JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Tuesday, May 7, 2013

Pengalaman, Imaginasi, Motivasi

Assalamualaikum.


Minat saya yang paling mendalam ialah menulis & membaca. Sampailah saya berangan nak jadi penulis. Semuanya bermula dari minat. SPM saya untuk subjek bahasa Melayu ni bukanlah baik sangat. Hehe. Tapi sebab minat , saya berusaha juga untuk belajar menulis.


Nampak macam mudah. Tapi pengalaman adalah salah satu elemen penting untuk menjadikan sesebuah cerita itu menarik. Tak kisahlah pengalaman penulis itu sendiri mahupun pengalaman yang diambil dari orang sekeliling. Pengalaman saya ni , alahai. Macam secubit garam aje. Jadi , saya campurkan pula dengan elemen imaginasi.


Haa , masuk bab imaginasi. Saya suka berimaginasi atau boleh juga saya katakan , berangan. Haha. Bila dah suka sangat berimaginasi , saya akan membayangkan. Saya bayangkan saya adalah watak tersebut dan saya bayangkan saya juga turut berada di situ.


Seronok tau bila kita dah berjaya cipta satu cerita. Mungkin cerita tu hanyalah rekaan , tapi kalau kita masukkan unsur pengajaran. Cerita khayalan tu akhirnya memberi manfaat. Tu pendapat saya lah sebab selain menulis , saya juga membaca. Saya suka bila membaca. Sebab ada sesetengah cerita yang memang bagi motivasi pada saya..


 

Monday, May 6, 2013

Keputusan Rasmi PRU 13 Negeri Melaka

SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum...


Semalam dah dapat juga pergi mengundi di Melaka jadi hari ini kita tengok pula keputusan rasmi PRU 13 Negeri Melaka semalam ...

