JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Monday, January 3, 2011

Tahniah Harimau Malaya!



~rasanya tak terlewat nak wish kan?~

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, tahniah kepada Harimau Malaya yang berjaya menjulang AFF Suzuki Cup buat pertama kali dengan permainan yang sungguh menarik (macam tak percaya pulak ni team Malaysia). Semoga pasukan ini akan terus berjaya di peringkat dunia terutama Piala Dunia. Malaysia memang BOLEH.

Sememangnya ini yang kita impi-impikan selama ini...Tahniah diucapkan kepada Team Malaysia kerana telah memenangi Perlawanan "AFF Suzuki Cup 2010" antara Indonesia dengan Malaysia pada kelmarin..Walaupon bermain bukan di tempat sendiri tetapi berbekalkan semangat kesukanan serta agregat kita mampu mengalahkan Garuda " Indonesia"...Tetapi aku tetap berpuas hati kepada penyokong indonesia kerana tahu menjaga tata susila diorang sewaktu perlawanan berlangsung walaupun hanya segelintir penyokong indonesia yang tidak berpuas hati dengan membaling mercun serta menyuluh pancaran "Laser" kearah penjaga gol Malaysia..Mungkin ini kemenangan kita untuk penutup tahun 2010..Akhir kata daripada aku Tahniah sekali lagi buat pasukan Malaysia kerana telah memenangi Perlawanan tersebut..
Assalamualaikum

*Majulah Sukan Untuk Negara*




p/s: Tahniah kpd pasukan Malaysia bimbingan coach K.Rajagopal. memang layak pun name depan pun ade ”RAJA”. Dengan kemenangan nie, Malaysia bukan menang dalam perlawan sahaja tetapi sebnarnya Malaysia berjaya menang dalam aspek perang psikologi oleh penyokong indonesia dan berjaya dalam mengawal mentaliti dengan baik. Tahniah! keep it up… nampaknya mungkin tidak lama lagi jika Malaysia mengekalkan rentak seperti ini hajat kita untuk tengok Malaysia layak ke olimpik, piala asia dan piala dunia 4 tahnu akan datang pasti cerah. TAHNIAH skali lagi.. =)
(paling best bile kerajaan istihar cuti 1 Malaysia pada date of birth aku 31 Dis..)

No comments:

Post a Comment