah Amirruddin!

 

Tuesday, December 24, 2013

Terjalin

Hari nie berlaku dalam sejarah hidup ini, hmmm dah lebih 3 tahun tak bersalaman dengan dia, dah lebih 3 tahun tak bersapa dengan dia...
 
Tadi berpeluang & pertemuan singkat & terbatas itu, membahagiakan ! walaupun dulu kami akrab... pilihan dia & ketidakselesaan dengan pilihan itu, menjarakkan saya dengan dia... Dahulu dialah kakak, rakan karib, penasihat dan lain-lain. Hmm...
 
Tapi tak mengapa, asalkan dia bahagia! saya begini juga..

Friday, December 20, 2013

Ikut Kata Hati ...

Orang tua-tua kata .. Ikut hati mati. Ikut rasa binasa. Tapi ada masa-masanya elok jugak kalau kita ikut gerak hati @ instinct. Sebab gerak hati kita ada masa-masanya boleh dipercayai. Betul tak ??

 

Jangan Pandang Belakang ..

Jangan pandang belakang. Omputeh kata .. Never look back. Aku kata .. Mesti pandang belakang ... takkan nak pandang depan je. Belakang pun kena tengok jugak .. hehe ..

Aku ni memang suka mengenang dulu-dulu .. sentimental kot aku ni .. hehe .. Banyak kelebihan bila kita pandang ke belakang. Boleh muhasabah diri. Cuba pandang tahun-tahun ke belakang .. 10 tahun atau 20 tahun yang lalu.

Kat mana kita .. siapa kita .. lepas tu tengok pulak yang sekarang ??macam mana ?? Ada prubahan tak ??Graf naik ke .. turun ke .. sama je ke .. lePas tu buat keputusan sendiri.

Kalau agak-agak nak prubahan, kita pandang ke hadapan pulak. Arah mana nak tuju .. macamana nak ke arah tu ..

Banyak benda nak fikir tu. Kalau tak nak buat perubahan, duduk diam-diam. Tak payah buat apa-apa .. hehe ..

So .. keputusannya :- Tepuk dada tanya selera. Pilihan masing-masing. Betul tak ??

Thursday, December 19, 2013

Dalam Sangkar Emas ..

Dia tak kerja. Tapi mewah gila. Nak apa-apa  mintak je, tak payah susah-susah  membanting tulang macam aku nie. Pakai yang mahal-mahal  je .. yang macam aku ni tak pandang langsung. Takat LV, Gucci .. berlambak-lambak ada, dia baling-baling  je kat mana dia suka. Pastu Bibik kutip dan tolong simpan balik untuk dia.

Kaya .. kaya giler dia. Clearly boleh nampak kekayaan dengan kemewahan kawan aku nie. Travel anywhere as she wish. Tak yah kira budget dulu macam aku nih.

Takat kekayaan, kemewahan .. semua dia ada. Yang dia tak da SATU  je .. 'Freedom'. Banyak yang nak kena tapis dulu .. Nak gie mana-mana ?? Bukan semua tempat boleh. Warung nasi lemak, Warung mamak, Ptaling Street, Jln TAR .. no.. no .. cannot.

With who ?? Sapa kawan  you ?? Takat orang biasa-biasa macam aku .. jangan  haraps la .. setakat calling-calling or datang rumah dia boleh la.

Temanku hidup 'Dalam Sangkar Emas'. Lain orang .. lain cara hidupnya. Bersyukur lah kita dengan apa yang kita ada. Meskipun kita tak sekaya dan berharta dia .. tapi kita tetap bahagia .. dengan cara kita sndiri.

Monday, December 16, 2013

Ada ubi ada batas ..

Ada ubi ada batas .. orang berbudi nanti kita balas.
 
Somebody have been asking me this questions lately ... 
Apasal baik sangat dengan dia?
What did u get back in return?
Apasal sibuk sangat nak tolong dia?
Kenapa tak suruh dia buat sendiri?


My answer is simple :~
Buat baik selagi terdaya. Moga-moga ada ganjaran pahala.
Soal balas membalas .. bukan urusan kita. Andai tiada balasan dari dia ..
jangan kecewa. Ganjaran keikhlasan datang dengan berbagai cara.
So, jangan berkira.