JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Friday, March 12, 2010

KEHIDUPAN DIIBARATKAN....



Pada setiap kehidupan pasti ada titik hitam yang membekas dalam jiwa,pahitnya seakan tidak hilang,lukanya seperti tidak sembuh, dendam pula tak terpadam,begitu payahnya utk dilupakan…Apa pun yang kita lalui di dlm kehidupan ini,semuanya adalah rencah yang memesrakan peribadi dan ramuan-ramuan yang menjadikan hidupan ini lebih bererti,kerana dengan pengalaman kita belajar menjadi insan yang lebih peka,yang lebih berhati-hati,yang lebih mengingati kekuasaan ILLAHI…Usah kau toleh lagi pada semalam yang telah pergi, kerana dengan asyik menoleh langkahmu menjadi semakin perlahan dan bisa terhenti…Kau pandanglah hari-hari depanmu dengan dada yang terbuka dan semangat baru yang menyala kerana dengan menjangkau pandanganmu,engkau pasti dapat bangun semula kerana kejayaan pasti tiba pada insan yang tak pernah kenal erti putus asa…

Ingatlah wahai kawan-kawansemua,

Orang yang paling berbahagia,tidak selalu memiliki hal-hal terbaik dlm hidupnya,mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidup mereka…begitu juga dengan aku,tidak semua perkara yang hadir dlm hidup aku adalah yang terbaik,dan tak semua keputusan yang aku lakukan itu adalah yang terbaik buat diri aku mahupun buat orang disekeliling aku…tapi…aku cuba menjadikan semua itu sebagai perkara yang terbaik dlm hidup aku…dan bagi aku,itulah perkara yang membuatkan hidup aku gembira disamping semua insan-insan yang aku sayang…

No comments:

Post a Comment