Hidup ni kadang-kadang aku pelik. Ada orang yang berperangai lebih teruk daripada apa yang kita bayangkan. Kejamnya nauzubillah sampai sanggup menjatuhkan orang lain untuk kepuasan diri sendiri. Memang hati puas, tapi balasannya? Siapa tahu suatu hari nanti kita pulak akan tersungkur. Masa tu nanti barulah kita tahu langit tu biru ke hijau. Masa tu nak menyesal dah terlambat sebab doa orang yang dizalimi tu dah sampai kepada Allah s.w.t. Masa tulah kita akan melolong-lolong mengenangkan nasib diri yang entah diampunkan atau tak.
Apa yang aku cakap kat sini, bukan aku yang dizalimi dan bukan aku jugak yang dijatuhkan. Aku hanyalah sebagai pemerhati sahaja. Tapi sebagai pemerhati, aku dapat bezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Aku yang baru nak hidup ni pun tahu macamana nak berhadapan dengan situasi bila mana ada yang tak suka kita. Be profesionallah kan. Dalam hidup bukan semua suka kita. Bukan semua senang dengan kita. Itu adat. Orang kata asam garam kehidupan. Kita kena terima even benda tu menyakitkan hati kita.
Ini pendapat aku je. Aku pun bukan cukup pandai nak bercakap pasal benda-benda menjatuhkan orang lain ni. Cuma apa yang aku berani kata, what you give, you get back. Satu hari nanti, kalau pun bukan kita yang kena, anak cucu kita jugak yang terasa kesannya. Kesian diorang yang tak tahu apa-apa tu. Aku harap aku tak jadi macam tu sebab kita manusia biasa. Mungkin kadang-kadang perangai kita ada yang jelek, ada yang kurang. Sama-samalah kita perbaiki. Mudah-mudahan Allah ampunkan segala dosa aku ,dosa mak ayah aku dan dosa orang yang aku sayang sangat.
Luahan Hati Allah sahaja yang mendengarnya.
JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .
Thursday, April 4, 2013
UP and DOWN
Bismillah...
Assalamualaikum..
There sometimes you feel you are at the top..
and sometimes you feel very very down...
Assalamualaikum..
There sometimes you feel you are at the top..
and sometimes you feel very very down...
Anwar Ibrahim cuba hubungi aku
Wednesday, April 3, 2013
Harga Sebuah Rindu
Rindu..
Berapa Harganya???
Arghh!!
tidak ternilai harganya..
tidak terhitung harganya...
Rindu ini...
Terlalu sukar diluahkan..
Terlalu payah untuk ditafsirkan...
Hati ini...
Hanya mampu merintih, meratap hiba...
Tidak mampu merayu sayu..
Rindu......
Ada kalanya sukar ditafsirkan pengertiannya...
Ada yang rindu tatkala berjauhan...
Ada yang rindu tatkala orang yang dirindui sudah berada di depan mata..
Ada yang rindu tatkala hati masih terluka..
Ada yang rindu tatkala hati masih kecewa..
Begitulah...
Perkataan RINDU membawa banyak erti..
Aku bukan ahli bahasa yang bisa mentafsir erti sebuah rindu..
yang ku tahu hanya 'katakan rindu, andai rindu itu menggamit rasa'..
Tapi apakah kita ini hanya insan biasa?
Sedalam mana pengertian rindu itu?
Hingga di saat ini dan ketika ini..
Aku masih memendam rasa tentang erti sebuah RINDU...
Bagiku erti sebuah RINDU sangat tinggi nilainya !,
Hanya yang layak sahaja yang bisa mengungkapkan kata-kata rindu yang teristimewa!
Notaku : Jiwa perempuan yang saya fahami, seorang yang sangat rapat dengan perkara berkaitan emosi- emosinya bukan sebarangan. Kalau rindu, rindunya mendalam. Kalau sayang, sayangnya memenuhi perasaan. Kalau sedih, sedihnya teramat.
Kejauhan ini adalah ujian dan peringatan dari ALLAH agar kita semua tidak lari dari kehidupan yang berorientasikan Yang Maha Penyayang. Dia pemberi kecintaan, kepada DIA juga kita adukan segala kerinduan dan kecintaan.
sebuah RINDU yang sangat bererti buatku...
