JANGAN BERLARI KALAU KAKI KIAN RAPUH , BIAR TEGAR TERUS BERTATIH AGAR IMPIAN BISA KAU SENTUH . AKU SENYUM KERNA KAU SENYUM PADAKU , JANGAN BERHENTI BERIKAN SENYUMAN ITU . AKU BERDIRI KERNA KAGUM KEBERANIANMU , JANGAN REBAH KERNA AKU PINJAM SEMANGATMU .

Thursday, June 20, 2013

Jangan Putus Berdoa.

 
 

Sometimes you don’t realize how badly you miss someone,
till you just cry in your pray (during doa).


Assalamualaikum.


Hey kawan-kawan. Selamat hari Khamisss. Pagi tadi bangun macam blur kejap otak ni;
"Harini isnin ke? Or ahad? Eh hari apa ni?".Terus bingung otak aku ni. Jarang sekali aku mengalami benda-benda macam ni.

 
Ahh, korang pernah tak rindu kan seseorang sehinggakan korang menangis dalam doa korang selepas selesai solat? Jujur lah, lately ni memang kerap sungguh aku ni 'ter'menangis masa tengah doa. Ter eh. Ter :'P



Disebabkan kerana rindu dan kerana meminta pertolongan dari Allah S.W.T untuk menjadikan aku kuat dalam menghadapi semua rintangan dan dugaan di dunia ni.


Lately ni ramai cakap aku sering muram dan aku tak macam dulu, jenis happy go lucky, otak gila dan seronok bersama-sama. Aku pun taktahu kenapa. Moga-moga takde la apa-apa buruk yang terjadi kat aku.


Dan semoga entry ini bukanlah entry yang terakhir dari aku untuk korang semua. Insyaallah :)



And yes, I missss youuuuu Abaaanggg...


Kalau rindukan seseorang, angkat tangan dah berdoalah pada Allah;
"Ya Allah, sampaikan salam rinduku kepada ________ [nama penuh insan tersebut] sehingga aku menjadi kerinduannya.


- Almost setiap hari aku buat benda ni.
Alhamdulillah,  :')

Kalau anda berasa sungguh kecil, mahupun terasa seperti anda tiada siapa-siapa di dunia ini, berdoa lah kepada Allah. Sesungguhnya Allah itu sentiasa ada. Cuma kita tidak dapat melihat dengan mata kasar. Yakin lah kepada Allah.


Dan jika rindu kan seseorang itu, berdoa juga lah kepada Allah. Mohon lah kepadaNya supaya rindu kita itu akan disampaikan kepada orang berkenaan. Dan sesungguhnya, jangan lah rindu kita sesama manusia melebihi daripada rindu kita kepada Rasulullah S.A.W dan juga kepada yang Satu; Allah S.W.T


Apa-apa pun, jangan pernah putus berdoa. Allah sentiasa dengar. Susah dan senang, berdoa lah. Insyaallah, segala urusan kita akan dipermudahkan. Amin.



 

Wednesday, June 19, 2013

uhh

 
 
Hati ini macam tisu.

Marah orang pun still boleh menangis.

Two in one.

Macam nescafe.



Eh.

:(

Assalamualaikum...


Susah
Memang susah
Susah nak puaskan hati semua orang
Hati sendiri pun tak dipuaskan lagi, inikan pulak hati orang

Susah
Memang susah

Tak senang
Memang tak senang

Apa nak buat
Pandai-pandaikan la jaga hati sendiri

Mengadu pada Dia
Dia pasti dengar

Redha



*Eh da lama tak nangis feeling-feeling ni. Sobss :'(

Nukilan di tengah hari





Tulisan - ia seakan-akan selalu menemukan kita dengan dasar jiwa paling dalam manusia, bukan?





 


In the name of God, the Most Gracious, the Most Merciful.
 
 
 
 
Assalamualaikum.

Bunyi aircond lab nie membunuh kesunyian pada tengah hari ini. Fikiranku jauh melayang. Melayang entah kemana. Tidak mampu untuk aku mencapai menariknya semula. Tangan mula merasa gatal mahu tulis entri baru di blog ini. Izikan saya?
 
Selalu kan,
Kita melihat orang lain lebih beruntung?
 
Namun, jarang disedari, ada kalanya orang lain pula melihat kita lebih beruntung. Orang lain melihat kita lebih bertuah. Normal, manusia. Diberi, tidak puas. Kurang, tidak puas. Namun tidak pernah kita mengambil sesaat untuk menghargai semua benda mahupun yang bernyawa ataupun tidak.

Kita sering percaya dengan apa yang kita nampak di depan mata kita., kita sudah berkata "Bertuahnya hidup dia". Namun apa yang mungkin kita tidak nampak adalah titisan air mata mereka hampir setiap malam kerana kehidupan berkeluarga yang langsung tidak membahagiakan itu.
 
Dulu aku sering membandingkan apa yang aku lalui dengan apa orang sekeliling aku lalui. Aku dulu rasa hidup aku yang paling teruk, yang paling derita dan yang paling terseksa. Tapi aku salah. Ramai lagi manusia yang hidup mereka sangat menyayatkan hati kita. Beban mereka hanya Allah SWT yang tahu. Tapi mereka sentiasa tampak kuat dan tabah. Mengapa? Kerana mereka PILIH untuk kelihatan sebegitu. Dan mereka percaya pada Takdir Allah.
 