N1 KUALA LINGGI

BN - Ismail Bin Othman : 5,521

PAS - Julasapiyah Bin Kassim : 3,090


N2 TANJUNG BIDARA

BN-Md.Rawi Bin Mahmud : 6,014

PAS -Imran Bin Abdul Rahman : 1,774


N3 AYER LIMAU

BN -Haji Amirudin Bin Hj.Yusof : 6,552

PKR - Halim Bin Bachik :1,983


N4 LENDU

BN - Sulaiman Bin Md.Ali : 5,009

PAS - Asri Bin Shaik Abdul Aziz : 2,506


N5 TABOH NANING

BN - Latipah Binti Omar : 4,520

PAS - Ab.Halim Bin Ab Jalil : 2,165


N6 REMBIA

BN - Norpipah Binti Abdol : 6,879

PKR - Rusnah binti Aluai : 4,521


N7 GADEK

BN-M.S.Mahadevan A/L Sanacy : 5,975

PKR-Rajandran A/L Govindsamy ; 3,345


N8 MACHAP

BN-Datuk Lai Meng Chong ; 5,003

PKR-Ginie Lim Siew Lin ; 4,851

Bebas-Ravinther A/L Sekaran ; 61


N9 DURIAN TUNGGAL

BN-Ab. Wahab Bin Ab. Latif ; 5,645

PAS-Adly Bin Zahari ; 4,329


N10 ASAHAN

BN-Abdul Ghafar Bin Atan ; 8,257

PAS-Wong Chee Chew ; 4,400


N11 SUNGAI UDANG

BN-Idris Haron ; 12,145

PKR-Asri Bin Buang ; 3,009


N12 PANTAI KUNDOR

BN-Ab.Rahaman Bin Ab.Karim ; 7,101

PAS-Mohd Noor Bin Omar ; 4,037


N13 PAYA RUMPUT

BN-Sazali Bin Muhd Din @ Muhammad Din ; 11,003

PKR-Taha Bin Ahmad ; 9,733


N14 KLEBANG

BN-Lim Ban Hong ; 9,171

DAP-Liou Chen Kuang ; 7,074


N15 BACHANG

BN-Chua Lian Chye ; 11,016

DAP-Lim Jak Wong ; 13,688


N16 AYER KEROH

BN-Yong Fun Juan ; 10,991

DAP-Khoo Poay Tiong ; 18,934


N17 BUKIT BARU

BN-Karim Bin Yaacob ; 9,244

PAS-Md.Khalid Bin Kassim ; 9,292


N18 AYER MOLEK

BN-Md.Yunus Bin Husin ; 8,756

PAS-Md.Khairi Bin Ab Aziz ; 4,995


N19 KESIDANG

BN-Lim Eng Teck : 9,443

DAP-Chin Choong Seong : 5,625


N20 KOTA LAKSAMANA

BN-Chiw Tiang Chai : 3,462

DAP-Lai Keun Ban : 11,969


N21 DUYONG

BN-Datuk Gan Tiong : 7,792

DAP-Goh Leong San : 7,997


N22 BANDAR HILIR

BN-Roland Gan Yong Hoe : 3,802

DAP-Tey Kok Kiew : 11,754


N23 TELOK EMAS

BN-Latif Bin Thamby Chik : 8,033

PAS-Harun Bin Mohamed : 7,332


N24 BEMBAN

BN-Datuk Ng Choon Koon : 7,731

DAP-Ghandi Rajan A/L Nalliah : 5,703


P/S: Sehingga kini dua nama disebut-sebut akan mengisi jawatan Ketua Menteri yang dilepaskan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam itu iaitu Datuk Idris Haron yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dan Datuk Abdul Ghafaar Atan di kerusi DUN Asahan.

Antara tok derih & tok gapar..tok gapar pernah jadi yb dun aku..manakala tok derih plak memang salah seorang tokoh politik yang aku respect..

Tok Derih (Idris Harun) jadi CM kowtt ;)
Aku peminat tok derih..idop tok derih!!!@




Buka Mata

 
 
 


Jangan asyik nak bertelagah..
Nanti 'Menang Sorak Kampung Tergadai'
2013..
Dah tunjuk aura..

2018..
Kalau Melayu Mudah Lupa..
Kalau Melayu masih penuh hasad dengki sesama sendiri..
Kalau Melayu hidup hidup kena tipu dengan 1001 janji manis si gunting dalam lipatan..
Maka..
Masa itu...
Kena ubah lah tagline Hang Tuah..
" Tak akan Melayu Hilang Di Dunia "


Friday, May 3, 2013

LEMPAR BATU SEMBUNYI TANGAN ...

ASSALAMUALAIKUM ...

Reaksi awal bila tengok imej kat atas tuh ...

Dari komen page Anti Pakatan Rakyat Photo's yang saya baca ...

Ada seseorang telah memberikan kepada lelaki berbangsa India yang sedang makan di restoran .

Lelaki India itu memberikannya kepada temannya seorg lelaki Melayu penyokong BN .
Maka keluarlah di FB .
Lelaki ini mengatakan bahawa ini kerja PKR .
Penyokong PKR & DAP kata itu muslihat BN .

Yang pasti ada yang lempar batu , sembunyi tangan .

Samada BN , PKR atau pihak ketiga ...

Seandainya PKR atau DAP menang ...

Apa perkara di atas yang pembaca sangat bimbang akan berlaku ?

 

BERDEBAR MENANTI KEPUTUSAN PRU 13 PADA 5 MAY NANTI ...

Telinga Nipis

Worksation geng kami ini selalu jadi tempat diskusi politik. Jantan-jantan biasalah diorang akan luahkan pendapat dan pandangan secara terbuka. Mewarwarkan apa yang diorang baca, apa yang diorang dengar. Bersungguh-sungguh umpama semua tu adalah cerita benar yang mereka lalui walaupun kekadang jalan ceritanya tak berapa nak logik akal sangat.

Tercampak sorang pompuan kat sini tetapi sesekali bila menyampuk 5 jantan ni senyap jugak. Agaknya malas nak lawan cakap dengan makcik yang bagai katak dibawah tempurung ni. Makcik yang typical. Makcik yang tak reti nak membuka minda. Lantaklah korang.

Membaca itu ilmu. Jangan sampai kita menurut hati dengan apa yang kita baca. Mendengar boleh tapi dengar sahaja tanpa membuat pertimbangan sewajarnya adalah bahaya. Selidiklah apa yang kita baca apa yang kita dengar, usah membuta tuli iyakan apa tah lagi berhujah sedangkan kita tidak tahu pun di mana kepala di mana ekornya. Lagi bahaya bila kita sebarkan, nak pulak cerita itu hanyalah dusta tak pasal-pasal kita tumpang sebar fitnah dan tak perlu cakaplah apa hukumya kerana semua orang tahu.

