bagaimana harus kita
menghadapi seseorang yang talam dua muka ni? talam dua muka atau kata lain
nya.. depan lain, belakang lain.. kiranya ada split personality dalam masa yang
sama. individu yang seperti ini hanya mahu kelihatan baik di mata orang.
padahal hati mereka sangat busuk. individu yang seperti ini juga sering kali
menyorokkan kebenaran dan memutar belitkan fakta. talam dua muka ni boleh jadi
satu fitnah juga . hati-hati la bila berbicara. jangan rasa diri nak betul
saja. kalau rasa kamu salah, minta maaf saja la.. mengapa mahu di tegakkan
benang yang basah?tak takut dah ke Allah? paling aku simpati, ada tu syarahan
bab agama dah terbaik. ni tak boleh, itu tak boleh .. orang ni jahat, orang itu
jahat.. tapi tak sedar diri sendiri macam mana sifat. tolong la jangan sentiasa
ingat diri sangat baik.. kita ni sentiasa melakukan kesilapan. bezanya
sekarang, adakah kita sedar kesilapan kita dan tidak mengulanginya lagi atau
kita hanya membiarkan kesilapan terjadi berulang-ulang. aku minta di jauhkan
dari sifat seperti ini.
Nak hidup bahagia, jaga mulut.. jaga adab.. jaga diri..
jaga perilaku.. jaga tuturkata.. jaga-jaga cik puan s__d_.. ehh.. tersyasyul..
kesimpulannya, peribadi
menawan bermula dari tingkah laku dan kata-kata yang menawan.. ecehh, macam
iklan pulak..
No comments:
Post a Comment