pelajari sesuatu dari hidup anda !
sesuatu yang mampu mengubah hidup anda ke arah yang benar
hidup ini indah dan mudah tetapi tidak sempurna
kerana yang sempurna hanyalah di sana
di dunia hanya sementara, berpegang pada itu lantas aku terfikir soal
manusia di sekelilingku.
benar kata orang : buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali
tapi pada aku : buat baik jangan sekali,buat jahat berpada-pada
MANUSIA.tidak pernah puas dengan kehidupan
masing-masing.masing-masing hidup dengan
perasaan hasad dengki walaupun
peratusnya sikit.kau jangan kata tidak ! memang benar kata-kata ku.
bila aku melihat disekelilingku,aku tersedar.tak semua yang kita nampak baik
itu baik,dan tak semua yang kita nampak jahat itu jahat.
cukuplah lakonan yang baik tu sedangkan hakikatnya tuhan sahaja yang tahu
meludah perkataan yang menyakitkan.senangnya bercanda dengan memburukkan
orang.senangnya lidah itu.sedangkan tiada apa masalah pun sebenarnya.
suka mencaci,suka mengata,suka menyindir hanya kau bukan seperti dia yang
kau idamkan.sudahlah manusia.tutup mulutmu sebelum lebih banyak dosa yang
bakal kau tanggung.sudah sudahlah menghina.letih telinga mendengar,sakit
mata memandang.
teringat kata-kata ustaz di zaman persekolahanku dulu
"walau apa pun terjadi,kepada yang jatuh cubalah untuk
bangun.insyaallah
Allah disisimu.Dampinglah dengan Alquran kerana itu penguat imanmu.Sujudlah
kerana disitu egomu akan makin terkawal ".
Bangun dengan gagah ! jangan tunjuk kau lemah ! jangan jatuh kerana
kata-kata tak berlesen ! hiduplah dalam prinsip hidupmu !