Tak kiralah bicara soal apa pun jika perkara tu tak kena di jiwa seseorang tambahan pulak bercerita benda tak betul memang cepat je nak marah. Kita cepat rasa berdebar-debar, mulut rasa ringan nak menjawab tapi hati kata sabar. Biarlah mereka. Jagalah silaturrahim yang ada kerana bila mula bercakap akan ada hati yang teretak, mungkin jugak terguris. Kita berfikir kenapa mereka tidak? Mungkin makcik-makcik je kot rasa macam tu.

Kelakar ada jugak, cerita bab agama meletup-meletup tapi mulut boleh je kata macam-macam kat orang. 'Pakai kopiah pun senget ada hati nak berjihad'. Heran jugak jihad kena pakai kopiah ke? 'Nak jihad gi la Palestin'.


Ada internet ni bagus banyak faedahnya tetapi yang tak bagusnya banyak betul penyelewengan dan salahguna. Banyak fitnah tersebar dengan cepat tak kurang jugak ilmu yang kita dapat. Seinci akan jadi sejengkal, sejengkal akan jadi sekaki, sekaki jadi sehasta yang akhirnya akan jadi berjela-jela dan maknanya pahala atau dosa yang kita bawak akan jadi sebanyak itu jugaklah. Perkara baik menyusun pahala, perkara buruk bilanglah dosa. Dosa dan pahala tak nampak sekarang tapi bila dah tahu menyesal pun sudah tak berguna.

Apa kena mengena tajuk dengan post sebabnya aku memang bertelinga nipis sebab tu jiwa tak kental untuk menjadi ahli politik bertauliah atau pun tak bertauliah. Jadinya serahkan sahaja kepada yang lebih arif dalam bidang mereka tetapi ramai jugak ahli politik segera yang lahir sempena PRU13 ini.

Akhir sekali. Selamat mengundi buat semua. Siapa pun calon pilihan moga-moga mereka celik tanggungjawab. Jangan pulak yang kalah nak buat kacau bilau atau rusuhan. Redha jelah dengan ketentuan Allah terutama sekali buat semua orang Islam jangan berpecah belah kerana parti. Kata Islam. Berpegang pada
'Percaya Pada Qada Dan Qadar'.

Thursday, May 2, 2013

Quote - thursday | my way

anda berasa sangat kecewa ketika ada yang mempersoalkan langkah anda,just think and try this...
 
 
 
*kenapa perlu bersangka buruk sedangkan kita bole memilih untuk bersangka baik.
 
*pendapat kita beza sebab kita bukan orang yang sama dan jalan yang di lalui itu juga tidak sama.
 
*hikmah tu ada di setiap jalan cerita DIA cuma bezanya kamu celik atau tidak untuk lihat.
 
*mereka ada hak untuk bersuara tapi kita juga punya hak untuk tentukan hidup kita.
 

 be strong ! ^^,

Inilah anugerah Allah yang Membahagiakan

(Abang , saya nak bagitahu rahsia ni ^^ )

Assalammualaikum Abang.

Dulu kita tidak pernah kenal antara satu sama lain. Entah macam mana kali pertama kita kenal kan . Saya rasa abang lah orangnya. Walaupun masa tu kita agak malu-malu antara satu sama lain dan kadang-kadang mengeluarkan sepatah kata . . . Masa saya pandang abang, hati saya tenang, gembira, tak tahu nak gambarkan perasaan ni. Hanya Allah yang tahu perasaan ni.

'kali pertama kita bertemu, mata ini melihat ada bahagia di matamu’

Abang ingat tak, masa kali pertama abang kucup dahi saya. Selepas kita telah pun selamat di ijab Kabulkan? Masing-masing malu nak kucup dahi dan tangan diantara kita. Masa tu saya sedar indahnya perasaan itu. Kali pertama dikucup oleh seorang lelaki yang bergelar suami, kali pertama disentuh lelaki ajnabi yang kini menjadi milik saya selamanya. Saya senyum tanpa henti, saya bahagia miliki abang. Saat tangan kita berdua bertaut, abang genggam erat tangan ini. Saya berkata dalam hati kecil ini.

‘I will always love you, now, forever, and always’
 
saya sayang abang. terima kasih sebab pilih saya! Abang janji cinta kita sampai syurga ya!

bersambung.

p/s : Imaginasi yang digambarkan dalam bentuk penulisan :)