Adakah anda hamil? Jika anda sedang hamil, beberapa perkara dan tanda-tanda kehamilan akan berlaku kepada anda pada peringkat awal kehamilan. Apabila anda ragu-ragu tentang perkara ini, cubalah perhatikan perubahan-perubahan yang berlaku pada diri anda.
ANTARA PERUBAHAN YANG BOLEH DIPERHATIKAN
1. Terasa mual
- Tanda-tanda ini kebiasaannya terjadi pada semua wanita hamil. Ini berlaku kerana adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda disahkan hamil.
- Tidur anda terganggu akibat kekerapan membuang air kecil, mungkin itu adalah tanda anda sudah hamil. Keadaan ini berlaku kerana tubuh anda menghasilkan cairan tambahan untuk janin anda. Walaupun kekerapan buang air kecil berlaku anda dilarang menahannya kerana boleh menjejaskan kesihatan diri anda.
- Gejala ini berlaku kerana rahim akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi anda.
- Sering marah-marah pada suami dan mengalami perubahan tingkah laku. Hal ini disebabkan dari kemunculan hormon-hormon baru di dalam tubuh anda. Perubahan yang drastik daripada tidak pernah marah kepada pemarah akan berlaku saat kehamilan.
Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebihan sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.
- Gejala ini berlaku kerana kekurangan gula dalam badan. Anda dinasihatkan menjaga pemakanan bagi mengelakkan berlakunya simpton ini. Makan yang cukup dapat mengelakkan berlakunya pengsan.
- Sakit punggung yang dirasakan saat hamil disebabkan beberapa ligamen di punggung anda sudah tidak ada. Sakit ini akan terus dirasai saat berat badan anda bertambah dan selama masa kehamilan.
- Rasa lelah yang berlebihan akan membuat anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua.
- Sembelit ini terjadi akibat peningkatan hormon progesterone. Hormon ini selain mengendurkan otot-otot rahim, juga berdampak pada mengendurnya otot dinding usus sehingga menyebabkan sembelit atau susah buang air besar. Namun kebaikan dari keadaan ini adalah memungkinkan peyerapan nutrisi yang lebih baik saat hamil.
p/s: so hubby..juz reminder me ok ;)
No comments:
Post a Comment