 
Tapi aku yakin, itu semua dulu. Sekarang aku bersyukur kerana aku mempunyai pandangan yang berbeza pada setiap manusia. Dan juga pada setiap masalah dan ujian yang Allah datangkan pada aku. Semua ini bermula dari hati. Kalau hati kita percaya pada Allah, kalau hati kita percaya pada Takdir Allah, kalau hati kita percaya bahawa kita seorang yang kuat, yang tabah, kita pasti dapat mengharungi setiap dugaan yang dikirim olehNya :)
Rindu datang dan pergi begitu sahaja. Sayang itu mampu kekal berabad lamanya. Namun perasaan ini semuanya ditentukan oleh Dia yang berhak untuk menarik mahupun memberi. Pernah terdetik mengapa mereka; orang kita sayang. susah sangat mahu lakukan apa yang kita mahu? Pernah? Buntu. Aku turut buntu. Hingga kini aku masih lagi tercari-cari akan jawapan yang tidak pernah muncul di depan mata.

Terkadang, mereka tersalah sangka. Mereka menyangka, kita mahu penghargaan yang besar. Kita mahu sesuatu yang istimewa, kita mahu sesuatu yang luar biasa. Sedang hakikatnya, kita cuma mahu sesuatu yang sederhana; penghargaan yang sedikit. Perhatian yang sekejap, itu semua sudah memadai.
Bahkah, terkadang, itu sudah lebih dari mencukupi. Kadang-kadang, hal-hal yang remeh, mudah, sedikit dan sekejap, itulah yang paling bermakna. Tapi mereka sering tidak sedar. Seakan-akan tidak memahami. Bahawa kita hanya mahu yang sedikit, dan bukanlah yang sebesar rumah.

Dan mereka juga menyangka, kita yang terlihat menangis hari ini, dihadapan mereka, adalah wanita lemah. Yang tidak cukup kuat dan tabah. wanita manja, yang tidak punya pengalaman kehidupan. Dan mereka berkata, bahawa wanita yang tak pernah terlihat menangis itu, adalah wanita yang kuat. adalah wanita yang tabah.
 
Pada hakikatnya, kita adalah wanita yang sama. Dari air mata kita belajar kuat. Dari kelemahan kita bina ketabahan. Bila tak semua air mata mampu tertahan, begitu jugalah tak semua air mata akan tertumpah. Dihadapan sesetengah orang, kita tak akan mampu berlagak kuat, dan dihadapan sesetengah orang lain, kita juga tak akan mahu menangis.

Menangis itu bukan tandanya lemah. Itu tandanya kita perlu keluarkan secebis rasa sedih dan kecewa dari hati kita, supaya kita dapat kekal menjadi kuat untuk menempuh suka duka di dalam dunia ini. Senyuman - sering kali dijadikan sebab utama seseorang itu di'cop' sebagai seorang yang periang, yang sentiasa hidupnya dipenuhi dengan kasih sayang dari teman-teman rapat. Dengan satu senyuman, kitalah yang dianggap bahagia. Oh mengapa dunia ini terlalu banyak cabang yang menghalang kita daripada memberitahu tentang kebenaran?

Rasa sedih sering kali mengajarkan lebih banyak hal dibandingkan rasa senang. Sering kali air mata lebih mampu menyembuhkan luka, dibandingkan tawa kosong tanpa makna. Sering kali musibah mendekatkan diri kita kepadaNya, dibandingkan nikmat yang terkufuri.


* Yang ditulis mungkin sahaja bukanlah kebenarannya. Namun yang pasti, yang terpendam itu lah yang selalunya benar.

Tuesday, June 18, 2013

TANDA-TANDA ANDA HAMIL

Assalamua'laikum dan salam sejahtera semua.. . Ok, hari ni saya nak cerita mengenai tanda-tanda kehamilan.. uhuk-uhuk macamla banyak pengalaman aku nie...

Adakah anda hamil? Jika anda sedang hamil, beberapa perkara dan tanda-tanda kehamilan akan berlaku kepada anda pada peringkat awal kehamilan. Apabila anda ragu-ragu tentang perkara ini, cubalah perhatikan perubahan-perubahan yang berlaku pada diri anda.

ANTARA PERUBAHAN YANG BOLEH DIPERHATIKAN

1. Terasa mual
- Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.



2. Kekerapan membuang air kecil
- Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.



3. Terasa Kram
- Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.



4. Mengidam

- Sudah tidak asing lagi jika wanita hamil dikaitkan dengan mengidam pelbagai makanan yang pelik-pelik dan susah untuk mendapatkannya. Kebiasaannya wanita mengidam buah-buahan yang masam dan asam-asam.



5. Moody
- Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.



6. Bau badan
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebihan sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.



7. Pengsan
- Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.



8. Sakit punggung
- Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.



9. Rasa lelah yang berlebihan
- Rasa lelah yang berlebihan akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.



10. Sembelit
- Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.


 

Info dari: Penpatah


p/s: so hubby..juz reminder me ok ;)
 

Bersyukurlah...

Jangan cemburu melihat kehidupan orang lain. Kerana kita tidak tahu apa kesengsaraan yang telah dia lalui di masa lalu untuk mendapatkan apa yang dia miliki hari ini..

Jangan kerana kita tidak memiliki apa yang kita hajati. Kita terus melupakan beberapa nikmatNYA yang telah kita miliki. Kerana apa yang kita miliki saat ini masih jadi impian insan lain..

Dengan bersyukur hidup lebih berkat...

Monday, June 17, 2013

Tak payahlah datang kalau setakat nak menyibuk sahaja...





...datang semata-mata nak tunjuk muka
dan nak berlagak ke sini ke sana
sedangkan satu pun tak tahu nak buat kerja
berlakon seolah-olah dunia tenggelam tanpanya


sebaliknya yang buat kerja
ditekan-tekan ke bawah meja
sedikitpun tidak disebut nama
kerana kononnya hanya aku yang ada kuasa




ah... aku beremosi lagi!!!