Tuesday, April 2, 2013
separuh nafasku :)
Suamiku..
Terima kasih kerana menjadikan aku seorang isteri..
Bukan hanya dengan lafaz..
Bukan hanya di atas kertas..
Tetapi menjadikanku isteri yang menjadi sebahagian dari hidupmu..
Sebahagian dari nafasmu..
Sebahagian dari jiwamu..
Suamiku..
Terima kasih kerana sentiasa memimpinku..
Terima kasih kerana tanpa jemu menjagaku..
Terima kasih kerana membahagiakanku..
Siang dan malammu..
Suamiku..
Di setiap hembusan nafasku aku mencintaimu..
Di setiap degup jantungku aku menyanjungimu..
Di setiap langkah kakiku aku mengagumimu..
Suamiku..
Kau terindah di antara keindahan dunia..
Kau terhebat di antara kehebatan dunia..
Kau teristimewa di antara keistimewaan dunia..
Suamiku..
Andai mentaatimu menjanjikan syurgaNya buatku..
Andai menjagamu menganugerahkan kesejahteraanNya padaku..
Andai menjaga maruahmu mengurniakan kerahmatanNya untukku..
Aku janji akan memberikan hanya yang terbaik buatmu..
Suamiku..
Andai sujud sesama manusia dibolehkan..
Aku pasti sujud di kakimu..
Kaki yang mengimamkan solatku..
Kaki yang menjadi khalifah buatku..
Kaki yang teguh mendirikan kau untuk menjadi pelindungku di setiap waktu..
Terima kasih Ya Allah..
Kerana menganugerahkan aku sebaik-baik Anugerah..
Suamiku..
Aku bangga menjadi isterimu..
Aku bangga menjadi sebahagian dari hidupmu..
Tulisan hatiku buatmu suamiku,
~Nurbayah~
2 April 2013 @ 1:15pm
Terima kasih kerana menjadikan aku seorang isteri..
Bukan hanya dengan lafaz..
Bukan hanya di atas kertas..
Tetapi menjadikanku isteri yang menjadi sebahagian dari hidupmu..
Sebahagian dari nafasmu..
Sebahagian dari jiwamu..
Suamiku..
Terima kasih kerana sentiasa memimpinku..
Terima kasih kerana tanpa jemu menjagaku..
Terima kasih kerana membahagiakanku..
Siang dan malammu..
Suamiku..
Di setiap hembusan nafasku aku mencintaimu..
Di setiap degup jantungku aku menyanjungimu..
Di setiap langkah kakiku aku mengagumimu..
Suamiku..
Kau terindah di antara keindahan dunia..
Kau terhebat di antara kehebatan dunia..
Kau teristimewa di antara keistimewaan dunia..
Suamiku..
Andai mentaatimu menjanjikan syurgaNya buatku..
Andai menjagamu menganugerahkan kesejahteraanNya padaku..
Andai menjaga maruahmu mengurniakan kerahmatanNya untukku..
Aku janji akan memberikan hanya yang terbaik buatmu..
Suamiku..
Andai sujud sesama manusia dibolehkan..
Aku pasti sujud di kakimu..
Kaki yang mengimamkan solatku..
Kaki yang menjadi khalifah buatku..
Kaki yang teguh mendirikan kau untuk menjadi pelindungku di setiap waktu..
Terima kasih Ya Allah..
Kerana menganugerahkan aku sebaik-baik Anugerah..
Suamiku..
Aku bangga menjadi isterimu..
Aku bangga menjadi sebahagian dari hidupmu..
Tulisan hatiku buatmu suamiku,
~Nurbayah~
2 April 2013 @ 1:15pm
Monday, April 1, 2013
♥ Special Dedicated To My beloved Husband ♥

~ Teristimewa untuk nya .. buat " dia " suamiku yang tersayang .. semoga " dia " tahu , aku ini amanahnya.. aku tak meminta kemewahan dunia .. aku cuma minta untuk disayangi , dijaga , dilindungi dari fitnah dunia ini .. yang akan membimbingku .. membawaku bersama-sama ke Jannatul Firdausi .. InsyaAllah .. Amin .. ^_^
Subscribe to:
Posts (Atom)
